23

166 11 0
                                    

Daun pintu ditolak perlahan, menampakkan wajah Ain yang tersenyum gembira. Hatinya masih berbunga. Setiap perbuatan Tengku Aiman Rahman sewaktu mereka keluar berdua tadi betul-betul berjaya membuatkan Ain Raihana angau! Ain melemparkan dirinya keatas katil sambil otaknya menerawang, memutar kembali kejadian manis yang berlaku hari ini.

"Ain mulai hari ni boleh tak panggil saya abang? Memandangkan saya pun lagi tua dari Ain kan. Pastu Ain panggil saya Tengku, Tengku. Rasa macam kita ni tak rapat pula. Jadi mulai hari ni Ain panggil abang, ya Ain?" Kata-kata Tengku Aiman terngiang-ngiang ditelinga Ain. Ain tersenyum lebar lagi apabila teringat bagaimana kacaknya senyuman Tengku Aiman apabila mendengar Ain memanggilnya 'abang' buat kali pertama! Alangkah indahnya jika Ain memanggil Tengku Aiman 'abang' dan dia membalasnya dengan memanggil Ain 'sayang'. Senyuman Ain kian melebar. Dia mengambil bantalnya, menekup mukanya dan menjerit girang sekuat hati. Kalau Diana ada pasti dia telah 'dibahan' habis-habisan. Tiba-tiba Ain tersentak. Ain bingkas bangun dari baringnya. Ekspresi wajahnya yang tadi girang perlahan-lahan berubah muram.

"Sedarlah diri kau, Ain. Dia tu berdarah Tengku. Kau? Dahlah kau menumpang dengan mak ayah dia. Orang dah kutip kau, jaga kau, bela kau, bagi kau makan. Kau nak berangan pula nak bercinta dengan anak orang kaya macam tu. Sedarlah, Ain." Sebutir air mata jernih menitis ke pipi gebu Ain. Pantas Ain menyeka air matanya, sebuah senyuman paksa terukir dibibirnya. Ain sedar diri. Dia tidak layak untuk masuk kedalam keluarga segah mereka. Lamunan Ain terhenti apabila nada dering telefon bimbitnya berbunyi. Sebuah nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbitnya itu. Setelah beberapa saat memikirkan sama ada untuk menjawab panggilan itu atau tidak, akhirnya butang hijau ditekan.

"Hello?"

"Hello. Ini nombor telefon Ain Raihana ke?" Suara seorang lelaki didengari di hujung talian.

"Ya, Ain Raihana bercakap. Ini siapa ya?" Ain cuak. Siapa pula lelaki yang menelefonnya malam-malam begini? Setahu Ain, tidak ada lelaki lain yang mempunyai nombor telefonnya selain Tengku Aiman dan Tengku Amran.

"Err, ni Hazim. Hazim Firdaus. Yang kacau awak kat kafe haritu. Ingat tak?" Automatik dahi Ain berkerut.

"Mana awak dapat nombor saya ni? Seingat saya kita tak pernah bertukar-tukar nombor telefon. Dan macam mana awak tahu nama saya Ain Raihana?" Soal Ain dengan nada suara yang tegas.

"Emm, sorry ya Ain. Saya ambil nombor telefon awak dari daftar pelajar kelab fotografi. Saya baru perasan kita sama kelab dan memandangkan saya setiausaha kelab jadi saya ada maklumat awak. Saya minta maaf, Ain." Agak menyirap juga darah Ain apabila dia mendengar alasan yang keluar dari mulut Hazim. 

"Mudah je minta maaf, kan? Encik Hazim Firdaus, awak dah salah guna kuasa, tahu tak?"

"Ya, saya tahu. Saya betul-betul minta maaf. Cuma saya tak dapat kawal perasaan saya bila nampak nama awak dalam senarai daftar pelajar tu. Saya nak berkenalan dengan awak. Boleh tak, Ain? Saya rasa by now awak dah dapat tangkap dah kenapa saya berani sangat ambil nombor telefon awak and call awak sekarang tapi can you at least give me a chance to know you better? Sebagai kawan pun tak apa, Ain." Ain tersenyum nipis. What a gentleman. Berani betul dia confess macam ni.

"Okay, fine. Sebagai kawan, ya." Ain dapat mendengar Hazim menarik nafas lega dihujung talian.

" Thank you, Ain. Okaylah, Ain. Dah lewat ni. Awak tidur ya. Jumpa esok. Good night, Ain. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam." Jawab Ain sebelum talian diputuskan. Dia tersenyum sendiri. Hazim okay juga. Sekurang-kurangnya sama standard dengan aku.

Limited Edition CinderellaWhere stories live. Discover now