"Tengok! Sepatah pun aku tak faham." Keluh Chanyeol apabila Xiumin membelek buku yang tebal itu.
"Bahasa apa ni?" Tanya Xiumin lalu menggaru kepala yang tak gatal. Masalah betul. Macam mana dia nak dapat petunjuk jika huruf begitu pun dia tidak pernah tengok.
"Hmm.." D.O menggosok dagunya seperti orang yang berfikir dalam. Tanpa sebarang suara, dia mengeluarkan telefon.
"Aku rasa... aku tahu bahasa ni." Ujar D.O lalu menekan-nekan beberapa kali pada skrin telefon. Chanyeol dan Xiumin memandang sesama sendiri.
"Kau faham?" Tanya Xiumin.
"Rasanya. Sehun pernah share maksud huruf-huruf ni. Nanti aku cari kejap." D.O merungut apabila melihat bateri telefonnya yang makin berkurangan. Apa tidaknya, sudah berminggu berada di sana. Nasib baik dia sempat guna powerbank rakan-rakannya.
"Sehun?"
"Ha'ah. Dulu Sehun cakap dia tengah minat belajar bahasa pelik. Jadi aku pun nak jugak ambil tahu pasal ni. Sebab tu aku save dalam telefon." D.O tersengih sebelum meletakkan telefonnya di atas meja agar Xiumin dan Chanyeol dapat melihatnya juga.
"Okay. Sekarang cantum semua huruf ni." Xiumin menunjukkan tajuk buku dahulu. Chanyeol mengangguk lalu menaip pada telefonnya semua perkataan yang mula membentuk satu demi satu perkataan dalam bahasa mereka.
"Ke."
"La."
"Hi."
"Ran."
"Se."
"Mu."
"La."
"Kelahiran semula." D.O baca semula apa yang Chanyeol taipkan.
"Maksudnya?" Tanya Chanyeol tidak faham. Dia ambil semua gambar member yang ditanda.
"Mesti ada kaitan dengan semua gambar ni kan." Ujar Chanyeol lagi sambil meneliti setiap gambar.
Sehun dan D.O bertanda pada yang tempat yang sama iaitu di kawasan kepala.
Xiumin mula dari pinggang hingga ke tekak.
Dua gambar yang tidak dikenali Chanyeol ditanda pada bahagian bawah badan.
"Kenapa pelik sangat tempat tanda ni?" Tanya D.O pelik.
"Jap. Aku rasa aku pernah tengok benda ni dalam internet." Xiumin berkata.
"Hyung cerita apa yang hyung tahu. Aku dengan Chanyeol cuba translate sikit-sikit." Ujar D.O bersemangat. Xiumin dan Chanyeol mengangguk faham.
"Tapi.. aku rasa ni mustahil. Apa yang aku baca tu agak gila. Kerja gila." Keluh Xiumin dengan kening berkerut.
"Kenapa?"
"Benda ni muncul dari zaman lampau lagi. Zaman sihir dulu-dulu. Kelahiran semula ni macam masa diundur balik. Dunia ni akan kembali pada masa yang pelaku tu nak. Dan dia boleh ubah semua benda yang dia nak. Hidup orang lain pun dia boleh tentukan. Umur pelaku itu takkan terjejas. Dan apabila dia buat siapkan kerja tu, akan ada satu clone untuk dia." Ujar Xiumin.
"Tak faham." Chanyeol berkerut.
"Macam ni.. pelaku nak ubah hidup dia. Umur semua orang dalam dunia ni akan kembali pada masa yang pelaku tu nak tapi umur dia tak berubah. Contohnya, kalau aku yang buat." D.O berhenti sebentar. Pandangan Chanyeol yang memandangnya pelik itu menambahkan debaran.
"Aku bagi contoh aje ni. Kau susah sangat nak faham." Marah D.O.
"Okay okay." Balas Chanyeol cepat-cepat.
"Kalau aku yang buat. Contohnya aku nak kembali masa aku sekolah rendah. Semua orang kat dunia ni akan kembali pada tahun tu. Ibu bapa aku akan muda balik. Korang pun kembali pada umur budak-budak. Tapi diri aku yang sebenar ni tetap dengan umur aku yang tahun ni punya. Dan bila aku siapkan kerja yang perlu buat tu, aku akan ada satu clone yang akan menyamar sebagai diri aku iaitu budak sekolah rendah. Macam tu ke hyung?" Tanya D.O tidak pasti. Agak pening dengan ayat sendiri sebenarnya.
"Ya-ya.. macam tu. Pelaku tu boleh control hidup orang lain." Jawab Xiumin yakin.
"Tapi.." tambah Xiumin namun kembali diam seperti sedang berfikir.
"Kalau tak silap aku, untuk clone... pelaku kena bunuh manusia satu persatu. Dan cantum mereka semua jadi satu manusia yang lengkap. Aku rasa ni... semua ni sebab nak buat clone. Tengok! Bila kau cantumkam semua bulatan ni akan jadikan satu manusia yang lengkap." Xiumin memegang gambarnya. Ada perasaan takut yang kuat bermain.
"Betul jugak. Sehun dan aku kat kepala. Maybe otak. Suho kepala. Baekhyun tangan dan mata. Hyung pula dekat bahagian atas badan. Chanyeol bahagian bawah badan. Chen kat telinga dan mulut. Kai kat dada. Aku rasa ni bahagian jantung dan hati." D.O terangkan semula. Chanyeol mengangguk apabila dua gambar tidak dikenali itu merupakan kenalan mereka. Mungkin juga kawan yang dia lupa.
"Ada satu lagi matlamat dia. Tapi aku tak ingat. Cuba kita translate dulu." Arah Xiumin semula.
Mereka ralit cuba mentafsir satu-persatu perkataan purba itu. Chanyeol cuba meneliti balik maklumat yang ada dalam kepalanya sekarang. Kata-kata D.O dan Xiumin mula bermain di dalam minda... sebelum sesuatu menangkap perhatiannya.
"Hyung.... macam mana kau tahu maklumat sedalam ni?" Chanyeol merenung Xiumin yang kaku apabila mendengar soalan Chanyeol.
Xiumin senyap.
Chanyeol dan D.O memandang sesama sendiri sebelum memandang Xiumin semula. Apa Xiumin rahsiakan?
"Hyung?" Tegur D.O apabila Xiumin tetap tidak memberi reaksi.
"Hyung.. tak rahsiakan apa-apa dari kitorang.. kan?" Tanya Chanyeol dalam ragu.
"Aku..."
________________
Jeng-jeng-jengJadi, setakat ni korang rasa siapa pelaku yang nak undur balik masa?
YOU ARE READING
✔Pulau
Mystery / ThrillerEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...