Prolog

2.2K 159 11
                                    

"Dah lama tak cuti bukan?" Tanya Xiumin gembira walaupun hatinya tidak berapa senang untuk percutian kali ini. Dia tidak tahu pulau yang dituju ini adalah tempat yang selamat atau tidak. Namun, dia hanya menurut keinginan member lain.

"Ye la kan. Dah lama tak keluar begini. Terima kasih Chen bagitahu pasal tempat ni." Kata Baekhyun tersenyum riang. Berbunga hatinya melihat suasana segar ini. Mereka sembilan orang berdiri di jeti. Menunggu bot yang bakal membawa mereka ke suatu pulau yang terkenal dengan pelbagai misteri.

Hari makin gelap. Chanyeol membuka telefonnya untuk melihat jam. Tepat 10 malam. Tanpa disangka, ada satu miss call dari Kai yang tidak dapat menyertai percutian mereka akibat masalah kesihatan.

"Kai call la." Ujar Chanyeol. Dia segera menekan punat 'call' namun tiada sebarang jawapan. Beberapa kali call, dia tetap tidak mendapat sebarang jawapan. Akhirnya, dia hanya mengalah. Tahu line di sini tidak baik. Hanya satu bar sahaja naik pada telefonnya. Member lain memandangnya. Tanpa diarah, mereka semua membuka telefon masing-masing. Setiap mereka mendapat satu panggilan daripada Kai kecuali D.O..

"Aku tak dapat pun. Kenapa pulak?" Tanya D.O sambil menggaru kepala. Tidak tahu apa situasi sekarang. Apa yang berlaku kepada Kai sampai tidak boleh membuat panggilan kepadanya? Kenapa dia seorang tak dapat?

"Ada la tu dia terasa dengan hyung. Dia tu kan rapat dengan hyung. Kalau ada yang tak kena, takkan dia nak call hyung pulak." Ujar Sehun. Bukan nak memujuk malah membuat orang susah hati pulak. Budak ni!

"Ala, dia dengki la tu sebab tak dapat join. Tak payah risau la." Suho tersengih. Telefon dimasukkan semula ke dalam poket baju sejuknya. Suasana amat sejuk malam ni. Kawasan pedalaman memang begini. Nasib baik setiap mereka mendengar nasihat Chen dari awal lagi.

"Tengok tu." Suho menunjuk ke arah cahaya kecil yang menghampiri. Dari kejauhan, mereka tidak dapat melihat apa-apa selain cahaya yang bergerak-gerak. Lama-lama barulah jelas bahawa cahaya itu datang dari pelita pada sebuah bot.

"Dah sampai pun." Ujar D.O. lalu mengangkat begnya. Dia melihat perlakuan member yang turut bergegas mengangkat barang keperluan. Ada senyuman yang bermain pada bibir mereka. Nampak tidak sabar untuk tiba ke pulau sana. Belum sampai belum tahu apa yang akan berlaku, bukan?

Kata Chen, pulau itu menakjubkan. Ada hotel yang mempunyai pelbagai kelengkapan buat mereka. Pantai juga cantik. Namun sejauh mana kebenaran kata-kata Chen, tiada siapa yang tahu. Tiada langsung maklumat tentang pulau itu dalam internet. Malah google map pun tidak dapat mengesan pulau itu. Pelik. Setahu mereka, pulau yang tidak dapat dikesan bermakna pulau tersebut belum diterokai. Bagaimana boleh ada hotel bagai?

Namun, persoalan serta perasaan tidak percaya tertanam apabila melihat bot itu. Kalau tak ada orang kat pulau sana, bagaimana boleh ada bot kan? Jadi, bolehlah mereka menarik nafas lega.

"Hello sir." Tegur Lay dengan tangan yang melambai. Namun pakcik itu memandang Lay sekilas lalu memandang ke hadapan semula. Lay hanya tersengih sahaja lalu berhati-hati naik ke atas bot itu. Bukan tidak biasa dengan orang sebegini. Baik buat tidak tahu sahaja.

"Jangan tegur banyak sangat. Orang kat sini tidak suka orang luar." Nasihat Chen dengan membisik seperlahan yang mungkin kepada member. Mereka semua mengangguk kepala. Maklumat penting.

Mata Chen memandang ke arah seseorang. Takut menguasai dirinya lebih dari yang lain. Dia tahu ini merupakan suatu suicide/bunuh diri sendiri. Namun, dia sudah minta masa yang lama untuk hidup. Sekarang, dia tidak boleh lari lagi.

"Kenapa kau pandang aku macam tu, Chen?" Tanya Baekhyun dengan sengihan yang tidak dapat dijelaskan. Mata Chen terbuntang sebelum menggeleng kepalanya secepat mungkin. Cepat-cepat matanya memandang lantai bot.

"Dah la. Aku tanya pakcik tu tadi. Baik tidur la dulu sebab perjalanan kita lama lagi." Ujar Chanyeol. Dia menggeliat sebelum menyelesakan diri di tempat duduk. Neck pillow dikeluarkan dari beg sandangnya lalu diletakkan pada belakang tengkuknya. Baru selesa.

"Baiklah. Aku pun letih ni. Seharian kita duduk atas kereta tadi." Balas Sehun sebelum bantal kecil tepat mengenai mukanya. Dia mengeluh perlahan sebelum menggosok hidungnya. Sakit jugak sebenarnya. Dasar Baekhyun!

"Banyak la letih kau. Kau tidur dari awal sampai la tiba kat jeti tadi. Tengok orang yang bawak kereta, relax aje." Baekhyun tersengih lalu menunding ke arah Suho. Apabila menyedari dirinya dipandang, Suho mengangkat kepalanya dari telefon lalu membuat simbol peace sebelum kembali menyibukkan diri dengan telefonnya.

"Korang.. aku mintak maaf ya." Ujar Chen ringkas sebelum turut cuba memejamkan mata. Jantung mula memainkan drum sendiri. Tiba-tiba telinganya tajam memasang dengar setiap percakapan orang itu. Suara itu! Dia akan ingat sampai mati. Hidupnya merana disebabkan lelaki itu.

Semakin lama, semakin ramai mula berlabuh di dunia mimpi masing-masing. Tanpa menyedari, seseorang memulakan misi pertamanya.
_______________________

✔PulauWhere stories live. Discover now