"Apa maksud kau? Korang berdua dah tahu?" Xiumin memandang wajah Chen. Tidak percaya kawannya menjadi seperti ini.
"A-aku.. aku dengan Lay pernah terbaca buku nota D.O dekat dalam bilik dia. Dalam tu ada sebut semua rancangan dia. Tapi D.O dapat tahu." Chen mengeluh.
"Masa D.O tahu, dia bagi kitorang pilihan. Nak hilang ingatan ataupun jadi orang suruhan dia." Sambung Chen teragak-agak.
"Jadi, kau pilih nak jadi orang suruhan la." Xiumin menepuk dahinya. Mudahnya Chen nak lari dari semua ni.
"A-aku .. aku pun takut mati la. Aku tak nak! Aku terpaksa ikut arahan dia. Dia kata kalau aku jadi orang suruhan dia, aku akan selamat. Tapi dia tipu. Aku ada dalam senarai anggota badan yang dia nak." Chen memeluk kakinya rapat ke dada. Xiumin yang kelihatan marah itu dikerling sekilas sahaja.
"Jadi Lay pilih nak hilang me--"
"Tak. Lay tak pilih apa-apa. Dia marah sangat hari tu. Dan dia sempat bagitahu Kai. Tapi Kai tak dapat buat apa-apa sebab D.O dah bunuh dia awal-awal lagi. Aku yang tangkap Lay untuk D.O dan dia bagi benda yang buat Lay lupa semua benda. Lepas tu, D.O cakap disebabkan Lay dah buka mulut pasal ni, badan dia dah tak berguna dengan rancangan kelahiran semula. Sebab tu Lay tak tersenarai dalam rancangan dia." Chen memperlahankan suara dia. Dia berharap Xiumin tidak faham apa yang dia mahu lakukan. Dia perlu selamat.
"Disebabkan Lay dah buka mulut, badan dia dah tak berguna. K-kenapa kau bagi... tahu aku?" Xiumin terkesima sebentar apabila Chen senyap. Mengelak bertentang mata dengan Xiumin.
"Kau bagitahu aku semua ni sebab.. kau nak nama kau hilang dari rancangan D.O kan?" Xiumin menekan suaranya. Perasaan dia bergolak. Yang pastinya dia kecewa dengan Chen. Sangat-sangat kecewa.
"Aku nak hidup lagi hyung! Aku tak nak mati!" Jerit Chen ketakutan. Badannya menggigil.
"Aku.. aku tak sangka." Xiumin ketawa perlahan. Dia menekup wajahnya dengan tapak tangan. Bibirnya masih terukir senyuman yang pahit. Apa yang telah dia dengar terlalu berat. Chen beritahu dia semua benda ni adalah bersebab. Bukan kerana mahu menolongnya tapi untuk selamatkan diri sendiri.
"Tapi Lay tetap mati walaupun dia tak tahu apa-apa." Ujar Xiumin. Cuba membuat Chen menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.
"D.O cakap Lay mati sebab dia yang nak. Lay mati atas personal reason. Tiada kaitan dengan rancangan mengarut dia." Balas Chen dengan usaha cuba menegakkan balik apa yang dia rasakan betul. Dia yakin dengan apa yang dia lakukan adalah yang terbaik untuk bebas.
"Macam mana kalau D.O pun nak kau mati?" Xiumin mengangkat wajahnya. Chen kelihatan pucat.
"Tak. Aku.. aku dah buat semua benda yang D.O suruh. Dia pasti lepaskan aku sebab aku dah tak berguna untuk dia." Jawab Chen yakin walaupun jauh di satu sudut hatinya, dia ragu.
"Walau bagaimanapun, dia perlu lengkapkan satu badan manusia kan. Jika nama kau dah keluar dari rancangan dia, maknanya rancangan dia dah tak berhasil sebab tak cukup anggota badan." Xiumin tersengih semula apabila terfikirkan penyelesaian itu. Dia mula menarik nafas lega.
Tapi apabila terpandang wajah muram Chen, dia tahu ada lagi sesuatu yang tak kena.
"Rancangan ni dah tak berjaya kan, Chen?" Tanya Xiumin lagi. Sengihan masih terlekat kukuh pada bibirnya.
"Aku ada baca dalam buku D.O." Chen berhenti seketika. Xiumin mengangguk sahaja sebagai isyarat menyuruh Chen menyambung ceritanya.
"Jika.. jika salah seorang dalam senarai badan tu dah bebas, rancangan tu boleh diteruskan lagi. Sebab.. sebab anggota dia tu dah beralih kepada orang yang terakhir." Sambung Chen. Cukup untuk membuatkan hati Xiumin hancur berkecai. Sengihannya terus pudar. Wajahnya yang berseri dengan idea tadi terus berubah pucat.
"Chanyeol dah mati. Tinggal aku dengan kau. Kau dah bagitahu rahsia tu, jadi nama kau dah hilang. Semua anggota badan yang sepatutnya diambil daripada kau, akan jatuh kepada orang yang terakhir tinggal iaitu aku. Jadi.. kau nak bagitahu aku yang semua beban kau, aku yang tanggung sekarang." Xiumin berkata dengan tidak percaya. Dia segera menerpa ke arah Chen. Bahu Chen digoncangkan sekuat hatinya.
"Kau bergurau kan!"
"Jawab apa yang aku tanya Chen!"
"Weh, Chen! Kawan kau ni. Aku kawan kau."
"Kau tipu aku kan? Bagitahu aku yang kau tipu! Tolong.. tolong bagitahu aku. Tolong..." mata dan hidung Xiumin berubah merah. Dengan sedaya upaya dia cuba menahan diri dari menangis. Namun tiada reaksi dari Chen. Xiumin terduduk di depan Chen. Tangannya jatuh terkulai di atas lantai.
"Sampai hati kau buat aku macam ni Chen. Kenapa aku?" Keluh Xiumin seperti orang yang tidak berdaya lagi. Chen sendiri tidak sanggup melihat keadaan Xiumin yang hilang segala harapan.
Mereka berdua diam. Kedua-duanya sudah tidak peduli dengan keadaan masing-masing. Chen sudah berjaya keluar dari rancangan gila D.O. Manakala Xiumin pula terperangkap. Sadis sungguh apa yang Chen sudah lakukan semata-mata untuk selamat.
Tanpa suara Xiumin mengeluarkan telefon Suho. Sementara dia masih ada masa menunggu badannya bangun dari tidur, baik dia baca apa yang Suho bersungguh-sungguh menyuruhnya baca.
Skrin yang sedikit pecah itu disentuh beberapa kali untuk mencari memo. Ada beberapa nota di situ. Xiumin baca yang paling lama dulu.
Aku nampak Chen tunduk setiap kali D.O pandang dia.
Aku terkejut masa Xiumin hyung kata dia tak ingat apa yang berlaku dalam bot. Aku ingat dengan jelas yang D.O hentak Xiumin hyung dengan botol air besi tu. Kuat sangat. Aku takut tapi apabila aku tanya kawan-kawan, seorang pun tak ingat.
Aku rasa aku dah gila sebab aku nampak Kai.
Aku bagitahu Lay dan Sehun. Dua-dua kata aku dah gila. Tak ada orang percaya cerita aku.
Aku nampak D.O bunuh Baekhyun dengan mata kepala aku sendiri. Aku lari masuk dalam hutan sebab takut.
Aku keseorangan. Sorang-sorang dalam hutan.
Aku bangun dari tidur. Dan peliknya aku tak ingat apa-apa. Fikiran aku macam kosong. Aku tak ingat langsung apa yang berlaku semalam. Walaupun aku baca balik dalam memo, aku tak ingat bila semua tu berlaku.
Xiumin menggaru kepalanya. Jadi Suho dah kena macam Chanyeol?
Aku cuba bunuh diri sendiri. Tapi tak boleh. Badan aku macam kaku. Tak boleh bergerak setiap kali aku nak hantuk kepala kat batu. Siapa kawal badan aku?
Xiumin membaca berulang kali ayat itu. Nak bunuh diri tapi tak boleh? D.O sedang kawal badan kitorang? Kenapa D.O halang kitorang bunuh diri sedangkan tu boleh permudahkan rancangan dia?
Adakah? Betulkah apa yang Xiumin fikirkan sekarang?
Xiumin mula menetapkan sesuatu dalam fikirannya. Pasti ada sebab kenapa D.O tak mahu mereka bunuh diri. Dia akan cuba buat benda itu.
Xiumin akan cuba bunuh diri!
______________Okaeh, bunuh diri is no-no. Jangan sesekali terfikir buat semua tu. 😠 kita semua hidup sihat ya! Bunuh diri takkan selesaikan masalah.
Jangan tiru apa yang Xiumin buat sebab ni fanfic aje. Semua ini hanyalah rekaan yang tidak boleh ditiru dalam dunia realiti.
Sekian~
YOU ARE READING
✔Pulau
Mystery / ThrillerEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...