9

2.4K 113 4
                                    

"Kak Ain, nak tumpang Icah balik?" Soal Icah apabila melihat Ain berjalan kaki sendirian untuk pulang kerumah selepas sekolah. Lydia yang berada di tingkatan 4 dihantar dan dijemput pergi balik sekolah tetapi Ain disuruh berjalan kaki. Ain menjenguk kedalam kereta. Tiba-tiba wajah Tengku Aiman terpacul di tingkap kereta membuatkan Ain terjerit kecil.

"Masuklah, Ain. Saya hantarkan awak balik." Ajak Tengku Aiman. Ain menggeleng perlahan. 'Haishh, lelaki ni lagi,' keluh Ain di dalam hati.

"Tak apalah, Tengku. Saya jalan kaki je. Lagipun nak exercise. Dah gemuk," ujar Ain sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Gemuk apanya? Kurus kering, rata macam tu." Mata Ain membuntang mendengar kata-kata Tengku Aiman. 'What the.. Dia kata aku RATA?!' Wajah Ain memerah.

"Tengku, you better.." Kata-kata Ain terhenti apabila Aisyah keluar dari kereta dan memaksa Ain masuk kedalam kereta dan menutup pintu.

"Dah, abang. Jalan." Kata Aisyah. Aiman terus memijak pedal minyak dan kereta mula meluncur laju di atas jalan raya. Matanya menjeling kearah Ain yang sedang duduk dengan wajah cemberut di tempat duduk belakang.

"Cik Ain, marah nampaknya?" kata  Tengku Aiman. Ain menjeling tajam kearah Tengku Aiman.

"Memandu tu tengok depan. Sudah lah bawa laju, mata tu melilau je. Tak pasal-pasal karang, duduk atas divider tu." Omel Ain. Tengku Aiman ketawa kecil. Aisyah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam budak-budak.

 ****

Ain buka kasut sekolahnya dan susun di rak kasut. Puan Syima sudah menyinga memandang Ain atas bawah.

"Siapa yang bawa kau balik tu?" Soal Puan Syima.

"Tu junior Ain. Nama dia Aisyah." Jawab Ain, taku-takut.

"Aisyah bawa Audi pergi sekolah? Kau jangan buat aku macam orang bodoh! Aku nampak lah jantan yang bawa kereta tu. Pandai dah kau sekarang ya, Ain! Naik kereta dengan jantan!" Telinga Ain dipiat Puan Syima. Rayuan Ain minta dilepaskan pun tidak diendahkan oleh Puan Syima.

"MUMMY!" Lydia berlari menuruni anak tangga untuk mendapatkan Ain yang sedang dikerjakan oleh ibunya. 

"Mummy, jangan buat Ain macam ni, mummy. Lady kenal orang tadi. Dia abang Aisyah, budak yang Ain ajar petang-petang tu. Aisyah pun ada dalam kereta tu, mummy. Bukannya Ain berdua je dengan dia." Berusaha Lydia menerangkan perkara sebenar kepada ibunya itu. Ibunya melepaskan telinga Ain sebelum menjeling Ain dan berlalu. Lydia memeluk erat tubuh Ain. Kasihan sungguh dia dengan kakak tirinya itu. Ada saja yang tidak kena dengan Ain pada mata ibunya. Airmata yang tersisa di pipi Ain dilap perlahan oleh Lydia.

"Kak Ain.. Dah makan?" Ain terkedu. Pertama kali dia mendengar Lydia memanggilnya dengan panggilan 'Kak Ain'. Ain tersenyum sebelum menggeleng.

"Mari, Lady teman Kak Ain makan." Ain berjalan ke dapur sambil dipimpin oleh Lydia. Ain tak sangka mimpi Lydia tentang arwah ayah mereka itu betul-betul mengubah tingkah laku Lydia. Ain tak sangka bahawa ada orang yang masih menyayangi dirinya.





Limited Edition CinderellaWhere stories live. Discover now