Bab 22

2.4K 136 7
                                    


Redza yang sedang tekun memandu itu aku pandang. Tidak lama kemudian aku mengalihkan pandanganku ke kiri. Dalam beberapa saat aku memandang Redza semula. Perbuatan itu aku buat berulang kali sehingga ditegur oleh Redza.

"Dah kenapa pusing-pusing kepala? Sakit?" Aku tak tau dia prihatin ke apa sebab nada suara yang digunakan oleh Redza kedengaran amat sakarstik.

"Tak. Tak sakit pun cuma.." Redza diam menanti. Aku sudah gigit bibir perlahan.

Macam mana nak minta izin pergi kenduri tahlil dekat rumah Sir Mike ni?

"Kelmarin Sir Mike ajak saya dengan umi pergi kenduri tahlil dekat rumah dia hujung minggu ni." Kain jubah aku genggam perlahan.

"Then?" Aku terdiam seketika. Sempat aku mengambil nafas serta sedikit kekuatan sebelum meminta izin kepada Redza.

"Em, boleh tak saya nak pergi?" Aku memandang Redza dengan wajah simpati walaupun aku tau dia tidak akan memandangku.

"Siapa nak hantar? Hari Jumaat ni aku fly pergi Dubai untuk meeting sampai hari Ahad. Kenduri tahlil hari sabtu malam kan?"

"Nanti Amir yang jemput umi, so mungkin saya tumpang sekali?" Aku tidak pasti ini pernyataan atau persoalan. Bukannya dia tidak tahu yang Redza tidak berapa gemar aku rapat dengan Amir.

Kedengaran keluhan nipis terbit di bibir Redza.

"Kalau aku tak ada meeting, dah lama kau pergi dengan aku." Gumamnya perlahan.

"Apa yang awak cakap? Saya tak dengar. Sorry." Redza hanya menggeleng perlahan.

Aku menunggu dengan sabar jawapan dari Redza. Tapi hampa, apabila kereta yang dipandu Redza sudah selamat berada di bawah porch, masih tiada tanda-tanda Redza ingin membuka mulut.

Aku menarik nafas perlahan dan terus membuka pintu kereta.

Tak apalah Qistina, tak ada rezeki kau nak pergi.

Baru sahaja kakiku ingin melangkah masuk ke dalam rumah, tangankh ditarik kebelakang.

Terjungkit keningku apabila aku sudah berhadapan dengan Redza.

"Kenapa? Saya ada tinggal barang eh?" Belum sempat aku ingin melangkah ke kereta semula, lenganku ditahan sekali lagi oleh Redza.

"Pergilah. Aku izinkan. Jangan lama-lama sangat dekat rumah orang tu. Lepas habis majlis, terus balik rumah." Automatik aku mengukir senyuman lebar sampai ke telinga sebelum memeluk erat tubuh suaminya.

"Terima kasih awak! In shaa Allah saya balik cepat-cepat kay?" Aku melepaskan pelukan itu dan sempat aku mencubit geram pipi Redza.

Membulat mata Redza melihat tingkahku yang satu ini. Lantas, aku terus berlari masuk ke rumah.

"Nur Qistina Humairaa'!" Aku sudah terkekek-kekek di dalam. Iqie yang sedang leka menonton televisyen pun memandang pelik ke arahku.

***
Selepas solat Asar, kakiku menuju ke ruang tamu. Kelihatan Rifqie sedang duduk di hadapan televisyen sambil tangannya bermain play dough. Aku mendekatinya perlahan dan mengambil tempat di sisi Rifqie.

"Tengah buat apa tu?" Rifqie memandangku sekilas dan memandang kembali terhadap tanah liat di hadapannya.

Terdapat beberapa bentuk yang telah dihasilakan oleh Iqie. Ada yang berbentuk bunga. Ada juga berbentuk bintang dan ada juga yang tidak serupa bentuk. Aku tersenyum manis.

Dia menunjukkan tanah liat itu di hadapan mukaku.

"Kakak nak main?" Aku mengangguk teruja.

Tanganku mencubit sedikit tanah liat yang berwarna kuning itu dan aku uli sedikit sehingga ia berbentuk bulat. Lalu, aku meleperkannya dan aku memotong tanah liat itu kepada dua bahagian.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now