21

792 39 5
                                    

Ain menarik lembut tangan Laila keluar dari restoran tempat mereka makan tadi. Matanya turut meliar mencari kalau-kalau ada kelibat konco Farid. Menurut Laila, konconya berbadan besar, berambut panjang dan berbaju hitam. Tipikal konco samseng. Apabila telah pasti keadaan aman, Ain membawa Laila ke sebuah kedai yang menjual pakaian ibu mengandung. Laila ditolak lembut oleh Ain untuk masuk kedalam bilik persalinan.
"Kakak duduk dalam ni sekejap, ya. Ain cari baju lain untuk kakak ganti. Tunggu sekejap, ya." Laila mengangguk, menurut arahan Ain. Wajahnya jelas menunjukkan riak wajah takut dan risau. Ain segera menutup pintu bilik persalinan tersebut dan memilih sepasang gaun untuk wanita hamil berwarna krim. Apabila dia menjumpai saiz baju Laila dia segera membawanya ke kaunter untuk dibayar. Dia merancang untuk mengubah penampilan Laila supaya tidak dapat dicam oleh konco Farid.
"Nah, kakak. Pakai baju ni." Ain menyerahkan baju yang baru dibelinya itu kepada Laila. Dia menutup kembali pintu bilik persalinan itu untuk Laila menukar pakaian. Laila keluar dari bilik itu selepas 5 minit. Jam ditangan dikerling lagi. 4.40 petang? Masa makin suntuk tanpa disedari. Ain segera menarik Laila ke kedai menjual tudung. Sehelai tudung sarung berwarna merah jambu menjadi pilihan Ain untuk menutup rambut Laila yang tak pernah berhijab.
"Kakak pakai tudung ni, ya. Mereka takkan boleh cam kakak bila kakak pakai tudung." Laila mengangguk sebelum menyarungkan tudung di kepalanya. Laila kelihatan lebih ayu apabila memakai tudung. Ain kemudian mengeluarkan cermin mata hitamnya dan memberikannya kepada Laila. Laila terus memakai cermin mata hitam itu. Ain yakin konco Farid pasti tidak dapat mengenali Laila. Jam menunjukkan waktu 4.50 petang.
"Jom, kakak. Ikut Ain." Ain menarik tangan Laila keluar dari kedai tudung dan berjalan tenang menuju pintu keluar. Tiba- tiba Laila memberhentikan langkah. Ain memandang wajah Laila.
"Kenapa, kakak?" Soal Ain. Laila kelihatan sangat takut.
"Tu.. budak Farid." Gumam Laila. Ain lantas terlihat kelibat seorang lelaki yang berambut panjang dan berbaju hitam. Lelaki itu berdiri membelakangi pintu. Sepertinya dia sedang menunggu Laila keluar dari pintu itu. Ain menenangkan Laila yang kelihatan gelisah.
"Relax, kakak. Dia tak kenal kakak. Sekarang buat macam biasa je. Kita keluar macam biasa." Pujuk Ain. Laila mengangguk sebelum Ain menarik tangannya perlahan menuju ke pintu. Ain sedaya upaya mengawal ekspresi wajahnya apabila dia melihat lelaki itu masuk melalui pintu itu dan berselisih dengan mereka. Mungkin dia masuk untuk mencari Laila tanpa menyedari Laila berjalan disebelahnya. Ain menghela nafas lega apabila dia sampai ke keretanya. Pintu di bahagian penumpang dibuka dan Laila dibantu masuk ke dalam kereta. Ain masuk ke dalam kereta dan menelefon Tengku Zahidah.
"Assalamualaikum, Maklong. Maklong ada di rumah? Maklong, I need your help."

Limited Edition CinderellaWhere stories live. Discover now