twin finally arrive. 👶👶

7.1K 143 49
                                    

Firstly mintak maaf sangat" kpd yg menunggu penuh kesabaran. Hampir sebulan lebih jugak sis x update kan.

Secondly, mintak ucapkan selamat datang kepada Muhammad Athif Hadif dan Muhammad Athiq Habib yang selamat dilahirkan secara Caesar tepat jam 5.30 petang 10 september 2017.

Pagi 8/9/2017 lagi sis dh selamat ditahan di wad bersalin. Doktor pantau keadaan babies n ibu dia, alhamdulillah segalanya dimudahkan. Rasa contractions sgt tinggi, x nak amik ubat sbb preggy yg pertama, nak jgak rasa pengalaman rasa sakit tu mcm mana. Jalan terbukak je macam biasa, masa tu dh 7cm selama 4 jam berpeluh turun naik katil, keluar wad bagai. Berjalan sana sini sebab nak tahan sakit. Tapi rasa still tak sedap, rasa mcm ada je mende tak kena.
Haziq hanya mampu bacakan al-quran dan pasang zikir n selawat supaya aku tenang.

Walaupun doktor cakap yg aku boleh je beranak normal sebav jalan cepat terbuka n tekanan darah aku pun stabil tapi aku tetap takut nak teran, rasa mcm ada je mende buruk nak jadi. Akhirnya mintak pendapat family, video call dengan mama. Babah suggest utk Haziq buat istikarah dan hajat utk pilih method mana yg terbaik utk babies n mommy kedua duanya selamat.

Akhirnyaa aku tetap dengan pilihan aku, nak jugak belah perut. Tepat pukul 3 aku ditolak ke dewan bedah, dari jauh hanya mampu melambai lambaian mama n babah. Haziq dekat sebelah tengah tukar baju, comey je tgok dia.

Selesai bius, aku sedaya upaya tahan mata dari mengantuk sebab nanti kalau tertidur x dapat dengar suara baby nangis. Terasa gerakan pisau dkt perut tapi tak rasa sakit, just rasa ada org main perut. Cam tu jee rupanyaa. Padahal😂

Haziq dekat sebelah sekejap bangun tgok perut, sekejap duduk sebelah bagi kata" semangat, mulutnyaa x stop selawat. Muka jgn ckp lah, berpeluh mengalahkan suami yg bini dia kene teran. Hahahaha.

Lama jugak tunggu akhirnyaa dengar suara baby pertama nangis, doktor letak atas perut, terasa mcm ada bola berat ats perut. Sayu je suara baby tu nangis, serta merta air mata ni menitik. Ya Allah zuriatku.

Doktor angkat tinggi ats daripada tirai dan dia cakap, baby boy. Masa tu athif masih lgi bertali pusat n berdarah. Kaki tangan sempurna, badan bulat rambut lebat hitam legap. Mata pejam kejap tapi mulut lahai meraung kuat gilerr. Ya allah anak ibu. 😘

Tak lama lepas tu, nurse pergi bersihkan Athif. Terasa perut kene korek lagi, pastu dengar suara baby kedua pulak nangis. Tapi slow skit dari si abangnyaa tadi, Athiq agak kurang menangis,doktor angkat tunjuk dan boy lagi. Badan agak lagi bulat dari Athif.

Haziq sujud syukur, bersyukur tak terhingga kepada Allah S. W. T kerana masih lagi memberi peluang kepada kami untuk menimang cahaya mata, lebih 4 tahun lebih kami menanti kehadiran mereka. Syukur Ya Allah.

X lama pastu terus rasa mengantuk giler, dan rasa tenang jee dengar suara babies ibu meraung. Mata hanya mampu melihat jee nurse tu belek anak" aq sebab badan x larat, mata mengantuk sgt. Pandang Haziq dan dia senyum dengan juraian air mata penuh dekat muka.

"abangg, ayg penat. " itu jee mampu aku ucapkan.

(actually Hazia cerita balik, nak suruh igt memang tak dah laa, aku mana igt apa dah)

"rehatlah sayang, masa untuk syg rehat, ayg dah lama sakit, isteri abg kena rehat. Nanti bangun baru tgok babies yerr. Abg tunggu syg."

"tunggu ayg tau. Ayg penat sgt, jaga anak kita. "

Tak lama lepas tu terus aku tak igt apa. Haziq cakap, aku terus tak sedar, tapi tekanan darah n jantung still stabil. Doktor kata maybe effect bius. Lagipun aku masa banyak darah keluar. Doktor cakap pilihan isteri encik sangat tepat utk operation. Sebab tali pusat Athif berbelit dekat leher Athiq. So kalau teran, Athiq akan keluar dulu dan mungkin akan jadi masalah untuk Athiq dekat dalam perut, sangat bahaya doktor cakap.

Ya Allah bila dengar je macam tu, syukur sangat. Allah dah mudahkan segala urusanku. Alhamdulillah kembar pun sihat.

Sedar dari ubat bius, bangun tengok bilik cantik giler deco. Masa tu rasa bahagia giler, rupanya keje kwn" aku masa study zaman degree lagi. Perghh teharu babe.

Thanks for the wish n doa. Semoga Allah rahmati hidup kalian.

Athif  Hadif = belas kasihan,  yg mempunyai matlamat

Athiq Habib=  yg merdeka/ ka'abah,  yg dicintai.

Semoga anak ibu membesar dengan soleh dan berguna, berbakti pada ayah dan ibu kalian. Dah besar nnti mntk ayah belikan phone, x kisahlah android ke apple asai boleh donlod wattpad sebb korng kene baca mcm mana perjalanan ibu dan ayah sampailah terciptanyaa korang. 😂

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now