*Chapter ni agak memeningkan. Sila baca berulang kali untuk memahaminya. Tak faham jugak, sila komen. A/N akan jawab soalan anda di chapter seterusnya. 😊 *
(apasal formal sngat ni)Xiumin mengerang kesakitan. Kepalanya masih berdenyut.
"Hyung okay tak ni?" Suara Chen yang kedengaran dekat itu terus membuatkan Xiumin membuka mata. Dia berada di khemah? Dia pandang Chen tidak percaya.
"K-kau yang buat semua ni?!" Marah Xiumin. Kalau tidak disebabkan dia berada dalam kesakitan, pasti dia sudah menerpa ke arah Chen. Mungkin habis Chen dia kerjakan.
Namun, gelengan kepala Chen membuatkan Xiumin turut diam.
"Hyung dengan yang lain masih tak boleh nak fikirkan siapa yang buat semua ni? D.O.. D.O yang buat." Ujar Chen lalu tersenyum pahit. Chen merenung lantai khemah. Ketika itu, baru Xiumin sedar ada luka dan lebam di wajah Chen. Muka pun makin cekung.
"Macam mana aku nak percaya dengan kau? Kau tak pernah ada pun dengan aku sepanjang masa ni." Tanya Xiumin lalu segera bangun dari pembaringan. Makin teruk denyutan di kepalanya yang telah berbalut dengan kain. Dari mana Chen dapat kain itu Xiumin tidak mahu ambil tahu.
"Kau tengok kat luar hyung. Bagitahu aku apa yang kau nampak." Arah Chen. Xiumin yang teragak-agak itu hanya mampu menurut sahaja. Zip khemah dibuka.
Eh?
"Jeti? Bukan ke--"
"Ni jeti kat darat punya. Tempat kita tunggu bot hari itu. Bukan dekat pulau tu." Potong Chen. Xiumin yang keliru itu terus memandang Chen. Tapi riak muka Chen juga serius dan muram. Tiada langsung tanda bergurau atau main-main.
"Tapi bukan ke kita ada kat pulau? Macam mana boleh ada dekat sini?" Tanya Xiumin. Dia tidak percaya apa yang dia nampak.
"Pulau itu hanya khayalan saja. Ni pun hanya mimpi." Jawab Chen hanya menyebabkan Xiumin makin bingung.
"Khayalan? Mimpi?"
"Pulau tu khayalan dalam fikiran saja hyung. Dan sekarang.. sebenarnya kita sedang bermimpi. Badan kita masih ada dekat Seoul. Khayalan kita ni aje yang dikawal D.O. Tak percaya? Cuba hyung fikir balik. Logik ke hyung dengar suara pelik-pelik? Logik ke hyung boleh nampak Kai? Logik ke hyung kena pukul tapi tak ada darah pun? Hyung buka kain yang aku ikat dekat kepala tu." Chen menunding ke arah kepala Xiumin. Seingat Xiumin, dia sangat pasti kepalanya berdarah teruk. Sakitnya pun masih terasa.
Xiumin membuka perlahan-perlahan. Namun, memang betul apa yang Chen katakan. Tiada darah mahupun luka. Kepalanya baik sahaja. Sama seperti kejadian ketika dalam bot dulu.
"Aku tetap tak faham apa yang berlaku. Gila ke? Mimpi apa macam ni? Semua benda real!" Suara Xiumin meninggi. Dia sangat buntu. Kenyataan dari Chen membuatkan semua menjadi makin teruk. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku.
"Hyung.. aku mintak maaf. Benda yang real berlaku hanyalah masa kita semua berkumpul dekat dorm. Masa kita berbincang nak pergi bercuti. Lepas tu aku bagi cadangan kononnya nak datang sini. Setakat tu aje yang real." Chen berhenti seketika. Kelihatan seperti sedang berfikir.
"Masa kita berbual tu, D.O ada bagi kita semua makanan. Benda tu buat badan kita pengsan kat dorm tapi otak kita masih berjalan. Otak kita ini bertindak mengawal persekitaran yang D.O nak. Lagi malang D.O boleh kawal gerak geri kita." Keluh Chen. Walau bagaimanapun, Xiumin masih bingung. Dalam sangat maklumat ini. Rupa-rupanya semua benda dari kereta sehingga ke pulau itu hanyalah khayalan yang dikawal oleh D.O? Dan badan diorang sebenarnya bermimpi di dorm?
"Lepas tu? Kenapa ada member yang dah mati? Bukan ke dia rancang nak kelahiran semula? Jadi jadi.." Xiumin makin pening. Dia menepuk kepalanya beberapa kali. Kenapa dia seperti tidak dapat menerima semua ini?
"Macam ni la hyung. D.O tak tidur mahupun pengsan. Dia sedang memerhatikan badan kita. Setiap kali dia nampak member macam nak tersedar dari tidur ataupun kesan dari benda dia bagi itu dah berkurang, dia bunuh la member itu. Gerak geri kita pun dia yang kawal sebab nak bagi nampak real dan nak nampak macam sebuah cerita yang lengkap. Lay mati sebab D.O arahkan Sehun bunuh. Lepas tu, D.O kawal badan Sehun berlari bagai nak rak, tengok-tengok Sehun terjatuh tepat-tepat atas buluh. Tu semua dia kawal dalam mimpi kita. Yang realitinya, dia senang-senang aje ambil pisau lepas tu tikam sampai mati." Panjang Chen bercerita.
"Maknanya.. semua benda ini dia yang reka. Cara diorang mati pun dia yang reka. Tapi yang sebenarnya, D.O yang bunuh diorang kat dorm. Senang sebab kita semua ni tak bergerak. Tak bergelut dengan dia. " Kata Xiumin. Mula faham beberapa perkara.
Chen mengangguk. Mengiakan apa yang Xiumin katakan.
"Jadi, macam mana pula dengan kelahiran semula?" Soal Xiumin.
"Memang D.O mahukan benda merapu tu. Tapi semua tu berlaku di luar mimpi ni. Mungkin sekarang dia tengah sibuk kerat badan member ikut tanda-tanda kat gambar dalam bilik rahsia tu. Yang korang masuk." Mudah sahaja Chen jawab seperti dia sudah tahu dari awal. Semua benda yang dia katakan tidak kedengaran meragukan.
"Macam mana kita nak bangun dari mimpi? Macam mana nak keluar dari sini?" Berkerut dahi Xiumin kerana cuba berfikir dengan maklumat yang diterima. Kalau semua benda D.O yang kawal, macam mana dia nak keluar?
"Kesan ubat tu bergantung pada badan kita sendiri. Badan hyung boleh tahan lama, makin lama hyung ada dekat sini." Jawab Chen lagi.
"Jalan keluar?"
Chen diam apabila soalan itu keluar semula dari mulut Xiumin.
"Hyung.. aku harap kita mati kat sini aje." Ujar Chen perlahan.
"Apa kau cakap ni?" Marah Xiumin.
"Kau takkan nak. Kau tak mahu hidup kalau kau dapat keluar dari sini. Percaya la." Bersungguh-sungguh Chen berkata. Cuba meyakinkan Xiumin untuk tidak melawan apa yang D.O mahukan.
"Tak tak! Dia dah bunuh member kita! Kawan kita weh! Macam mana aku boleh duduk diam?" Xiumin menggeleng kepalanya beberapa kali. Tidak logik baginya untuk menyerah begitu sahaja.
Chen kembali diam. Dia tak mampu berkata lagi jika itu apa yang Xiumin mahukan.
"Tapi.. macam mana kau tahu semua ni? Macam mana kau tahu cara Lay dengan Sehun mati?" Xiumin kembali curiga.
"D.O kawal badan aku. Dia paksa aku tengok semua cara member kena bunuh. Cuma Chanyeol aje aku tak tahu." Chen tunduk. Takut dan bersalah bersarang di minda.
"Macam mana kau tahu banyak perkara?"
"Dan kenapa gambar Lay tak ada?"
Bertalu-talu soalan keluar dari Xiumin. Dia merenung Chen yang kelihatan tidak senang.
"Se- sebab.. sebab aku dengan Lay dah tahu dari awal lagi."
YOU ARE READING
✔Pulau
Mystery / ThrillerEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...