Dia Dah Datang

831 101 12
                                    

Xiumin tersengih namun terus pudar. Terasa dirinya diambang maut ataupun kegilaan.

"Macam mana sekarang?" Tanya Xiumin lalu memegang kepalanya.

"Aku pun tak tahu apa-apa hyung. Aku takut." Keluh Chanyeol sebelum bergerak keluar dari bilik rahsia itu. Diikuti oleh Xiumin. Bunyi cengkerik pada malam menyebabkan mereka berdua makin seram.

"Apa-apapun, kita pergi tempat khemah semula." Ujar Chanyeol yakin. Kawasan hutan itu makin gelap. Mereka tidak dapat melihat apa apa pun di sekeliling. Nasib baik Xiumin ada membawa lampu suluh yang bercahaya agak malap.

"Hyung." Panggil Chanyeol ketika mereka mula berjalan.

"Apa?"

"Aku rasa.. Lay yang buat semua ni."

"Kenapa?" Tanya Xiumin.

"Dia sorang aje tak ada gambar." Kata Chanyeol dalam ragu-ragu.

"Tak semestinya." Balas Xiumin ringkas.

"Lagipun.. masa Baekhyun mati, dia yang paling beria-ria menangis." Tambah Xiumin. Entah kenapa ayat yang dikatakan kedengaran pelik.

"Paling beria-ria daripada yang lain!" Tekan Chanyeol. Membuat muka bosan.

"Tak. Aku tak rasa Lay buat semua ni. Masa kat dalam bot hari tu, aku, dia dengan kau aje yang kena." Ujar Xiumin tanpa memandang Chanyeol yang makin keliru.

"Aku? Kat dalam bot?" Tanya Chanyeol.

"Masa dalam bot hari tu, ada sesuatu terjadi. Aku nampak kau dengan Lay sakit-sakit. Menjerit bagai. Lepas tu, mata aku tak nampak apa-apa sangat. Kadang-kadang kabur ataupun tak nampak langsung. Suara kitorang semua berubah. Suara tu.. sangat menakutkan. Tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku nampak Kai. Tapi ada satu suara yang dalam marah aku. Aku panggil Kai lagi. Lepas tu, seseorang hentak aku dekat kepala. Last sekali, aku dengar Kai cakap pasal penipuan. Aku tak faham. Tapi tu buat aku pasti yang kau dengan Lay bukan orang yang buat semua ni." Panjang Xiumin bercerita semula. Baru dia teringat bahawa dia pernah berjanji dengan Lay untuk berbincang tentang ini.

"Kenapa dengan Kai? Kenapa aku tak pernah tengok dia?"

"Kai tak datang. Dia masuk hospital." Jawab Xiumin.

"Dekat hospital.. Lepas tu kenapa kau nampak dia dekat sini?" Tanya Chanyeol lagi. Semua maklumat makin menyerabutkan otak dan akal fikirannya.

"Okay, biar aku bagitahu kau sesuatu. Masa hari Baekhyun mati, aku nampak dia dengan Kai dekat dalam khemah. Baekhyun cakap dia dah join Kai. Aku tak faham." Berkerut kening Xiumin. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Semuanya masih pelik. Tiada jalan keluar dan tiada petunjuk yang jelas.

"Jadi hyung nampak hantu?" Chanyeol memandang Xiumin.

"Aku tak tahu. Aku sendiri tak pasti yang aku nampak." Keluh Xiumin semula. Dia sendiri takut dengan apa yang dia lihat. Entah benar ataupun tidak. Mungkin juga mainan kepalanya, imaginasi. Tapi ada ke imaginasi yang sangat jelas? Imaginasi yang boleh berkomunikasi dengan dirinya yang realiti?

"Kenapa semua benda yang berlaku macam.. macam memeningkan? Luar dari fikiran kita. Macam tak logik pun ada!" Kata Chanyeol dalam nada yang agak marah ataupun kecewa.

"Sebab kita tengah bermain dengan sesuatu yang dah lama. Benda macam ni.. kelahiran semula ni dah wujud lama. Benda ni ada kaitan dengan semua benda terutamanya fikiran kita. Makin banyak kita fikirkan, tak mustahil fikiran kita dah tak boleh berfungsi ataupun gila. Jadi, aku cadangkan kau berhenti berfikir. Tengok apa akan berlaku." Xiumin cuba menyenangkan hatinya sendiri.

"Hyung.. aku tak--" Chanyeol senyap. Mereka berdua memandang sesama sendiri. Mereka baru sahaja melihat sesuatu berlari di hadapan mereka. Betul-betul di depan cahaya lampu suluh.

"Senyap. Jangan bergerak." Xiumin berbisik perlahan. Entah kenapa kali ini mereka terasa sangat takut. Lebih takut berbanding di dalam bilik rahsia tadi.

"Betul ke aku nampak? Kaki tak sentuh tanah, hyung." Chanyeol terasa seram sejuk. Dia betul-betul nampak kaki benda yang berlari tadi tak sentuh di tanah. Chanyeol dapat rasakan angin yang bertiup ketika 'seseorang' berlari di hadapan mereka. Terasa betul-betul di hadapan wajahnya.

"Jangan cakap apa-apa." Bisik Xiumin, cukup untuk Chanyeol yang dengar. Dia sendiri tidak senang duduk pada saat itu. Apakah yang sedang berlaku? Adakah member yang mahu membunuh mereka sudah memulakan rancangannya?

"Boo!"

Satu suara dari belakang yang cukup untuk membuatkan Chanyeol mula menggerakkan kakinya yang menggigil.

"Chanyeol!" Jerit Xiumin. Serentak dengan itu, lampu suluh terus padam. Bateri habis!

"Herm.. selamat tinggal Chanyeol." Bisikan suara Suho kedengaran jelas oleh Xiumin. Namun, Xiumin tidak bergerak. Peluh mula membasahi badannya. Apa yang Suho buat?

"S-suho.. kau pergi mana?" Akhirnya keluar juga suaranya. Namun, ketawa kecil Suho pula kedengaran.

"Tengok dalam poket kau. Ada telefon aku. Baca semua benda dalam note." Ujar Suho sebelum suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran kaki Chanyeol yang berlari makin jauh. Makin sayup-sayup kedengaran.

Xiumin meraba poket baju sejuknya. Memang ada telefon. Tapi.. seingat Xiumin, telefon Suho ada dengan D.O? Kenapa? Apa dah terjadi dengan D.O?

"Apa ada d--" sebelum sempat Xiumin berkata-kata, suara Chanyeol menjerit menarik perhatiannya.

"Chanyeol!" Panggil Xiumin kuat. Tidak kisah jika dengan jeritannya, pembunuh itu akan tahu kedudukannya.

"Hyung! Tolong aku! Di--" bunyi bising dengan jeritan kembali diam, diganti semula dengan sunyi yang seram.

"Chan.. chanyeol?" Panggil Xiumin namun lebih perlahan dari awal tadi. Tetapi, tiada apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi cengerik yang bersiul.

"Apa dah jadi ni? Kenapa dengan Chanyeol? Siapa yang buat semua ni?" Xiumin menjadi panik. Walau apapun yang berlaku pada Chanyeol, dia sangat berharap Lay, D.O dan Sehun dapat kembali ke kawasan mereka berkhemah. Dia hanya mampu berharap mereka bertiga selamat. Dia tidak mahu keseorangan.

Xiumin tetap tidak mampu melangkah. Kakinya seperti jelly. Lembik dan menggeletar. Bila-bila masa sahaja dia akan jatuh ke tanah jika dia bergerak. Dia hanya mampu berdiri kaku.

Kawasan yang gelap gelita tidak membantu penglihatannya. Lampu suluh yang masih digengam erat itu ditepuk-tepuk perlahan dengan harapan cahaya akan keluar. Namun, perbuatannya hanya sia-sia.

"Hyung, belakang kau. Dia dah datang." Suara Kai kedengaran.

Namun, Xiumin masih tidak bergerak. Perasaan takut telah membataskan segala pergerakannya. Badannya seolah-olah digam. Bunyi ranting kayu yang patah dan daun kering dipijak kedengaran di belakangnya.

"Hyung, baik kau bergerak sekarang."

Xiumin hanya mampu pejam mata.

"Hyung! Dia dah makin dekat!"

Lampu suluh dipegang erat.

"Gerak sekarang!"

"Xiumin hyung!"

Eh, suara Chen. Chen!

Buk!

Kepala Xiumin dihentak kasar dari belakang. Mata Xiumin membulat. Kepalanya berpusing, matanya berpinar. Cecair likat mula keluar dari luka itu. Tanpa sempat mengawal badannya, dia jatuh terlentang di atas tanah. Dia sangat pasti! Suara yang memanggilnya.. suara..

"Chen. Aku Chen, Hyung."

Mata Xiumin terkatup rapat.

✔PulauWhere stories live. Discover now