"Letih la." Adu D.O. Dia duduk di atas tanah yang berumput. Nafasnya termengah-mengah. Sukar pula untuk bernafas begitu.
"Okay la. Kita rehat dulu." Ujar Xiumin lalu duduk di bawah pokok. Belakangnya disandarkan pada pokok itu sebelum keluhan lega dilepaskan. Tak sangka letih juga walaupun mereka hanya berjalan.
"Aku panas la. Kat mana sungai?" Tanya Chanyeol. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Hyung pergi terus aje kat jalan ni. Nanti hyung jumpa la sungai." Balas D.O lalu menunding jari telunjuknya ke arah suatu jalan bertanah merah. Tiada pula rumput yang meliar di kawasan itu.
"Okay la. Aku pergi dulu ya. Korang nak jalan dulu pun boleh tapi jangan lupa tanda kat mana-mana. Bagi petunjuk untuk aku follow." Kata Chanyeol sebelum berlari mengikut jalan itu. Tiada sebab pun dia bertanya arah sungai. Dia sengaja mahu berpisah dari kumpulan itu sebentar apabila melihat D.O agak tidak menyenangi kehadirannya. Apabila mengingatkan balik perbincangan awal tadi, Xiumin mahu pergi bersama Lay dan Chanyeol sahaja. Namun, D.O berkeras untuk menyertai Xiumin.
"Kitorang bergaduh ke dulu? Aish, kenapa la aku boleh hilang ingatan teruk sangat macam ni." Bebel Chanyeol kesal. Dia mahu bertanya pada Xiumin namun ada sahaja yang tidak kena.
"Habis la aku kalau terus mac--" sebelum sempat dia berkata, kakinya tersepak batu yang agak besar menyebabkan dia tersadung. Mukanya betul-betul tersembam terus ke atas tanah merah.
Chanyeol mengerang kesakitan sebelum perlahan-perlahan bangun untuk duduk. Jarinya menyentuh hidung yang mula mengeluarkan darah.
"Nasib tak patah hidung aku ni." Keluh Chanyeol apabila merasakan hidungnya tidak sakit ketika disentuh. Siku dan lututnya turut luka. Malas menggunakan sapu tangan, dia mengesat darah pada hidungnya dengan lengan baju.
"Malang sungguh nasib aku ni. Dah la memori tak ada, D.O benci dan sekarang terjatuh kat sini pulak. Ni la orang kata sudah jatuh ditimpa tangga." Keluh Chanyeol. Dia melihat sekeliling dan matanya terpandang sesuatu. Dia bangun berdiri lalu segera menghampiri barang tersebut.
"Telefon? Siapa punya ni? Tak pernah nampak pun." Chanyeol membonggok lalu mengutip telefon itu. Dia membelek-belek telefon lalu menggaru kepala.
"Bagi kat Xiumin hyung la. Mungkin dia tahu." Chanyeol memasukkan telefon yang masih berfungsi tapi sedikit tercalar itu ke dalam poket baju sejuknya. Kakinya masih melangkah ke arah sungai. Peliknya bunyi air mengalir langsung tidak kedengaran. Jauh sangat ke?
Tanpa menghiraukan apa-apa, dia hanya mengikut jalan merah itu. Semakin lama semakin jauh dia berjalan namun dia masih tidak curiga.
Chanyeol mula lelah berjalan.
"Apasal jauh sangat ni?" Tanya Chanyeol pada diri sendiri. Dia duduk di bawah pokok sebentar. Peluh di dahu dikesat dengan sapu tangan yang selalu dibawa.
Matanya memerhati ke hadapan. Suatu kawasan yang menarik perhatiannya. Tanah di kawasan itu ada rumput namun tidak rata dan kesan tapak kasut masih kelihatan jelas di sekitar rumput itu. Akibat ingin tahu, Chanyeol bangun semula lalu menghampiri kawasan itu.
"Apasal pelik aje ni?" Ujar Chanyeol. Dia memijak rumput itu namun bunyi seseorang memijak kayu pula kedengaran.
"Kayu?" Chanyeol melutut di situ sebelum mula membuang rumput itu. Selesai, dia hanya mampu merenung ke arah kayu yang kelihatan seperti pintu untuk masuk ke dalam.
"Nak masuk ke? Apa yang ada kat dalam?" Chanyeol mula berteka-teki seorang diri. Takut juga untuk masuk ke dalam. Entah apa yang ada pun dia tidak tahu. Lagipun, dia ingat kata-kata Xiumin bahawa pulau ini belum ada dalam Google Map ataupun masih belum diterokai sesiapa. Habis tu, siapa pula yang buat pintu ni?
Dengan teragak-agak, Chanyeol membuka pintu itu dan ternyata tidak berkunci pun. Chanyeol melihat ke dalam yang gelap itu. Ruang rahsia bawah tanah, ya?
Chanyeol segera masuk. Sangat rendah tempat itu membuatkan Chanyeol yang tinggi itu perlu membongkok.
Tanpa membuang masa mahupun membunyikan suara, Chanyeol mula bergerak lebih dalam. Benda pertama yang dijumpai ialah meja yang sama yang Suho jumpa gambar dan buku yang tebal itu.
Sekali tatap pada simbol pelik itu pada muka depan buku tersebut, Chanyeol mula teringat akan baju T-shirt yang dipakai oleh Sehun. Simbol yang sama. Ada badan manusia terbaring dengan muka yang pelik pada tengah-tengah bulatan itu dan pada background manusia itu ada lambang bintang.
"Sehun mesti tahu lambang ni sebab dia sorang aje yang pakai baju ada simbol pelik ni." Bisik Chanyeol perlahan yang cukup untuk dirinya seorang yang dapat dengar. Dia membuka buku yang berhabuk itu namun seperti Suho juga, dia tidak dapat memahami satu huruf pun.
"Bahasa apa ni?" Keluh Chanyeol sebelum meletakkan kembali buku itu. Gambar-gambar yang ada di situ diambil.
"Ini Baekhyun, ada tanda kat tangan dan mata. Ni pula Suho hyung, ditanda pulak dekat.. kepala?" Chanyeol mengerutkan dahi. Dalam samar-samar gelap ruang itu, dia mampu nampak dengan jelas marker berwarna merah dibulat-bulat pada bahagian tertentu pada setiap gambar. Terdapat dua gambar yang tidak dikenali.
"Siapa ni? Macam pernah kenal." Kata Chanyeol dan cuba mengingat balik. Namun, tiada langsung yang terlintas.
Dia mencapai gambar lain pula. Gambar dirinya sendiri.
"Eh! Apasal gambar aku ditanda dekat kaki?" Chanyeol menilik gambar itu. Ya, memang gambar dirinya sendiri. Dan kenapa marker merah itu ditanda pada kawasan pinggangnya sehingga ke kaki?
Chanyeol cepat-cepat meletakkan gambar lain namun gambarnya disimpan dalam poket seluar.
"Tengok la apa yang ada." Chanyeol mula melangkah dengan lebih dalam lagi. Tiba pula pada rak. Botol agak besar berisi air itu tersusun di atas rak. Tiada isi lain selain air itu.
"Arghh!" Jerit Chanyeol kuat apabila melihat botol yang berada di hujung rak itu diisi dengan dua pasang bijik mata yang terapung-apung dalam air botol itu.
"Gila! Apa ni?" Marah Chanyeol apabila melihat kedua belah tangan pada botol seterusnya. Chanyeol merenung botol satu lagi.
"Hmm.. macam rambut aje." Chanyeol berkata perlahan sebelum membelek botol itu agar menghadapnya. Matanya terbeliak apabila melihat isinya. Tidak fasal-fasal dia jatuh terduduk tanpa suara.
Seluarnya mula terasa basah. Basah yang pekat. Dia menyentuh cecair itu lalu ditenung sebentar.
"Ni... ni darah." Jerit Chanyeol lagi. Dia memerhati pada lantai. Penuh dengan darah yang memercik pada tempat dia duduk. Dari tempat dia masuk sehingga tempat dia duduk itu mempunyai darah yang banyak. Kelihatan sesuatu diheret.
"Siapa buat semua ni?" Keluh Chanyeol dalam takut. Dia mula mengingati gambar dan apa yang ada dalam botol. Akalnya mula membongkarkan satu maklumat.
"Gam-gambar yang aku jumpa tadi.. ada tanda. Baekhyun kat tangan dengan mata, sama macam dua botol ni. Jadi, sebab tu.. Suho hyung..." Chanyeol terhenti. Dia langsung tidak mahu melihat botol itu lagi. Takut!
"Sebab tu..Ke--kepala.. kepala Suho hyung ada dalam tu." Jerit Chanyeol sebelum bingkas bangun. Dia menggeleng tidak percaya. Gambarnya sudah ditanda pada kaki. Jadi, adakah dia akan kehilangan kaki selepas ini?
"Tak mungkin!"
YOU ARE READING
✔Pulau
Mistério / SuspenseEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...