Ain betul-betul tak selesa. Tengku Aiman dari tadi duduk menghadap dia yang sedang tekun mengajar Aisyah. Ain berusaha mengalihkan perhatiannya daripada diganggu tatapan mata Aiman. Sumpah, Ain tak selesa!
"Tengku Aiman, boleh tolong tak?" Soal Ain apabila kesabarannya menipis akibat pandangan Aiman.
"Yes?" Balas Aiman.
"Tolong blah. Saya tengah mengajar Aisyah ni. Sumpah tak selesa." Ujar Ain tanpa mengangkat kepala daripada kertas di hadapannya. Aiman terkedu. 'Uishh, garang,' getus hati Aiman.
"Tapi ini rumah saya. Saya ada hak untuk duduk dimana saja." Ain angkat muka. Wajah Aiman dipandang menyampah. Banyak jawab pula dia ini. Aisyah sudah menggeleng-geleng kepala. Aiman cari gaduh dengan salah orang kerana Ain kelihatan marah. Tiba-tiba Ain bangun dari duduknya. Aisyah kaget.
"Eh Kak Ain nak pergi mana?" Soal Aisyah apabila melihat Ain mengemas barang.
"Kalau abang Icah ni taknak blah, biar akak yang blah. Takut jadi zina mata pula akak lama-lama sangat kena tenung," kata Ain. Aisyah pandang Aiman. Dahinya berkerut.
"Ain, stay. Okay tak apa. Saya pergi. Icah, belajar elok-elok." Kata Aiman lalu bergerak ke dapur. Wajahnya mengukir senyum apabila mendengar Ain menarik kerusi untuk duduk semula.
"Ain, Ain." Gumam Aiman.
"Ain? Ain mana pulak ni?" Bonda Aiman, Tengku Zahidah tiba-tiba muncul dari belakang.
"Bonda! Terkejut Aiman." Tengku Zahidah ketawa kecil. Wanita berusia 48 tahun itu menarik kerusi lalu duduk si sebelah anak bujangnya yang sedang meneguk jus epal itu.
"Bonda tanya ni, Man. Siapa Ain?" Aiman mengangkat kepala. Wajah bondanya ditenung dalam-dalam.
"Bonda, bonda nampak tak perempuan yang tengah ajar Icah kat depan tu?" Aiman menunjuk ke arah Ain yang sedang khusyuk menerangkan soalan yang ditanya Aisyah.
"Tutor Icah tu?" Aiman mengangguk menjawab soalan bondanya.
"Itulah Ain, bonda." Kata Aiman. Tengku Zahidah memandang ke arah Ain lalu bibirnya mengukir senyum.
"Bonda suka dia. Elok bertudung, pakaian labuh, nampak baik saja bonda tengok. Sorry if this hurts you tapi bonda suka dia berbanding Syatilla." Tengku Zahidah menjeling Aiman yang sudah tersenyum malu disebelahnya. Pinggang Aiman dicucuk dengan jari telunjuknya sehingga terkeluar latah anak lelaki tunggalnya itu.
"Bonda ni. Malu lah Aiman." Kata Aiman. Tengku Zahidah ketawa kecil.
"Man, kalau dah nampak yang baik tu depan mata, tunggu apa lagi? Awak tu bukan makin muda!" Aiman tersenyum. Ada betulnya kata-kata bondanya itu. Aiman mengangkat muka. Wajah Ain dipandang dari jauh.
'I wonder if you can see how i feel about you,' desis hati Aiman.So sorry for the late update. Hehe
YOU ARE READING
Limited Edition Cinderella
RomanceAin Raihana memang agak kasar. Tapi kasar itulah yang memikat hati Tengku Aiman Rahman!