bab 31

10.2K 212 46
                                    

Kehidupan bermadu sangat memedihkan aku. Aku tak sure kalau pada wanita lain, tapi bagi aku sangat pedih. Even aku tahu yang Haziq tak cintakan Diba, dan Diba jugak tak cintakan Haziq. Tapi setiap perhatian dan perbuatan Haziq terhadap Adibah aku cemburukan. Sesungguhnya aku tetap tidak boleh terima lelaki yang aku sayang kini menjadi milik orang lain jugak.

Sedangkan dari kecik, apa saja barang aku, langsung orang lain tak boleh usik, tak boleh sentuh apatah nak pinjam main sekejap. Kalau ada jugak orang sentuh barang aku, hak milik aku even abang kandung aku sendiri, aku akan marah mengamuk dan menangis semahu aku. Itu lah Hanis Amnie yang degil lagi keras kepala. Hatinya dulu keras, tak mudah bertolak ansur.

Tapi macam mana dia boleh berubah begitu banyak sekarang, Hanis Amnie berubah hanya kerana cintanya pada seorang lelaki. Dia lembutkan hatinya, apa saja orang lakukan padanya, apa saja orang menghinanya hatinya kini mudah memaafkan orang itu. Malah kini dia lebih bertolak ansur, sampaikan hak milik dia, suami kesayangan dia sanggup dikongsikan dengan orang lain. Nampakkan Hanis dah berubah banyak. Hahaha.

Kini genaplah 3 bulan Haziq bergelar suami kepada Adibah. Selama itu juga aku dan Diba banyak meluangkan masa bersama. Kami tiada masalah jika berdua. Cuma jangan hadirkan Haziq ketika kami bersama. Entahlah, bila kehadiran Haziq aku terus rasa nak marah Diba, sedangkan dia langsung tak ada buat salah. Dia baik saja orangnya. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan aku saja.

"Esok u jadi pergi check up doktor.?" Soal Haziq sambil tangannya menaip laju keyboard laptop dia. Ada la kerja dia tu.

"Jadi. Kenapa?"

"Pukul berapa, kalau i tak busy, i teman u."

"Pukul 10, itsokey, i dah ajak Fatin teman i."

"Tengok esok, kalau i busy, baru u pergi dengan Fatin okey?. Kalau tak pergi dengan i je."

"Okey?"

"Sayang, why not kita check up kita punya tahap kesuburan nak?"

"For what?"

"Yelah, mana tahu ada masalah. Cepat tahu, cepat fikir next action, kita pun cepatlah dapat baby."

"I baru 5 bulan lepas gugur, apa yang masalahnya. Apa masalah tak suburnya, kita ni bukan masalah tu, masalah kita ialah tak ada rezeki lagi. U ni lah, buat lawak je."

"I suggest je. Ni esok u nak check up apa?"

"Check up kanser.!"

"What? U jangan nak buat jantung i nyaris nak meletop Hanis.!"

"Lah betul lah, i nak buat check up je. Takut-takut ada, tak ada lah sampai dah teruk baru nak kesan."

"Kanser apa?"

"Anything. Kalau dapat kesan awalkan bagus."

"U.. Tak nak! I tak nak u kena kanser.." Haziq terus moody

"U tak ada siapa yang nak kena lah, tapi kalau dah takdir Allah. Kita kena terima. U ni dah kenapa, i nak gi check up jelah, hish budak ni."

"I bapak budak okey."

"Haa bapak budak ni."

"I love u Hanis."

"Kalau lah i kira word i love u dari kita nikah dekat siam dulu sampai lah sekarang mesti dah beribu-ribu kan. Kalau lah word tu bernilai dengan ringgit malaysia mesti i dah jadi jutawan."

"Cinta i tak ternilai Hanis."

"Yes ofcos, sebab tu i dah lama gelar diri i jutawan. Jutawan sebab kaya dengan cinta dan kasih sayang u."

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now