Ain kerling jam di dinding. Alamak, dah 9.46. Kopi mamat tu tak buat lagi. Ain bergegas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pantri. Kopi 3-in-1 dibancuh dengan air suam. Dengan berhati-hati Ain melangkah ke bilik Aiman dengan secawan kopi ditangannya. Pintu bilik Aiman diketuk perlahan.
"Come in." Ain membuka pintu apabila terdengar suara Aiman. Ekspresi Aiman kelihatan serius. Langsung tak angkat kepala. Ain letakkan kopi di atas meja Aiman.
"Tengku, your coffee."
"You're late." Ain tersentak. Alamak. Aiman akhirnya memandang Ain. Dia terdiam sebentar memandang Ain. Hari ini Ain berjubah hitam ringkas dengan selendang berwarna biru muda. Dengan solekan nipis yang dikenakan, Ain betul-betul nampak cantik.
"Tengku?" Panggil Ain apabila kelihatan Aiman terdiam. Aiman berdehem sebelum menyambung kata.
"You're supposed to bring my coffee at 9.45. Tapi sekarang dah 9.50." Suara Aiman tegas. Ain mula cuak.
"I'm sorry, Tengku. Saya tak perasan jam tadi."
"Excuses. I hate excuses. You're incompetent, useless." Ain tersentak. Useless? Incompetent?
"Find another secretary then." Jawab Ain dingin sebelum dia berlari keluar dari bilik Aiman. Sebelah kasutnya tertanggal, betul-betul dihadapan pintu bilik Aiman. Ain biarkan saja ia di situ kerana terlihat Aiman bangun untuk mengejarnya. Ain tuju pintu keluar tanpa peduli pada mata-mata yang memandangnya. Incompetent. Useless. What the. Dia yang beria suruh aku kerja dengan dia. Dasar. Ain terus berlari menuju pintu keluar dengan kaki kanannya tidak berkasut.
"Ain Raihana! Wait!" Lagi laju langkah Ain apabila dengar suara Aiman.
"Ain! Tunggu!" Aiman capai tangan Ain. Terpaksa. Ain rentap kembali tangannya.
"Don't you dare to touch me." Marah Ain, dingin. Aiman angkat tangan tanda mengalah.
"Ain, I'm sorry. Saya tak patut marah awak, cakap awak.."
"Useless. Yes. I am. Then why don't you look for another secretary?" Kata-kata Ain membuatkan Aiman mengeluh kesal.
"I'm so sorry, Ain. Saya tak berniat nak cakap awak macam tu. Ni," Aiman mengangkat tangan kanannya. Sandal hitam milik Ain berada di tangannya. Mata Ain beralih dari kasutnya ke wajah Aiman. Aiman melangkah perlahan ke arah Ain sebelum duduk berlutut di hadapan Ain. Kasut itu disarungkan semula ke kaki Ain. Longgar. Patutlah tertanggal. Dia bangun semula, menatap wajah terkejut Ain kerana tindakannya memakaikan kasut untuk gadis itu.
"Nanti balik ikut saya, ok?" Soal Aiman dengan suara dalamnya. Ain terkaku sebelum mengangguk. Suara Aiman menggugat imannya. Jantungnya berdegup laju.****
"Kita nak pergi mana ni, Tengku?"
"Kedai kasut." Jawab Aiman ringkas. Ain diam. Aiman membelok ke arah satu butik kasut terkemuka milik Jimmy Choo. Wajah Ain nyata terkejut.
"Tengku.."
"Jom turun. You need a new pair of shoes." Kata Aiman sambil membuka ikatan tali pinggang keledarnya.
"Tapi Tengku.."
"Jom." Ain akhirnya akur. Perlahan-lahan dia keluar dari kereta dan menuruti langkah Aiman.
"Tengku!" Seorang perempuan menyambut Aiman dengan senyuman manis.
"Hai, Hani. Meet Ain. Ain, ini Hani." Ain sambut salam yang dihulurkan oleh Hani. Mata Ain terus melilau ke seluruh kedai.
"So, Ain boleh tengok-tengok dulu kalau ada yang berkenan. Saya nak bincang sesuatu dengan Hani." Kata Aiman. Ain mengangguk. Aiman melangkah ke arah satu bilik khas diikuti oleh Hani. Ain tertanya-tanya. Entah apalah yang dibincangkan mereka itu. Ain terus menerokai kedai yang dipenuhi kasut-kasut limited edition. Kalau aku beli satu kasut ni, setahun makan pasir, bisik hati Ain sebelum dia mengekek sendiri.
"Ain, come here." Ain berjalan mendekati Aiman yang tiba-tiba memanggilnya.
"Ikut Hani. I'll wait here." Kata Aiman. Ain pandang Hani dengan pandangan keliru.
"This way, Miss Ain." Hani membawa Ain ke satu bilik. Ain disuruh duduk dan buka kasut. Saiz kaki Ain diambil.
"Untuk apa awak ukur kaki saya ni?" Soal Ain. Hani tersenyum.
"Ini arahan Tengku." Jawab Hani. Ain terdiam. Dia nak belikan aku kasut Jimmy Choo ke? Ain tertanya-tanya.
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!