Nur Hanis Amnie, satu nama yang sangat suka aku menyebutnya. Siapa tak suka sebut nama sendirikan. Namanya yang diberikan oleh Encik Ahmad Tarmizi dan Puan Haliza kira-kira 23 tahun dulu. Okey dah kantoi umur dengan korang. Tapi tak pe, asalkan aku masih muda belia. Dilahirkan di Klang, Selangor. Dibesarkan di Kuala Terengganu. Dan akhirnya kembali ke negeri kelahiran untuk menuntut di ipta di sana. Kalau tak sampai bila-bila aku tak dapat merasa hidup di negeri kelahiran sendiri. Bila keluarga berpindah-randah sejak aku lahir, sampaikan aku tak tahu mana satu rumah sebenar aku. Agaknya kalau aku ada anak nanti, negeri mana lah yang aku nak cakap itulah kampung atok dan nenek. Ohh babah! Kaulah hero kami. Kami pindah-randah atau lebih dikenali sebagai nomad pun sebab babah, dia bertungku lumus mencari rezeki untuk menyara keluarga kecil kami. Nak kata kecil tak juga, aku anak bongsu dari 4 orang adik-beradik. Dua orang kakak sulung dan kedua telah berkahwin. Hanya tinggal aku dan abang ketiga aku sahaja yang masih dalam tanggungan babah dan mama.
Kisah yang aku nak ceritakan ini bermula apabila aku diterima belajar di salah sebuah ipta di Shah Alam. Ditawarkan dengan kos yang paling aku cuba untuk mengelak dari dapatnya. Kata orang jangan benci sangat, kang jodoh. Agaknya aku benci kos tu sekarang dah jadi sumber pendapatan aku dah. Allah tahu yang terbaik untuk hambanya.
Semester 1, biasa-biasa sahaja. Baru nak belajar hidup sendiri tanpa babah n mama. Hidup berdikari dengan kawan-kawan yang baru sahaja beberapa bulan kenal. Susah senang sama-sama. Akhirnya sem 1 berlalu selama 6 bulan dengan lancarnya. Bercinta? Ofcourse bercinta, mana boleh tak bercinta. Kawan-kawan semua dah ada pakwe. Zaman aku dulu panggil pakwe tetaplah maknanya, kira dah janji nak kahwin lepas habis degree ni. Aku? Weyh ada jugak, mana boleh tak ada. Member semua ada, aku kenalah ada jugak. Biar semangat sikit study.
Dia lelaki,! Hahaha. Komferm la laki adoih kau ni Hanis. Tak perlu kot aku nak mention nama dia, lagipun tu kisah lama. Kita terobek sikit jelah ye. Kenal dia bila nak pinjam buku dekat library, aku lupa bawak kad maktrik aku. Tapi buku tu best gila, nak baca library dah nak tutup masa tu. Lama aku tunggu depan mesin pinjam tu, sebab aku buntu nak fikir cara macam mana aku nak pinjam buku ni.
Tak lama lepas tu, ada seseorang ni tegur. Okey aku kasilah tahu nama dia, actually nama dia Naim. Naim tu tegur aku, dia tanya lama lagi ke nak guna. Sebab dia pun nak pinjam jugak. Aku dengan tak ada perasaannya terus bagi jelah dia guna mesin tu. Masa tu pasrah jelah sebab tak dapat nak pinjam buku tu. Terus gi balik dekat rak, simpan semula. Sekali nak pusing, Naim ada dekat belakang. Dia hulur kad maktrik dia untuk aku pinjam buku tu. Masa tu acah-acah malu jugaklah nak amik, kononnya tak nak menyusahkan. Tapi dia paksa jugak. Katanya kesian tengok aku. Aku pun amik la. Sejak dari tu kiteorang bertukar no phone sebab nak contact bila aku nak pulang nanti. Lepas dah habis baca, selesai buat permulangan semula. Aku ingatkan aku tak akan jumpa dia dah, rupanya aku pulak makin rapat dengan dia. After two month, aku dengan Naim kiteorang pun sahkan yang kiteorang ni bercouple. Hahaha, itulah orang cakap. Couple tu haram. Sebulan lepas declare couple, aku tahu Naim rupanya still contact ex awek zaman sekolah dulu. Wtf la cakap kt dia. Rupanya aku ni back up dia je sebab ex dia tu dekat kampung. So sementara dia dekat U ni, dia perlukan aku untuk hilang bosan dia. Argh gi mampos. Dapat je tahu, malam tu terus putus. Nasib baik dia dah part 6 masa tu. Aku baru part 1. So tak adalah asyik nak jumpa dia je lepas ni.
Okey tu terobek sikit kisah cinta bodoh masa part 1. Lepas tu aku kononnya broken terukla. Dua tahun jugaklah aku single, sumpah single tu best. Serius cakap, kau akan rasa diri kau bebas dan seronok je. Walaupun kadang-kadang tahan jelah tengok member-member semua bersweet" dengan pakwe masing-masing. Dan kau still alone forever. Tapi aku tak kisah, asalkan aku tak kena tipu lagi macam dua tahun lepas.
Naik sem 4, hidup aku still sama. Single dan bebas, tapi happy. Tak perlu nak jaga hati orang, fikirkan orang tak perlu sama sekali. Hahaha. Dalam hati Tuhan je yang tahu sakit dia macam mana.
YOU ARE READING
ISTERI DARI THAILAND
Romancenikah gantung di Thailand, hanya untuk menghalalkan perkara yang haram itu sah. !!