bab 38

7.4K 203 37
                                    

Sudah 2 minggu aku dan Haziq bertengkar. Siang malam asal keluar je sepatah perkataan dari mulut Haziq, terus aku sembur dia. Aku tengking dia.

Pastu malam-malam aku sanggup tidur dekat ruang tamu daripada nak tidur dekat bilik kiteorang. Tapi Haziq stay je tidur sana. Cuma sekarang dia dah tak keluar dan langsung tak jejakkan kaki ke rumah Diba lagi. Ada je aku selalu tengok Diba up status dekat fb pasal ayat-ayat yang bagi kuat semangat, ayat-ayat yang nak bagi terus bersabar dengan apa jua dugaan bagai.

Masa tu aku geram sangat nak je komen cakap, tak payah nak bersabar sangat kalau kau sendiri yang carik masalah. Itu bukan dugaan sebenarnyaa. Tapi masa tu aku waras lagi laa even hidup aku dah tak berapa nak waras.

Masa tu final exam baru je abis, so kelas aku stop sekejap dalam seminggu gitu sementara tunggu budak degree abiskan cuti midterm dieorang. Sebab lepas diploma cuti, degree masuk kelas. Lepas degree cuti diploma pulak masuk kelas. Arghh aku cam tiba terfikir kenapa aku tak jadi cikgu sekolah je eh. Senang budak cuti kau pun akan cuti sekali. Budak sekolah kau pun sekolah.

*dulu tu tahun 2014, kemasukan degree dengan diploma tak sama lagi, now start semester lepas kemasukan dan sama. So aku rasa lebih better sekarang dari dulu tapi jadual padat, sebab kelas aku ruin diploma n degree sekaligus. Puhhhh.

Dalam masa nak cuti seminggu tu aku terfikir, aku nak buat apa eh sepanjang cuti. Tak akan duduk je dekat rumah. Dah laa ada suami pun macam dah tak ada suami.

So dengan tak brfikir panjangnyaa terus aku berbunyi dalam group babiesgirlssss. Actually tu group member-member perempuan aku masa study uitm dulu. Yang ada Fatin, Wawa bagai semua tu. Alhamdulillah pada tahun 2014 semuanyaa sudah selamat bergelar isteri orang. Kahkahkah.

Paling latest dalam group tu kira masih boleh lagi nak ucap selamat pengantin baru pun Fatin jelaa kot. Hat lain dah lama menikah, dan paling lama dalam tu aku laa. Aku kawin dengan pak Haziq dekat Siam tu 2012 dan sekrang  penghujung 2014. It about 2 years ago. Dieorang baru nak sambut anniversary yang pertama aku dah nak sambut yang ketiga dah.

Alhamdulillah masing-masing subur, lepas je beberapa bulan kawin masing-masing update dekat group gambar pregnancy test double line. Act diaorang kawin serentak. Tak laa serentak sangat, cuma dalam bulan yang sama. Which means bulan disember 2013. So aku tak sure sangat sama ada diaorang chat dulu ke sebelum buat projek dengan hubby diaorang ke apa.

Sebab apa aku cakap macam tu, sebab dieorang punya result preggy tu lebih kurang je. Dalam 2 bulan lepas, aku dikejutkan dengan 3 berita preggy dalam bulan yang sama. Ohh shitt, korang buat sesama ke apa. Kahkahkah.

Tapi apa-apa pun tahniah my baby girl sebab semuanyaa dah kecapi bahagia. Dah ada keluarga, dah nak ada anak. Rasa baru je lagi jumpa diaorang zaman mula study dulu. Dengan serabainyaa, muka budak-budak lagi. Tudung kedepan, lipat sampai muncung. Kalau selfie dekat fon kalau tengok tak maki hamun gambar sendiri tak. Pastu teringat balik saat sesak gi kelas, saat gila siapkan assignments saat kene denda. Saat hangout sesama. Saat dating sama-sama. Semua tu tak pernah lupa. Mana tak nya, pengalaman mematangkan kita.

Kiteorang dulu enjoy nak mati, study hampir musnah jatuh ke lubuk apamende tah. Enjoy je lebih. Ntah macam mana sampai insaf dan start study semula dan akhirnyaa berjaya jugak masing" selesai ijazah kami. Selesai ijazah,mostly ramai budak kelas terus kawin. Dalam geng aku pulak ofcourse semua pakat kawin, tapi nasib baik still tunaikan janji diaorang nak siapkan master before beranak. Now tengah berhempas pulas laa tu siapkan thesis. Dh Ada yang still memerah otak berhempas pulas menyiapkan thesis, ada yang baru je dapat thesis. Semoga korang semua dipermudahkan urusan.

Jom holiday?

Jom
Jom
Jom
Jom

Bila soalan macam tu ditanya terus group jadi rancak. Hahahaha.

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now