"Kak Ain, ada surat untuk akak." Aisyah duduk di sisi katil Ain sambil tangannya menghulurkan surat milik Ain. Surat bertukar tangan sebelum Ain turut melabuhkan punggung di sisi Aisyah. Ain membuka surat itu dan serta merta riak wajahnya berubah.
"Akak dapat sambung belajar, Icah!" Ucap Ain, gembira. Tubuh kecil Aisyah dirangkul dan dipeluk erat. Aisyah turut tersenyum membalas pelukan Ain."Alhamdulillah, kak!" Ucap Aisyah. Ain sangat gembira. Petang itu semasa makan malam, Aisyah yang membuat pengumuman tentang kelayakan Ain menyambung pengajian bertaraf ijazah dalam bidang keusahawanan. Dalam kegembiraan semua, ada yang tiba-tiba berwajah muram.
"Aiman okay tak ni? Say something to Ain. She's going to pursue her dreams." Tegur Tengku Zahidah. Aiman angkat muka. Wajah Ain ditenung.
"Ain takkan tinggal dekat rumah ni lagi lah kan?" Soalan Aiman dengan nada sedihnya itu mengukir senyum di wajah Tengku Amran. Nampak sangat si Aiman ni sedih sebab nanti Ain tak ada depan mata. Childish nya MasyaAllah!
"Ain masih boleh balik sini waktu hujung minggu. Call saja Paklong. Paklong akan hantar driver untuk ambil Ain, okay?" Ujar Tengku Amran. Ain tersenyum malu.
"Terima kasih, Paklong. Ain terhutang budi sangat dengan keluarga ni sebab tolong Ain. Ain tak tahu macam mana nak balas jasa semua." Ucap Ain. Dadanya sebak tapi seboleh-boleh dia selindungkan perasaannya itu.
"Sama-sama, Ain. Ini yang mampu kami buat untuk bantu Ain. Ain sekarang dah jadi sebahagian dalam keluarga ni. Maklong anggap Ain macam anak Maklong sendiri." Kata Tengku Zahidah.
"Tak lama lagi boleh jadi menantu pula, kan bonda? Auchh!" Soalan Aisyah dibalas dengan 2 das cubitan di kedua-dua belah lengannya, satu daripada Ain dan satu daripada Aiman. Aiman tersenyum sipu sedang Ain memberikan jelingan maut.
"Haa, kenapa tiba-tiba menjerit ni, Aisyah?" Soal Tengku Amran. Aisyah mencebikkan bibir sambil menggosok2 lengannya. Dia memandang Tengku Amran sambil buat muka sedih.
"Ni, ayahanda. Abang dengan Kak Ain cubit Icah!" Mereka ketawa, makin berkerutlah wajah Aisyah!
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!