"Err.. Excuse me? Itu kasut saya." Aiman tersentak. Dia berpaling ke belakang lalu wajahnya mengukir senyum.
"Awak perempuan yang tolong saya semalam, kan?" Soal Aiman. Ain mengangguk. Aiman menarik nafas lega.
"I found you! Thank god!" Kata Aiman lalu dia bergerak ke hadapan dengan kedua-dua tangannya didepakan,ingin memeluk Ain. Ain mengepal penumbuk lalu diacukan ke wajah Aiman.
"Haa! Datang lah dekat kalau berani!" Ain mengugut. Matanya mencerlung tajam ke arah Aiman. Bukan main lagi lelaki ini. Senang-senang saja hendak memeluknya. Tak belajar Pendidikan Islam ke dekat sekolah? Nampak macam orang berpelajaran tapi tak kenal halal haram. Geram saja rasa hendak hayun penumbuk,biar patah batang hidung. Aiman berhenti melangkah dan berundur setapak ke belakang.
"Suka hati kau je nak peluk aku. Kau ingat aku ni apa?" Marah Ain. Muncul perangai 'tomboy'nya.
"I'm sorry." Getus Aiman. Lupa pula dia gadis di hadapannya itu gadis bertudung, bukannya gadis berskirt pendek seperti Syatilla yang dengan mudahnya dipeluk dan dicium manja. Singkatnya otak anda, Tengku Aiman Rahman.
"Sorry,sorry. Meh sini kasut tu." Ain merampas kasutnya dari tangan lelaki itu. Ammar yang berada di belakang Aiman terkebil-kebil. 'Garangnya perempuan ni,' fikirnya.
"Actually, saya nak ucap terima kasih sebab tolong saya semalam." Ujar Aiman. Kerut di wajah Ain mengendur.
"Nak cakap terima kasih, cakap saja lah. Tak payah lah nak peluk-peluk bagai. Terkejut tau tak." Omel Ain. Aiman tersenyum. Comel pula gadis tomboy ni!
"Haa! Senyum-senyum apa pulak tu?" Marah Ain lagi. 'Pelik lah jantan ni. Aku tampar baru tahu,' getus hati Ain.
"No. Saya cuma fikir saya perlu reward awak. By the way, I'm Aiman. Tengku Aiman Rahman. And you?" Aiman menghulurkan tangan, ingin berjabat tangan dengan Ain. Ain memandang jijik tangan Aiman. 'Tengku, tapi tak tahu adab,' fikir Ain.
"Ain Raihana. Sorry lah. Saya tak salam dengan lelaki bukan muhrim. Haram." Zapp! Ayat Ain memanah tepat hati Aiman. Deep. Perlahan-lahan Aiman tarik kembali tangannya. Ain memandang lelaki di belakang Aiman lalu mengangkat kening. Ammar tersentak lalu mengangkat tangan,melambai perlahan ke arah Ain.
"Saya Ammar Furqan." Ujar Ammar. Ain mengangguk.
"Dah lah. Saya kena balik sekarang. Bye!" Ain terus berlari pergi. Nanti Puan Syima bertanya macam-macam pula melihat dia tiada di rumah. Tadi dia keluar dengan alasan ingin ke rumah rakannya sebentar.
"Wait, Ain Raihana!" Ain menghentikan langkahnya kerana dipanggil Aiman. Dia menoleh.
"How can I pay you?" Soal Aiman.
"Lupakan je lah, Tengku. Benda kecil!" Kata Ain sebelum berlari pergi. Aiman tersenyum sendiri. Gadis ini..menarik.
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!