Mesej Kai

1K 115 6
                                    

Xiumin tersenyum.

"Tak. Aku tak ingat apa-apa." Jawab Xiumin. Matanya dapat menangkap wajah Suho yang berubah. Suho seperti sudah mengagak jawapan itu nampaknya.

"Kenapa cakap pasal dalam bot tadi ni? Kita semua kan tidur. Apa yang peliknya?" Tanya Baekhyun pula. Dia langsung tidak mendengar kata-kata member yang sedang menjawab soalannya malah menarik beg galasnya lalu mengeluarkan telefon namun terus mengeluh apabila melihat tiada sebarang signal pun. Dia segera menutup telefon.

Eh, kejap!

Baekhyun kalut membuka telefonnya. Satu mesej masuk beberapa minit lalu daripada... Kai! Tanpa membuat orang lain tahu tentang itu, dia bangun dari tempat duduknya. Telefon dimasukkan ke dalam poket pada baju sejuknya sebelum tangannya menyapu habuk tanah yang melekat pada seluar.

"Aku nak buang air kejap." Ujar Baekhyun. Tanpa menunggu jawapan member, dia berjalan seorang diri ke arah semak-samun. Semakin lama, semakin jauh dia masuk ke dalam hutan. Apabila dirasakan sudah jauh dari tempat mereka berkumpul, Baekhyun melihat sekeliling lalu mengambil telefonnya. Selepas beberapa kali dia menyentuh skrin telefon, akhirnya dia membuka mesej daripada Kai. Macam mana mesej boleh sampai sedangkan tak ada signal pun?

"Hyung, aku tunggu kau." Baekhyun membaca mesej itu perlahan. Keningnya berkerut sebelum mendegus kasar.

"Budak tu naik main dengan aku ni. Tunggu apanya? Bukan boleh balik pun sekarang ni. Eish, dengki tak habis!" Baekhyun mula membebel lalu menaip sesuatu pada telefonnya. Dia perlu balas mesej Kai. Mungkin akan sampai, mana tahu kan?

"Bising aje budak ni. Dia pulak yang bertuah sebab tak datang." Baekhyun membebel keseorangan lagi. Marahnya terhadap Chen menyebabkan semua perkara menjadi tidak kena. Tak sangka kawan mampu khianat mereka pada saat akhir.

"Tak boleh balik la. Terperangkap dekat pulau entah apa ni. Chen pun dah lari. Apa-apapun kau tunggu la kitorang balik. Nanti kami pergi melawat kau dekat hospital." Baekhyun membaca mesejnya semula lalu menekan punat 'send' dan tanpa disangkakan mesejnya dapat dihantar. Dia menyandar di pokok yang berdekatan menanti balasan. Suasana di sekelilingnya amat gelap. Entah kenapa dia boleh datang sejauh ini tanpa seorang teman pun. Rasa takut mula menyerang menyebabkan jantungnya mula berdegup laju.

Ting!

Cepat-cepat Baekhyun membuka telefon yang digenggam dari tadi semata-mata menunggu balasan. Sebelum membuka mesej, dia sempat melihat signal. Tetap tiada. Betul-betul kosong.

Tak payah balik. Aku ada depan kau, hyung.

Mata Baekhyun terbuntang. Tangannya menggigil perlahan. Peluh mula membasahi badannya. Mukanya terasa hilang darah panas ketika itu. Pucat tidak berdarah! Tanpa mengangkat muka daripada telefonnya, dia sudah dapat melihat bayangan hitam semakin menghampiri dirinya. Dia menelan liur yang terasa bagai sesuatu yang paling susah untuk dibuat pada ketika itu.

"Hyung, pandang aku." Ujar suara itu. Otak Baekhyun masih dapat mengenali suara itu. Tiada orang lain lagi selain Kai. Itu betul-betul suara Kai. Baekhyun menggeleng kepalanya ke kanan dan ke kiri berulang kali. Tak mungkin Kai yang terlantar sakit di hospital ada di depannya sekarang.

"Aku jijik sangat ke hyung? Kau kena pandang aku." Suara Kai itu berkata lagi. Baekhyun terus duduk mengcangkung apabila dia nampak bayang hitam itu mahu menyentuhnya. Kakinya tak dapat bergerak. Tangannya menekup kedua-dua belah telinga. Dia tidak mahu mendengar suara itu. Itu semestinya bukan Kai!

"Apa yang kau takutkan sangat, hyung?" Tanya suara Kai lagi. Baekhyun mengetap bibirnya kuat-kuat sehingga darah mula keluar pada bibirnya yang terluka. Matanya meliar mencari sesuatu di sekelilingnya namun kosong. Sebelum dia mampu memikirnya cara untuk melarikan diri, bayang hitam itu mengambil telefon Baekhyun lalu dibuangkan ke tanah. Secara spontan Baekhyun memandang bayang itu tanpa sempat dikawal mindanya. Saat matanya memandang bayang tersebut, dia terduduk di situ. Tangannya mencengkam tanah kering di sisinya. Bibirnya yang berdarah itu bergetar.

"Apa benda ni?!" Jerit Baekhyun lalu mengesot ke belakang perlahan-perlahan. Dia memandang suatu bayang berwarna hitam yang sangat besar di hadapannya. Mata yang berwarna merah itu kelihatan bernyala terang apabila merenungnya yang ketakutan.

"Pergi!!" Jerit Baekhyun sebelum semuanya menjadi gelap gelita.
_________________

"Baek? Baekhyun, bangun weh!" Satu suara kedengaran perlahan pada pendengaran Baekhyun. Baekhyun cuba membuka mata tapi tidak boleh. Matanya terasa amat berat untuk dibuka. Anggota badan pun langsung tidak boleh digerakkan. Mulutnya tidak boleh bercakap. Namun, otak, pendengaran dan deria sentuhnya berfungsi dengan baik.

"Baekhyun.. kau memang tak boleh bangun ke?" Baekhyun cuba mengenali suara itu. Dengan serta-merta, dia pasti itu suara Suho. Sebentar kemudian, bunyi kaki yang menyentuh lantai khemah makin mendekati. Khemah? Dia dah kembali kat tempat berkumpul!

"Dah la. Biar dia rehat dulu." Suara Xiumin pula kedengaran. Apabila mendengar suara itu, Baekhyun tahu Xiumin berada di sisi kanannya manakala Suho di sisi kirinya. Baekhyun menumpu perhatian terhadap perbualan mereka pula. Xiumin mengeluh perlahan.

"Macam mana boleh jumpa Baekhyun?" Tanya Suho.

"Lay dengan D.O jumpa. Diorang pelik Baekhyun tak balik-balik. Diorang pergi cari dan tak pasal-pasal D.O pun hampir pengsan. Dia nampak sesuatu depan Baekhyun tapi Lay tak nampak apa-apa pulak. Lagi pelik bila dengar cerita dari sudut Lay pula." Panjang Xiumin bercerita. Baekhyun hanya mampu mendengar sahaja apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Mahu sahaja dia bertanya apa yang D.O nampak sampai hampir pengsan. Mungkin bayang hitam tu?

"Apa pulak Lay nampak?"

"Lay nampak Baekhyun menjerit-jerit. Lontar telefon dia sendiri. Lepas tu, Baekhyun meracau seorang diri. Tapi Lay pelik jugak tengok D.O masa tu. D.O nampak takut sangat masa tu. Dia cakap dia nampak sesuatu tapi Lay tak nampak apa-apa pun. Pening aku! Mana satu yang betul!" Xiumin mengeluh sesudah bercerita.

Mahu sahaja Baekhyun menjerit pada ketika itu. Lay kata dia lontar telefon sendiri? Tapi bukan ke telefon Baekhyun dirampas oleh bayang itu dan benda itu yang buang telefonnya ke tanah. Kenapa Lay tak nampak apa yang dia nampak? D.O nampak ke? Aiish, dia kena bangun juga. Dia perlu tanya D.O dan Lay sendiri. Baekhyun kembali memaksa diri untuk membuka mata yang masih terpejam rapat. Apa yang tak kena dengan matanya? Tapi pelik juga. Seperti ada yang kurang pada matanya. Apa perasaan pelik ni?

"Baekhyun boleh okay tak? Macam mana boleh jadi seteruk ni?"

Teruk? Apa yang Suho maksudkan? Seingatnya, dia pengsan sebelum apa-apa berlaku.

"Entah la. Diorang pergi cari balik tapi tak jumpa." Xiumin berkata perlahan.

"Sekarang ni, tak ramai keluarga yang bagi ambil bahagian itu dari mayat. Kalau ada pun, banyak prosedur nak kena ikut dan kena tunggu giliran pulak. Kesimpulannya, memang susah la." Ujar Suho pula.

"Kenapa Baekhyun nak cungkil mata sendiri pula?" Soal Xiumin yang menyebabkan Baekhyun tergamam. Dia cungkil mata sendiri? Tapi, tak mungkin!

Aku dah buta?

Aku dah tak ada mata?

Tak mungkin!!

_______________

✔PulauWhere stories live. Discover now