"AIN!!" Ain bingkas bangun. Suara nyaring Puan Syima mengejutkan Ain. Kalau berdiri sebelah Puan Syima waktu dia menjerit,alamatnya pecah lah gegendang telinga.
"Ain Raihana, kau tak dengar ke aku panggil?!" Sekali lagi jeritan Puan Syima bergema.
"Ya,makcik!" Ain menyahut. Segera dia berlari keluar dari biliknya ke arah ibu tirinya yang sedang berdiri cekak pinggang di ruang tamu.
"Ada apa,makcik?"
"Kau ke mana yang jenuh aku panggil tak menyahut?!" Jerkah Puan Syima. Ain terkejut sedikit kerana dijerkah begitu.
"Ain buat homework tadi,makcik."
"Haa, menjawab je tahu nya." Laila, anak sulung Puan Syima merangkap kakak tiri Ain menyampuk. Adiknya, Lydia mencebik di belakang kakaknya.
"Entah. Dah lah pemalas. Mummy, tengok ni baju Lady kedut. Perempuan ni tak gosok baju Lady, mummy." Adu Lydia kepada ibunya. Mata Puan Syima terjegil memandang Ain yang tertunduk merenung lantai. Telinga Ain dipiat. Ain mengaduh sakit walaupun tiada siapa peduli.
"Yang kau tak gosok baju anak aku tu kenapa,hah?! Kau nak suruh anak aku keluar dengan hodoh,selekeh macam kau ke?" Bebel Puan Syima sambil tangannya ligat memiat telinga Ain yang kian merah.
"Ain minta maaf, makcik. Ain gosok baju tu sekarang." Rayu Ain. Puan Syima melepaskan telinga Ain sebelum Lydia mencampakkan bajunya ke muka Ain.
"Gosok elok-elok,ya. Aku nak keluar malam ni." Ujar Lydia sebelum berlalu dengan wajah angkuh. Laila hanya tersenyum sinis melihat adegan yang berlaku di hadapannya. Ain cepat-cepat berlalu untuk menggosok baju Lydia. Telinganya menangkap suara manja Laila meminta wang daripada ibunya. Katanya ingin beli alat solek lagi. 'Kalau dah muka tu macam keturunan Shrek,sekilang make-up pun belum tentu cantik,' bisik hati Ain. Dia mengekek sendiri.
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!