Suho mengerang kesakitan. Matanya dibuka perlahan. Berkelip-kelip matanya cuba menyesuaikan dengan cahaya yang terang.
"Kat mana ni?" Suho mengeluh. Suasana sekeliling sangat asing di hadapan matanya. Kelihatan seperti bilik stor yang kecil. Stor?
"Aku terjatuh dari atas?" Suho bangun dari pembaringan. Di bumbung ada lubang yang memuatkan orang masuk. Macam bilik bawah tanah pula. Disebakan bilik rahsia itu agak rendah, Suho terpaksa membongkok ketika berdiri. Dia meneliti sekeliling. Sangat gelap kecuali di tempat dia berdiri itu. Cahaya matahari yang masuk dari bumbung yang terbuka tadi.
"Apa terjadi semalam?" Bisik Suho perlahan. Kepalanya berdenyut pedih. Apabila difikirkan semula, dia masih ingat dia melarikan diri ke dalam hutan apabila melihat Kai berkeliaran di hadapan matanya ketika dia berada di dalam khemah bersama Sehun dan Lay.
Dia pasti Sehun dan Lay tidak nampak apa-apa apabila dua orang itu asyik rancak berbual. Selepas itu, dia pergi keluar dari khemah akibat terlalu terkejut. Dan dia merayau ke hulur kemudian ke hilir sebelum Lay dan Sehun berkata mereka berdua ingin ke sungai. Dia tidak ikut pula.
"Habis tu, apasal aku lari lintang pukang pula sampai jatuh banyak kali? Rasanya Kai ada sebut sesuatu." Kata Suho pada diri sendiri. Kakinya mula melangkah bergerak jauh ke dalam bilik itu. Bilik berhabuk dan kotor. Kertas-kertas lama bersepah di atas lantai. Meja dipenuhi buku dan gambar.
Simbol pelik terdapat pada muka depan buku yang setebal kamus dewan. Entah apa isinya. Dia menyelak muka surat pertama. Bahasa asing yang tak pernah kelihatan olehnya. Dia menutup buku itu sebelum mengecilkan matanya untuk fokus pada gambar-gambar yang terlekat pada meja itu.
Dia menatap meja itu sekali lagi. Gambar pertama, dia tidak nampak dengan jelas muka siapa namun terdapat contengan yang membulat ke arah mata dan lengan. Gambar kedua pula kepala. Gambar ketiga kaki. Gambar keempat--
"Yosh, Hyung!"
Suho berhenti membelek gambar-gambar yang terletak di atas meja apabila terdengar suara itu. Bibirnya mula membentuk senyuman yang mekar.
"Baekhyun? Kau kat mana? Kau dah sihat ya?" Suho memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari penilik suara yang dikenali itu.
"Sihat? Siapa yang sakit?" Suara Baekhyun bergema lagi. Suho tersengih lalu mengikut ke arah suara yang datang itu. Jauh ke dalam bilik. Kawasan yang paling gelap. Namun, akibat sangat seronok, dia melangkah juga. Entah kenapa, dia merindui kawannya itu. Segala barang berkaca di atas rak hanya dirempuh oleh Suho. Dia langsung tidak kisah apabila kaca itu menusuk ke dalam kakinya yang tidak berkasut.
"Hyung, kaki kau berdarah." Kali ini suara Kai pula. Suho ketawa.
"Hah! Kau buat parti tanpa aku ke? Apasal Kai pun ada dekat sini?" Suho mula berdebar apabila merasakan member sedang membuat parti tanpanya. Dia keseorangan lagi.
"Apa hyung merepek ni?" Diganti suara Baekhyun semula. Suara itu kedengaran risau pula.
"Mana aci! Korang selalu tinggalkan aku. Jangan macam ni!" Suho mula menitiskan air mata. Terlalu banyak yang dipendam sejak tiba di pulau pelik itu. Dia keseorangan dan diganggu pelbagai benda pelik. Tidak termasuk dengan memori yang ada kemudian hilang semula setiap kali dia bangun pagi.
"Korang... kenapa buat aku macam ni? Ak-aku nak bagitahu apa yang aku alami masa kita ada kat sini. Tapi... tapi korang semua mengelak dengan aku. Apa salah aku?" Suho berkata lagi lalu berjalan lagi. Sejauh mana bilik itu mampu membawanya.
"Aku keseorangan. Korang tak tahu betapa takutnya aku." Suho terduduk di situ. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak. Bajunya yang koyak itu dipenuhi habuk dan darah. Datang dari mana? Dia sudah tidak ingat apa-apa.
Suho menarik kakinya rapat ke dada. Dia memeluk kakinya sekuat mungkin. Mukanya yang dipenuhi calar itu diletakkan atas lututnya.
"Aku takut. Kenapa korang tak pernah hiraukan aku?" Esakan Suho mula memenuhi seluruh bilik rahsia itu. Dan sudah semestinya seseorang yang sedang melakukan tugas di situ mendengar setiap apa yang diperkatakan Suho dengan jelas.
"Hyung, baik kau keluar sebelum dia datang tangkap kau." Nasihat Baekhyun yang kedengaran rapat di telinga Suho. Kedengaran seperti Baekhyun berada di sisinya pula.
"Kenapa? Kalau aku hidup pun, siapa yang ada untuk aku?" Adu Suho dengan ketawa yang dipaksa.
"K-.... kami ada hyung." Suara Kai kedengaran lagi.
"Bagun, hyung! Keluar dari sini." Ketika itu, Suho sedar lengannya seperti ditarik-tarik. Baekhyun dan Kai ke?
Suho bangun juga. Kakinya yang terasa lembik itu dipaksa melangkah. Sakit akibat kaca yang menusuk-nusuk ke dalam dagingnya sudah tidak dipedulikan. Dia hanya mengikut sahaja ke mana lengannya di tarik oleh kedua kawannya yang tidak dikelihatan di matanya.
"Kau kena hidup hyung. Kau kena tolong kami hapuskan kawan kita yang bunuh kami berdua. Dia itu.. dah merancang nak bunuh semua member." Kai bersuara. Akhirnya, keluar juga kata-kata itu. Tiba-tiba Suho berhenti bergerak. Lengannya ditarik dari pegangan Baekhyun dan Kai yang dikira halimunan.
"K-kau dah m..mati!" Jerit Suho tidak percaya. Badannya membeku. Terkejut mendengar ayat itu.
"Hyung.. baik kau cepat." Suara Baekhyun bergema di dalam kepalanya. Suho menggeleng. Takut.
"Macam mana aku nak percaya dengan kau?" Marah Suho.
"Hyung, dia nak bunuh kau juga." Kai membisik.
"Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit.
"Tch! Aku baru nak simpan kau buat yang terakhir tau tak. Kau cari maut sendiri." Suara itu berbisik dari belakang Suho. Suho menggeleng tidak percaya. Rupa-rupanya dia tu. Selama ni, dia tu kah?
Suho memandang ke bawah. Pedang yang tajam kelihatan menumbusi perutnya. Darah yang panas mula menuruni dari luka tersebut.
Mata Suho mula berkelip perlahan. Dia sudah terlambat. Batuknya mengeluarkan darah. Suho jatuh di atas lututnya. Ketika itu, mindanya kosong dari segala masalah. Akhir sekali, dia rebah ke sebelah sisinya. Mata yang memberat itu merenung ke hadapan yang kosong.
Sebelum matanya tertutup untuk selama-lamanya, dia menangkap suara itu ketawa sebelum pedang ditarik keluar dengan kasar keluar dari badannya. Dan di situ, matanya betul-betul tertutup. Nafasnya terhenti. Air matanya sempat keluar buat kali terakhir.
"Sial." Bisik Baekhyun dan Kai perlahan.
______________
Sejak dua menjak ni, author-nim kelihatan banyak sangat mencarut di dalam ceritanya. Aish, sorry guys. Terbawa-bawa emosi. 😅
YOU ARE READING
✔Pulau
Mystery / ThrillerEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...