Kita Berpecah

941 109 8
                                    

**author-nim nak bagitau yg Luhan, Kris dan Tao tidak dimasukkan dalam cerita ni. Bukan author-nim tak suka diorang tapi author-nim hanya buat member yang masih stay dalam EXO skrang. 😳😳**

"Hyung, aku mintak maaf." D.O bersuara perlahan. Xiumin yang duduk di hujung jeti itu hanya mengumam 'hmm' sahaja. Bukan terasa hati tapi malas nak melayan orang lain ketika itu.

Tanpa sebarang suara, D.O duduk di tepi Xiumin. Turut memandang lautan yang terbentang luas di matanya. Betul-betul kosong. Mereka tidak nampak apa-apa selain air yang biru.

"Hyung, apa kita nak buat sekarang?" Tanya D.O memecahkan lamunan kosong Xiumin.

"Aku pun tak tahu. Chen dengan Suho hilang. Baekhyun kena bunuh dengan kejam. Kita pulak terperangkap dekat pulau entah mana ni." Keluh Xiumin. Ingin sahaja dia menceritakan kepada D.O tentang perkara yang telah dia lalui. Mahu sahaja dia bertanya tentang siapa yang memukulnya, tentang dia nampak Baekhyun dengan Kai dan tentang suara yang sering bermain di dalam fikirannya. Yang kasar dan dalam.

"H-hyung.. betul-betul rasa Suho tak bunuh Baekhyun ke? Hyung cuba jawab dengan jujur. Tak payah nak jaga hati siapa-siapa." Teragak-agak juga D.O bertanya. Takut akan dimarahi member yang paling tua itu. Nanti ada pula yang makan penumbuk hyungnya itu.

"Entah la, D.O. Nak kata Suho yang buat pun, kita tak ada bukti. Lagipun, tak ada motif Suho nak bunuh Baekhyun kat sini. Dia sendiri terperangkap kat pulau ni." Jelas Xiumin dengan suara yang agak yakin. Fikirannya sendiri tidak menentu.

"Jadi, kesimpulannya?"

"Kesimpulannya, aku tak rasa yang Suho buat semua ni." Ujar Xiumin senang.

"Hyung nak dengar rancangan aku tak?" D.O memandang Xiumin.

"Cakap je."

"Macam ni, aku fikir benda ni dah lama. Apa kata kalau kita berpecah lepas tu cari Suho dengan Chen. Mana tahu diorang tersesat dalam hutan sana? Nanti kita tanya la kenapa diorang lari dari kita semua." Cadang D.O yang menarik perhatian Suho. Xiumin meraup wajahnya sambil berfikir sekejap. Susah sangat nak buat keputusan.

"Boleh jugak. Tapi kita sekarang ni ada nombor ganjil. Kita semua ada lima orang. Tak aci pulak kalau dah satu group pergi 2 orang, yang satu lagi pergi 3 orang." Keluh Xiumin. Jika ditanya pada diri sendiri, lebih baik pergi dua orang sahaja. Senang kalau bilangan sikit.

"Kita tanya la diorang nanti sebab aku rasa kalau kita tak buat apa-apa macam ni, tak ke mana la kita hyung. Takut nanti ada pulak mangsa macam Baekhyun. Aku tak nak, hyung." D.O mengungkit tentang kejadian menimpa Baekhyun yang dikebumikan beberapa hari yang lepas.

"Betul juga. Sudah hampir 2 minggu kita ada kat sini." Xiumin menggeleng kepala. Pada saat ini, barulah dia terfikirkan tentang keluarga dan SM. Apa la agaknya mereka buat apabila sedar diorang semua tak pulang?

"Jadi?"

"Panggil diorang semua ke sini. Kita bincang sama-sama." Putus Xiumin. D.O tersengih sebelum berlari mencari member mereka yang lain.
______________________
Setelah berbincang, mereka bersetuju bahawa Lay dan Sehun akan pergi bersama. Manakala Xiumin pula bersama D.O dan Chanyeol. Mereka bersetuju untuk pulang ke tapak perkhemahan selepas satu hari berlalu. Pulau seluas itu tidak cukup pun diterokai dalam masa satu hari. Namun, mereka juga harus berjaga-jaga.

"Betul ke jalan ni?" Tanya Lay pada Sehun yang mengetuai perjalanan mereka berdua.

"Kita pergi dulu la hyung. Lagipun aku dah tanda pokok yang kita dah lalu tu. Senang kalau nak balik kat khemah semula." Ujar Sehun lalu menikam-nikam pokok dihadapannya untuk membuat tanda.

"Memang la betul tapi... kita ni dah masuk terlalu dalam. Gelap semacam aje kat sini." Mata Lay mula meliar ke sekeliling. Seram juga dia melihat keadaan di situ. Terlalu sunyi. Bunyi pokok yang ditiup angin sahaja yang kedengaran pada telinganya.

"Esh, jangan cakap macam tu hyung. Kita ni berdua aje tau tak. Kalau jadi apa-apa, susah nanti." Marah Sehun. Dia dapat rasakan bulu romanya meremang. Bukan dia tak sedar dengan keadaan sekeliling yang agak pelik tapi dia kena cari jugak Chen dan Suho walau macam mana sekali pun.

"Kita berehat dulu amacam? Kat sana tu macam cera--" Lay terhenti. Jari telunjuknya yang menunding ke suatu arah itu membeku.

"Mana hyung?" Tanya Sehun lalu dia memandang Lay yang senyap itu.

"Hyung... kenapa ni?..." tanya Sehun lagi. Dia memandang ke arah Lay tunjuk namun tiada apa-apapun.

"Suho.. aku nampak Suho." Bisik Lay dengan suara yang paling rendah. Hampir tidak kedengaran pada telinga Sehun.

"Huh? Tak ada apa-apapun. Kalau hyung nampak, dia tengah buat apa?" Sehun hanya melayan perangai Lay walaupun dia sebenarnya tidak percaya langsung.

"Dia tengah... senyum." Ujar Lay yang berwajah pucat. Tangannya dijatuhkan.

"Lagi?"

"Dia panggil nama betul aku. Yixing..."

"Hmm, lepas tu?"

"Dia suruh cari.. telefon dia. Dia ada record semua benda dalam telefon dia tu." Ujar Lay serius. Mungkin ada sebab kenapa hanya Lay yang nampak Suho itu.

"Telefon apa pulak? Badan dia pun kita tak jumpa. Ni pulak telefon dia." Keluh Sehun malas.

"Dia kata ada. Cari aje." Lay menutup matanya. Dia mahu fokus agar apa yang Suho katakan dapat didengari dengan lebih jelas.

"Jap! Dia kata sesuatu.." Lay terhenti. Dia membuka mata semula.

"Apa pulak sekarang?"

"Suho! Aku tak dengar la. Kuat sikit." Jerit Lay. Sehun mengeluh.

"Kenapa hyung tak pergi dekat aje? Tak payah jerit-jerit macam ni." Marah Sehun sakit hati.

"Tak. Aku tahu tu bukan Suho yang betul." Balas Lay.

"Kenapa bukan Suho hyung pulak? Tadi hyung kata tu Suho hyung. Sekarang tak pulak. Mana satu ya--"

"Sebab aku tak dengar suara dia bercakap pun." Muka Lay berubah warna sekali lagi. Kali ini betul-betul pucat bercampur takut. Baru dia sedar dia tidak dengar langsung suara itu bercakap.

"Mengarut hyung ni. Aku sahkan dengar, nampak pun tak. Dah, jom pergi." Sehun menarik lengan Lay untuk pergi dari situ namun Lay membatu. Menahan Sehun dari bergerak.

"Aku pun tak tahu kenapa. Walaupun dia tak bercakap, aku faham apa yang dia nak sampaikan. Macam... macam firasat. Macam--" sebelum sempat Lay berkata lagi, Sehun sudah menyampuk.

"Bayangan hyung aje tu." Sampuk Sehun.

"Jap!" Marah Lay pula kali ini.

"Dia tunjuk kat badan dia sendiri." Lay memerhati dengan lebih fokus. Sehun di sisinya turut menjadi serius kali ini.

"Lepas tu, dia letak tapak tangan dia dekat tekak secara melintang. Dia gosok tekak dia macam tu beberapa kali. Maksudnya...." Lay memandang Sehun dan Sehun turut memandangnya.

"EH!?" Jerit kedua-duanya seperti memahami apa yang bermain dalam fikiran masing-masing.

"Mak--maknanya... Suho hyung.. dah mati?
____________________

✔PulauWhere stories live. Discover now