6

2.6K 105 3
                                    

Aiman asyik terbayangkan wajah Ain Raihana. Cara dan tingkah laku gadis itu sedikit sebanyak menyentuh hatinya.
"She's so cute." Gumam Aiman.
"Haa! Apa yang cute?" Sergah Tengku Aisyah Ruhaila, adik Aiman. Aisyah duduk di sebelah Aiman lalu tangannya mencapai karipap yang tersedia di atas meja.
"Nothing. Abang lah cute."
Aisyah mencebik mendengar jawapan Aiman.
"Ye lah tu. Macam lah Icah tak dengar tadi. Abang kata 'She's so cute.' Siapa 'she' tu, abang?" Aiman ketawa kecil.
"Tak ada apa lah, Icah." Aisyah merengek selepas mendengar kata-kata Aiman.
"Abang ni acah nak berahsia sangat kenapa ni? Abang dah tak percayakan Icah ye?" Aiman ketawa kecil. Adiknya yang satu itu ditenung.
"I'm in love."
"What?!" Aiman pantas meletakkan jarinya di bibir,menyuruh Aisyah memperlahankan suaranya. Aisyah menekup mulutnya dengan tangan.
"Sorry. Seriously? Tengku Aiman Rahman is in love again? Hari itu bagitahu Icah dah tak percaya perempuan lagi." Kata Aisyah. Aiman tersenyum.
"Memang. Tapi dia lain." Gumam Aiman. Aisyah tersenyum penuh makna.
"So.. Siapa nama perempuan tu?" Soal Aisyah.
"Ain Raihana."
"Ain Raihana? Ain Raihana Malik?" Soal Aisyah. Nama itu seperti pernah didengarinya.
"Abang tak tahu nama ayah dia. Abang tahu nama dia Ain Raihana sahaja." Jawab Aiman. Aisyah segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Galeri dibuka. Satu gambar sekumpulan pelajar sedang berkawad ditekan.
"Yang ini ke?" Jarinya menunjuk ke arah gambar seorang perempuan yang sedang memberi arahan kepada kumpulan kawad. Mata Aiman terbeliak.
"That's her! Icah kenal dia?" Aisyah mengangguk, menjawab soalan Aiman.
"Itu Kak Ain. Senior Icah. Dia sekarang dah form 6. Tahun ni dia ambil STPM." Ujar Aisyah.
"Apa lagi yang Icah tahu pasal Ain?" Soal Aiman ingin tahu. Aisyah menarik nafas.
"Kak Ain ni anak yatim piatu. Dia tinggal dengan ibu tiri dia dan dua orang adik-beradik tiri."
"Macam Cinderella." Pintas Aiman. Aisyah ketawa kecil. Kelakar juga abangnya ini. Sudah mencecah umur 23 tahun tapi masih mengingati Disney Princess.
"Abang ni. Jangan lah menyampuk. Okay. Kak Ain ni top student dekat sekolah. Aktif sukan. Pendek kata Kak Ain memang well known lah dekat sekolah. Tapi, disebabkan dia tu well known, adik beradik tiri dia makin benci dekat dia. Lagipun Kak Ain ni nampak sangat jauh lagi cantik daripada adik beradik tiri dia walaupun perangai dia ni macam jantan sikit." Aisyah menghabiskan cerita sambil ketawa kecil. Aiman turut tersenyum.
"Mana Icah tahu semua ni?" Soal Aiman.
"Jiran Kak Ain, Bella dengan Farha tu classmates Icah. Dia orang kata selalu dengar Kak Ain kena tengking, kena marah." Aiman diam. Memang Cinderella moden dalam dunia sebenar!
"Icah, can you do me a favor?" Dahi Aisyah berkerut.
"Tolong apa, abang?" Soal Aisyah.
"Abang nak jumpa Ain lagi."

Limited Edition CinderellaWhere stories live. Discover now