Petang tu sekitar pukul 2.30 petang, kami sekeluarga ke rumah Haji Hasyim iaitu rumah keluarga Nur Adibah Mariyam. Sedap namanya. Tersenyum sekejap aku. Kejap jelah. Haziq semasa kami bergerak ke sini, dia hanya merenung dan memerhati kami dari jauh. Mukanya berkerut, tangannya gengam. Risau pulak aku masa tu. Dia tak ikot, yelah ikot adat katakan.
"Percaya takdir Allah bie, kalau ini yang tertulis untuk kita. Kita tidak berhak melawan takdir."
"Kita boleh sayang ubah takdir dengan usaha kita. Please Hanis, i tak sanggup nak lukakan u."
"Kita dah bincangkan hal ni, i tak akan terluka. Malah i happy umi dah layan i baik sekali."
"Semoga Allah redhai u sayang, isteri solehah i dunia dan akhirat. Amin."
"Semoga Allah berkati keluarga besar kita nanti, kita sama-sama kejar syurga ye bie."
"In Sha Allah sayang, i cuba pimpin isteri-isteri i menuju reda-Nya."
Lega dengar bila Haziq dah lembut hati. Risau jugak dia mengamuk macam hari tu. Kadang-kadang api kemarahannya sukar jugak dikawal.
Selesai segala perbincangan antara wakil keluarga kami, dan akhirnya ayah Adibah bersetuju anak bongsunya dinikahkan dengan Muhammad Haziq Firdaus dan dimadukan dengan aku menjadi isteri kedua. Dengan wang hantaran sebanyak 8000 dan mas kahwin senaskah Al-quran. Majlis akad nikah ringkas dan kenduri doa selamat akan diadakan 2 minggu dari sekarang. Majlis merisik sekali dengan meminang sekali jugak dengan bertunang. Umi serahkan dua bentuk cincin belah rotan kepadaku untuk disarungkan di jari manis Diba. Ye aku perasan riak wajahnya seakan kecewa dan mahu menangis saat dia cium lembut tanganku. Aku tahu Diba tidak sukakan pernikahan ni. Sedangkan majlis kecil-kecilan itulah permintaan Diba, walaupun ibunya beria mahukan kenduri besar-besaran tumbang lembu bagai bersanding siap.
Segala urusan permohonan nikah dan poligami diuruskan dalam masa 2 minggu. Nasib baik Adiba sudahpun mempunyai sijil kursus kahwin. Kalau tak susah jugak semua. Dalam masa 2 minggu aku sibukkan diri menguruskan soal hantaran untuk Diba.
Haziq sudahpun pulang ke Shah Alam masa tu sebab masih bekerja, aku pulak dah habis kontrak sebagai pensyarah ganti disana. Jadi aku lah yang tinggal di Perak sehingga majlis selesai.
Suatu hari ada Diba datang berjumpa aku, masa itu umi tiada kerana ada jemputan marhaban penduduk kampung.
"Kak, maafkan saya kak. Saya tak terniat nak lukakan perasaan akak. Tapi percayalah yang saya tersepit antara keluarga saya."
"Tak apalah Diba, memang ini yang umi mahukan dari dulu. Kita puaskan hati mak n ayah kita, In Sha Allah kebahagian milik kita."
"Haziq tak cintakan saya kak."
"Cinta boleh dipupuk Diba, Haziq akan sedar tanggungjawab dia sebagai suami dan dia akan mencintai isterinya dengan ikhlas."
"Sebenarnya saya sudah ada calon, tapi ayah dan ibu tolak kerana lelaki itu masih belajar dan tidak bekerja. Kami saling mencintai kak, dia kecewa dengan keputusan saya terima pinangan tu. Sampaikan saya dilabel mata duitan dengannya "
"Ya Allah Diba. Kenapa tak suruh dia pertahankan, yakinlah rezeki akan datang dengan berkahwin."
"Kak saya terima pinangan ni bukan sebab Haziq tu kaya, kerja besar ke apa. Tak kak! Saya terima sebab sebenarnya saya tak sempat langsung ditanya setuju ke tak. Ibu terus jawab setuju kak. Saya dipaksa sebenarnya."
"Tak apa Diba, akak paham keadaan awak, percayalah ni takdir Allah. Mungkin dah tertulis ni jodoh awak dengan Haziq, dan sudah tertulis yang awak bermadu dengan saya."
"Sekali lagi saya minta maaf."
"Ye tak apa saya maafkan."
Malam kenduri Haziq balik ke kampung. Adik-beradiknya lain sudah lama sampai. Dia saja malam baru sampainya. Pelik jugak aku, dari pagi lagi dia kata dia dah bertolak ke sini. Kalau setakat dari Klang nak turun ke Perak tu apa lah sangat jauhnya.
YOU ARE READING
ISTERI DARI THAILAND
Romancenikah gantung di Thailand, hanya untuk menghalalkan perkara yang haram itu sah. !!