9 orang ke 8 orang?

1.3K 127 5
                                    

"Weh, bangun la." Kejut D.O setiap member. Tangannya memegang cawan yang berisi kopi yang masih mengeluarkan wap air. Dia juga telah menyediakan kopi tersebut buat semua member. Dia kembali duduk di tempatnya apabila melihat member sudah bangun dari tidur.

"Kenapa aku rasa macam dah lama sangat tidur, ah?" Ujar Chanyeol lalu mengeliat sepuas hati. Matanya yang susah untuk dibuka itu digosok perlahan. Mulutnya masih menguap. Masih belum puas tidur rasanya.

"Hampir dua jam kita bergerak. Pakcik tu kata ada lebih kurang 4 jam lagi." D.O berkata sebelum menghirup air kopinya. Best minum air panas dalam cuaca sejuk ini. Tangannya yang kesejukan ditekup pada cawan kopinya.

"Kenapa lama sangat? Chen.. bukan kau kata dah dekat ke?" Tanya Suho seraya mencari Chen namun Chen langsung tidak dijumpai. Suho mula panik.

"Eh, mana Chen?!" Suara Suho makin meninggi. Dia membelek kain yang menutup muka member yang masih tidur. Namun tetap tidak dijumpai. Dia bangun lalu mengira bilangan member. 7 orang?

"Guys... ada perkara pelik disini.." D.O menggaru kepalanya. Dia pasti apa yang dikira semasa di jeti tadi. Matanya masih okay. Mata member yang pada asalnya mengantuk akhirnya terbuka luas. Mula dikuasai ketakutan.

"Masa kat jeti.. aku kira kita semua ni ada sembilan orang." Ujar D.O sambil matanya memandang mereka untuk mengira bilangan sebenar. 7 orang sebab Chen dah hilang. Apa yang dikira kat jeti awal tadi?

"D.O jangan buat lawak. Ak--" Xiumin berhenti berkata-kata. Dia juga turut mengira bilangan member ketika berada di jeti. Sembilan juga bukan? Kenapa dia tidak ingat yang Kai tidak menyertai mereka?

"Stop kat sini dulu." Marah Baekhyun. Dia menggaru kepalanya. Serabut pula melihat member mula kusut memikirkan bilangan mereka yang terlebih seorang ketika di jeti. Mendengar suara Baekhyun yang meninggi, mereka memandang Baekhyun serentak.

"Dah la. Pasal bilangan kita kat jeti tu kita buat tidak tahu saja lah! Sekarang ni, Chen dah tak ada. Chen ni memang dah ada kat jeti lagi bukan? Baik kita cari orang yang memang ada, boleh tak?" Kata Baekhyun dengan ayat yang berbelit. Tidak kisah la. Asalkan mereka bertujuh faham dengan apa yang ingin disampaikan.

Member hanya diam sahaja. Macam mana dia nak cari Chen dalam keadaan bot masih bergerak ni? Chen pula boleh menghilang begitu sahaja. Bagaimana boleh jadi begini? Chen lari ke?

"Aku.. aku pergi tanya pakcik tu dulu." D.O bangun lalu segera berlalu dari mereka semua. Member mula melayan perasaan sendiri. Xiumin mengambil air yang dibuat D.O. Tangannya menggigil perlahan. Dia harus minum air. Perasaan dia tidak dapat dikawal. Dia menjadi sangat takut. Walau bagaimanapun, dia sempat meneguk beberapa kali air kopi tersebut.

Tanpa sebarang kata, perlakuan Xiumin diturut oleh member lain. Semua member minum juga air tersebut. Licin.

"Senyap aje D.O tu." Ujar Lay. Matanya memandang pintu. Dia bermain dengan jari jemarinya. Kelakuan yang menunjukkan dia tidak selesa. Sangat tidak selesa.

Beberapa minit kemudian, D.O kembali dengan muka yang kecewa. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Menambahkan debaran kepada member.

"Pakcik tu kata dia tak ada dengar apa-apa. Lagipun ada buaya kat sini. Kalau betul dia terjun dari sini, dia takkan selamat." D.O berkata perlahan. Dia duduk semula di tempatnya iaitu diantara Baekhyun dan Xiumin. Lay memandangnya lama. Terselit rasa tidak puas hati namun dia diamkan sahaja. Belum sampai masa lagi untuk dia luahkan keraguannya.

Lay pelik. Sejak bila pakcik itu menjadi peramah? Dia memandang Chanyeol dan D.O. Dua orang ni yang bercakap dengan pakcik itu. Pelik juga pakcik itu boleh bercakap dengan dua orang itu. Dengan Lay tadi? Nak pandang pun tak nak.

Lay memandang D.O pula. Muka dia itu lebih berserabut berbanding orang lain. Apa sangat yang difikirkan lelaki itu? Mata Lay melilau ke arah badan D.O sebelum dapat menangkap buku lima D.O yang berdarah. Kening Lay berkerut. Apa budak itu buat?

Tangan D.O disembunyikan. Lay memandang mata D.O. Rupa-rupanya D.O sedang memandangnya. D.O tahu Lay sedang memandang luka pada buku limanya. Lay cepat-cepat memandang ke arah lain.

"Jadi macam mana sekarang?" Tanya Suho sebelum menyandar pada tempatnya. Matanya memandang ke arah bumbung bot. Bosan melanda diri. Takut dan risau bermain dalam kepalanya.

"Aku rasa buat masa ni.." Xiumin yang ingin berkata itu kembali senyap. Member memandangnya pelik apabila Xiumin menggeleng kepalanya berkali-kali. Matanya dipejam kemas sebelum dibuka. Apa ni?

"Hyung... hyung.." suara member yang bercampur antara satu sama lain membuat Xiumin makin menggeleng kepalanya. Matanya tidak nampak apa-apa. Hitam dan gelap.

"Weh?!" Suara Chanyeol mula berkumandang kuat. Xiumin mengangkat kepalanya. Dia dapat memandang dalam kabur akhirnya. Chanyeol kelihatan menggelupur kesakitan lalu disambung pula oleh Lay.

"Apa yang terjadi ni?" Jerit Baekhyun ketakutan. Dia memegang bahu Chanyeol. Mata Chanyeol terbeliak ke atas dan terbatuk-batuk mengeluarkan darah. Suasana menjadi heboh dengan suara member yang kalut bertanya apa yang berlaku. Semakin bising maka bertambah sakit yang ditimpa Xiumin.

Xiumin mengetap bibirnya. Kepalanya ditekup dengan tangan. Kakinya yang berkasut Converse merah ditekan-tekan pada lantai. Tiada sebarang suara yang keluar dari tekaknya. Takut untuk mendengar suara sendiri. Suara member sudah takut untuk dirinya mendengar.

Xiumin memandang sekeliling lagi. Walaupun kabur, dia boleh mengira berapa member yang berada di sekelilingnya. 8 lagi? Chen ada ke?

"Kai.. Kai." Xiumin memanggil perlahan. Suaranya yang kedengaran pelik pada pendengarannya tidak dihiraukan. Kai yang tersenyum memandangnya dengan tangan memeluk diri sendiri dan kaki yang dipanggung menarik perhatian. Kai di situ. Memandang kekecohan di situ dengan penuh minat. Apa yang berlaku?

Beberapa kelipan, matanya tidak lagi mampu melihat apa-apa. Kembali hitam dan gelap gelita namun telinganya tajam mendengar suara-suara pelik di sekelilingnya.

"Apa ni? Kai tak ada kat sini la!" Jerit seseorang namun Xiumin tidak dapat mengecam suara itu. Suara yang dalam dan keras. Tidak pernah didengari sebelum ini. Suara Chanyeol bukan begini.

"Hyung.. tak payah risau la. Hyung akan faham apa yang berlaku. Nanti boleh la hyung join aku tengok semua ini. Hyung akan tengok semua penipuan yang berlaku macam sekarang. Penipuan yang bodoh." Xiumin mengeluh. Itu suara Kai. Kedengaran begitu dekat dengannya. Penipuan apa yang Kai maksudkan?

"Kai apa yang kau cakap ni?" Marah Xiumin. Apa maksud Kai yang Xiumin bakal mengikutnya melihat penipuan? Kai dah mati ke? Apa berlaku pada Kai sebenarnya?

"Aku dah kata Kai tak ada kat sini!" Jerit suara dalam itu lagi sebelum benda keras mengena kepala Xiumin. Kepala Xiumin terasa beralun sebentar. Terkejut dia dengan impak itu. Denyutan di kepala makin kuat berserta cecair melekit membasahi bahagian yang terkena benda itu. Dia rebah di sisinya yang kosong. Perlahan-lahan matanya terbuka dan terkatup. Nafasnya tidak teratur lagi.

"Apa kau buat itu bodoh!?" Suara yang lebih tinggi kedengaran yang membingit telinga Xiumin. Namun sebelum matanya betul-betul terkatup kaku, dia terdengar suara Kai ketawa senang hati. Bodoh!

"Bye hyung. Aku tunggu tau."

✔PulauWhere stories live. Discover now