"Begitulah kisahnya, Maklong." Ain menamatkan sesi penerangan tentang keadaan Laila sekarang. Jatuh simpati dalam hati Tengku Zahidah apabila melihat Laila yang sedang berbadan dua dan wajahnya lebam-lebam.
"Tapi, orang-orang tu mesti tengah cari Laila sekarang, kan?" Soal Tengku Amran yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, memikir jalan keluar untuk masalah yang sedang dihadapi.
"Mungkin begitulah, Tengku. Kalau saya balik rumah mummy pun, mesti mereka tahu saya akan ke sana. Mesti mereka dah sedia tunggu saya di sana. Saya tak tahu mana nak tuju lagi." Airmata Laila jatuh. Walaupun sudah melarikan diri, Laila masih belum aman. Farid pasti akan mencarinya hingga ke lubang cacing. Ain memeluk bahu Laila, cuba menenangkan kakak tirinya itu.
"Apa kata Laila tinggal saja kat rumah ni? Tak perlu keluar ke mana-mana sampai kita jumpa tempat lain untuk sorokkan Laila. Sambil tu kita cari jalan untuk bebaskan Laila dari suami dia. Macam mana, ayahanda, bonda?" Ujar Tengku Aiman. Tengku Amran kelihatan berfikir sejenak sebelum mengangguk, bersetuju dengan cadangan anaknya.
"Memandangkan Laila dah nak bersalin, eloklah Laila duduk di rumah ini dulu. Maklong ada untuk jagakan Laila. Kalau ada keperluan apa-apa, cukup bagitahu kami. Tak perlu keluar ke mana-mana. Kami akan usahakan tempat lain untuk Laila." Kata Tengku Amran.
"Terima kasih, Tengku." Ucap Laila.
"Tak perlu panggil Tengku. Cukup panggil Paklong dan Maklong saja ya, Laila? Ain pun panggil kami macam tu." Ujar Tengku Zahidah. Laila tersenyum nipis.
"Baik, Maklong." Laila lega. Terasa ringan bahunya apabila ada orang yang sanggup membantunya. Tengku Zahidah menawarkan diri untuk membawa Laila ke bilik tetamu yang masih kosong untuk dia berehat. Tiba-tiba Laila terpandang akan wajah Tengku Aiman yang sedari tadi tidak dia perasan kerana asyik tunduk dan menangis. Kacaknya, bisik hatinya.
"Kakak, Ain kena balik kolej, ya? Maklong, Ain gerak balik dulu." Ujar Ain sebelum bersalam dengan Tengku Zahidah dan Laila. Berkerut wajah Tengku Zahidah.
"Alahai. Ain tak makan dulu ke? Maklong ingat Ain tidur sini." Ujar Tengku Zahidah, tidak ingin melepaskan Ain pulang. Ain tersengih.
"Esok kelas, Maklong." Jawab Ain, ringkas. Ain kemudian meminta diri dan keluar menuju ke keretanya. Tanpa dia sedari, Tengku Aiman telah mengikutinya dari belakang.
"Ain," panggil Tengku Aiman. "Lama tak jumpa." Katanya apabila Ain menoleh kearahnya. Ain hilang kata. Berdebar jantungnya setiap kali melihat wajah Tengku Aiman. Jujur Ain rindu, tapi dia sedaya upaya menahan riak wajahnya. Jangan nampak sangat aku ni rindu kat dia, hatinya berdetik.
"Err.. Aah. Ain busy." Ain ketap bibir. Sejak bila pula bahasakan diri dengan nama bila dengan Tengku Aiman ni?
"Harini Ain tak busy, kan? Jom keluar, nak?" Ajak Tengku Aiman. Fuhh, berdebar! Padahal dulu Tengku Aiman biasa usik Ain. Tapi sekarang Ain sudah makin cantik. Sudah pandai bersolek nipis. Maklumlah umur sudah menginjak 20 tahun. Puberty hits bak kata orang putih! Ain sudah tak tentu arah. Nak tolak, tapi hati macam dijentik-jentik untuk setuju.
"Err.. boleh kot." Jawab Ain. Tengku Aiman senyum girang. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhatikan mereka apabila Tengku Aiman membuka pintu kereta untuk Ain. Mata yang penuh rasa cemburu.
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!