Ain berjalan sendirian di dalam kompleks membeli-belah berdekatan universiti tempatnya belajar. Diana pulang ke kampung jadi Ain tinggal sendirian dan dia keluar kerana bosan duduk di bilik. Sudahnya asyik merenung siling dan kipas, siapa tak bosan kan? Perutnya tiba-tiba berkeroncong.
"Nak makan apa ya? Sukiya? KFC? Subway?" Gumam Ain sendiri. Tiba-tiba, dia terpandang satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Perempuan yang sedang mengandung itu memandangnya dengan airmata bergenang di kelopak matanya. Tubuh kurus dan wajah yang nampak kusam. Laila.
"Kak Laila?" Gumam Ain. Wanita itu tiba-tiba menerpa ke arahnya dan memeluknya erat. Menangis tersedu-sedu tanpa mengendahkan pandangan orang sekeliling.
"Ain! Maafkan kakak, Ain. Kakak banyak buat salah pada Ain." Kata Laila dengan airmata berjuraian jatuh ke pipi yang dulunya gebu tapi kini cengkung.
"Kak Laila, benda dah lepas kak. Ain dah lama maafkan Kak Laila." Ucap Ain sambil menggosok-gosok belakang Laila. Laila kemudian melepaskan pelukannya. Kepalanya tertunduk, malu apabila mengenangkan perbuatannya terhadap Ain tapi Ain dengan mudah memaafkannya. Ain teringat akan perutnya yang berkeroncong.
"Kak Laila dah makan?"****
Ain hairan kenapa Laila sering takut-takut melihat sekeliling. Tempat makan dia dan Laila juga jauh daripada pintu masuk. Laila seperti diperhatikan.
"Makan, kak." Ain melihat Laila seperti takut-takut untuk makan. Kenapa?
"Kak Laila pregnant?" Soal Ain. Laila mengangguk.
"Dah 7 bulan." Jawab Laila sambil tersenyum nipis.
"Congrats, kak! Emm.. Lady mana? Kenapa kakak seorang je kat sini?" Soal Ain lagi. Laila berhenti mengunyah. Airmatanya mengalir lagi.
"Sejak kahwin dengan Farid, kakak tak pernah balik rumah mummy lagi. Farid tak bagi. Dia takut kakak lari. Dah 2 tahun, Ain, kakak tak balik. Tak jumpa Lady, tak jumpa mummy," teresak-esak Laila bercerita. Ain tunduk. Sebahagian daripada apa yang terjadi adalah salahnya. Dia lari daripada berkahwin dengan Farid.
"Maafkan Ain, Kak Laila. Disebabkan Ain hidup akak jadi macam ni." Laila menggeleng.
"Bukan salah Ain. Ini kifarah untuk kakak, Ain. Kakak banyak buat dosa pada Ain. Kakak tak pernah baik dengan Ain." Kata-kata Laila buat Ain sebak. Tiba-tiba Ain perasan luka di hujung bibir Laila.
"Kak Laila, kakak kena pukul ke?" Soal Ain. Tangannya menyentuh tempat luka di wajah Laila sebelum ditepis lembut oleh Laila.
"Tak adalah. Ni kakak jatuh tangga." Jawab Laila. Ain menggeleng.
"No, kakak. Kalau jatuh tangga takkan kakak punya baby ada lagi. Ni baru lagi ni. Kakak kena pukul dengan Farid?" Laila tertunduk bisu. Tekaan Ain benar. Tidak ada sehari pun tangan Farid tidak singgah ke pipinya. Singgahan itu pula bukanlah belaian lembut seorang suami tetapi dia dijadikan tempat melampiaskan amarah. Kata-kata yang didengari setiap hari bukanlah pujian dan kata-kata manis sebaliknya hanya caci maki. Ain dapat meneka apakah yang telah berlaku pada Laila. Jauh di dasar hatinya dia bersyukur kerana telah melarikan diri darpada berkahwin dengan Farid. Jika tidak, pasti apa yang berlaku pada Laila sekarang akan berlaku pada dirinya. Tapi Ain tidak sanggup melihat Laila begini. Ya, Laila sangat kejam padanya dulu. Tapi Laila masih saudaranya. Dia mesti buat sesuatu.
"Kak Laila datang dengan siapa?" Ain bertanya kepada Laila yang masih takut-takut memandang sekeliling.
"Farid suruh budak dia hantar kakak. Budak dia tunggu dalam kereta. Pukul 5 kakak kena ada dekat kereta semula. Kalau lambat nanti budak dia report pada Farid." Ujar Laila. Ain terdiam seketika, berfikir apa yang harus dia lakukan. Jam ditangan dikerling. 4.20 petang.
"Kak Laila ikut Ain, boleh?" Soalan Ain membuatkan Laila mengangkat kepala. Matanya memandang Ain yang berwajah serius.
"Pergi mana, Ain? Kakak kena cepat ni. Dah pukul berapa dah. Nanti kakak kena pukul lagi." Kata Laila, lemah. Tak tahanlah dipukul lagi. Farid memukul Laila tanpa belas kasihan walaupun Laila sedang sarat mengandung. Sakitnya badan tak ada siapa pernah peduli. Semuanya ditanggung sendiri.
"Ikut Ain, Kak Laila. Ain nak selamatkan kakak." Laila memandang wajah Ain, seolah-olah tidak percaya apa yang didengari. Adakah pengakhiran kepada derita yang dialaminya bakal tiba?
"Tapi macam mana Ain?"
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!