Warning lagi. Chapter ni mungkin agak keterlaluan. Erm, mungkin la. Huhu 😏 sila tabah ya?
Btw, result SPM dh keluar. Skang, a/n sibuk duk isi apa yg ada. Arap boleh la UIA idaman ❤ Wish me luck~
*****
Xiumin memandang Chen yang masih memeluk lututnya. Badan lelaki itu masih kelihatan menggigil. Ada riak ketakutan walaupun apa yang dia dah lakukan lebih teruk berbanding apa yang akan berlaku.
Telefon Suho sudah diletak tepi. Semua memo sudah dibaca. Tidak banyak info yang dia dapat kecuali tentang bunuh diri.
Tapi bila diingatkan balik, inikan mimpi. Mesti la dia akan terbangun jika dia sakitkan?
Xiumin perlahan-lahan menarik pipinya. Sakit tapi tiada apa yang berlaku. Mungkin betul apa yang Chen katakan. Dirinya akan sedar dari mimpi jika kesan benda yang D.O bagi akan hilang.
Nampak gayanya Xiumin perlukan idea yang lebih bernas jika mahu selamat.
"Ergh!" Tiba-tiba Chen mengaduh. Tangannya menepuk-nepuk perut dan dadanya beberapa kali. Dengan langkah longlai, dia cepat-cepat keluar dari khemah.
Xiumin hanya merenung sahaja. Dia sudah putus asa dengan Chen. Apa sahaja yang lelaki itu mahu lakukan sudah tidak mahu dihiraukan lagi.
Bunyi Chen muntah-muntah membuatkan Xiumin teragak-agak. Mahu juga melihat apa yang terjadi. Tanpa berfikir dua kali, Xiumin turut keluar dari khemah.
"Gah!" Suara Chen bertukar serak. Terbongkok-bongkok badannya memuntahkah isi perut. Apakah ini? Adakah ni petanda Chen akan sedar dari mimpi?
Xiumin perlahan-lahan mendekati Chen yang menggigil seluruh badan. Mata Xiumin membulat apabila melihat darah yang keluar dari mulut Chen.
"H-hyughh.. tolong aku!" Pujuk Chen. Matanya yang berair itu menatap Xiumin dengan penuh simpati. Tangan kirinya menekan-nekan perut.
Xiumin tidak mampu menjawab apa-apa. Dia hanya mampu melihat sahaja. Terlampau terkejut dengan situasi ini. Darah pekat itu masih belum berhenti mengalir dari mulut Chen.
"Giu..hyunghh.." pujuk Chen tak tertahan. Tangannya tiba-tiba memegang lehernya. Kali ini, dada pula dihentak-hentak dengan buku lima. Chen kelihatan seperti orang tercekik sahaja.
Dari posisi membongkok, Chen rebah dalam posisi melutut pula.
"Tolong.. aku.." Chen masih dapat mengeluarkan kata-kata yang jelas. Xiumin akhirnya mengalah. Dia tunduk lalu menepuk-nepuk belakang Chen.
"Ghkuat lagi.. kuat..lagi.."Chen berkata dalam kesesakan nafas yang teruk. Xiumin hanya menurut. Buku limanya dengan kasar menumbuk belakang Chen. Sangat kuat sehingga Chen sendiri terbeliak.
Tanpa perlu Chen ucapkan, Xiumin dapat merasakan sesuatu yang besar bergerak di dalam badan Chen. Sesuatu yang ditolak keluar dari badannya. Berkerut kening Xiumin memikirkannya. Apa yang sedang berlaku dengan Chen sebenarnya?
"Ghhn.. gajhh!" Itu sahaja yang keluar dari kotak suara Chen. Chen tiba-tiba duduk dalam posisi merangkak pula.
Tidak lama kemudian, Xiumin nampak sesuatu yang keluar dari mulut Chen yang ternganga. Sesuatu yang amat pelik.
"... kau makan... apa?" Tanya Xiumin sebelum kembali menepuk belakang badan Chen. Chen sudah tidak mampu bersuara. Dia kelihatan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang masih tersekat di dalam tekak Chen.
Ketika itu baru Xiumin sedar semula, ni dunia mimpi! Benda mustahil akan terjadi. Semua benda yang diluar jangkaan akal manusia akan berlaku. D.O boleh buat apa sahaja untuk buat mereka semua betul-betul terseksa.
Xiumin tergamam sebentar apabila terdengar bunyi rahang terkehel. Dia memandang muka Chen. Rahangnya betul-betul patah. Ternganga luas dengan sesuatu yang masih kelihatan tersekat pada kerongkongnya. Sesuatu yang amat besar. Lidah Chen terjulur keluar berserta darah.
"C-chen.." bisik Xiumin perlahan. Dia tidak percaya dengan apa yang dia nampak sekarang.
Semakin lama semakin jelas apa yang keluar dari kerongkong Chen. Sepasang kasut?
Xiumin melihat tangan Chen yang terketar-ketar cuba menarik kasut itu keluar dari mulutnya. Tak! Bukan kasut!
"Kaki!" Jerit Xiumin ketakutan. Dia jatuh terduduk apabila melihat Chen yang menangis teresak-esak itu mula berusaha menarik sepasang kaki yang masih lengkap dengan seluar jeans hitam itu keluar.
Kerongkong Chen mula membesar. Seakan-akan banyak lagi yang berada dalam perutnya. Tulang patah masih kedengaran di telinganya.
Melihat Chen tidak mampu meneruskan, Xiumin menahan getar. Dia cuba menarik kaki itu keluar dari mulut Chen. Entah kenapa corak pada kasut itu mengingatkannya pada seorang member.
"A-aku.. cuba tarik.." ujar Xiumin apabila menyentuh kaki itu. Ditarik-tarik kasar. Sekarang ni, dia hanya pentingkan keadaan Chen. Semakin lama Chen tidak mengeluarkan kaki itu,semakin sakit Chen akan tanggung. Baik dia keluarkan dengan cepat, berharap dapat menamatkan kesakitan Chen dengan segera walaupun dengan cara kasar.
"Kau.. tahan sikit!" Ujar Xiumin lagi. Kali ini dia betul-betul menariknya sekuat hati. Omelan kecil dari Chen yang langsung tidak fahami, tidak dihiraukan langsung. Dia hanya berharap Chen akan bangun dan buat sesuatu pada D.O jika Chen selamat.
"Yah!" Jerit Xiumin kuat sebelum kedua-dua belah kaki itu betul-betul keluar dari mulut Chen. Xiumin menarik nafas lega sebelum cepat-cepat melepaskan kaki itu dari pegangannya.
"N...ni Chanyeol punya.. kasut. Maknanya..." Xiumin mengalih pandangannya dari kaki itu. Dari tapak kaki sehingga pinggang? Mesti D.O ingin sampaikan bahawa Chanyeol dah selamat dikorbankan untuk kelahiran semula?
Xiumin memandang Chen yang terbaring kaku. Lelaki itu masih bernafas walaupun dalam keadaan separuh nazak. Kesian betul. Mukanya sudah hilang rupa.
Xiumin tiba-tiba terasa gembira. Darah yang meliputi badan Chen itu direnung lama. Entah kenapa dia sukakan warna merah gelap itu.
Badan mula terasa panas membuatkan Xiumin segera menanggalkan baju sejuknya yang agak tebal. Dahinya berpeluh-peluh.
Bibir Xiumin mula mengukirkan senyuman. Tangannya yang dibaluti darah Chen itu dibawa dekat pada wajahnya. Ditilik darah yang menitik ke tanah berumput hijau.
Poket seluar diraba. Mencari pisau yang dia tidak pernah tahu ada di dalam poketnya. Pisau lipat yang tajam.
Entah kenapa, dia menghiris lengannya sendiri. Sedikit sebanyak membuatkan Xiumin terasa lebih seronok.
"Hiii, aku suka warna ni." Dia ketawa perlahan. Dia memandang Chen yang kebetulan memandangnya. Mata Chen yang separuh terbuka itu kelihatan tidak bermaya lagi.
"Ah, Chen~ aku suka tengok kau macam tu." Xiumin bangun. Berdiri dengan kakinya. Selangkah demi selangkah mendekati Chen yang sudah tidak mampu bergerak lagi. Mata Chen tidak habis-habis mengeluarkan air mata. Bayangan Sehun membunuh Lay bermain di depan mata. Kelakuan Xiumin pun sama dengan Sehun.
"Woah!" Xiumin duduk di tepi badan Chen. Walau apapun Xiumin mahu lakukan, Chen sudah tidak boleh melawan. Tenaganya sudah kosong. Sekarang, dia hanya mampu bernafas dan berkelip sahaja. Dia menutup matanya kemas apabila kata-kata Sehun diulang dari mulut Xiumin.
"Cantik cantik cantik."
YOU ARE READING
✔Pulau
Mystery / ThrillerEXO HORROR FANFIC "Apa maksud kau semua ni!? Siapa yang buat semua n--!" Suho terbeliak. Badannya terasa tersiat-siat dari belakang sehingga ke perut. Mulut Suho ternganga akibat terkejut. Dia tidak dapat bergerak kerana terlalu sakit. "Tch! Aku bar...