bab 22

9.2K 199 16
                                    

Majlis akikah Muhammad Uwais yang ditunggu dari semalam pun akhirnya tiba. Majlis yang sungguh meriah, ramai tetamu yang hadir. Sekumpulan pasukan marhaban kampung jugak datang memeriahkan lagi majlis. Bahagia je tengok senyuman manis kak Nora atas pelamin berendoi Uwais. Uwais yang gedempol tu boleh pulak lena tidur sambil dengar alunan merdua marhaban sekitarnya. Selesai marhaban, pergi ke acara cukur jambul. Aku membantu kakak ipar ku yang lain dengan menyambut tetamu. Jenuh jugak menjawab soalan makcik-makcik kampung ni, masing-masing pakat tak kenal aku. Maklumlah menantu cantik kene sorok. Padahal mak mertua tak berapa berkenan dekat menantu ni haa sebab tu tak heboh dok cita dekat kawan-kawan depa.

"Ni ka bini dik Haziq tu."

"Awat jarang tengok?"

"Lohh, lawa orangnya. Pandai la depa carik bini."

"Dengaq cita orang kaya, tu jarang mai balik kampung."

"Sungguh ka? Lah awatlah Haziq pun menikah dengan yang tak padan dengan depa."

"Tulah pasai! Nak hidup senang la ni kena buat lagu tu la. Haziq pun bukan tinggi mana belajaq, tu pakat carik bini kaya tu."

Eh eh eh makcik-makcik tua ni. Berapi je telinga aku dengar. Aku dekat belakang ni rasa nak je simbah kuah gulai kari kambing atas kepala tu. Baru sedar diri kot. Eh makcik dekat kampung memang suka bercakap pasal orang ye.? Sedap je mulut cakap laki aku belajaq tak tinggi mana. Haziq keluaq u ada sijil, ada diploma ada ijazah pun dia nak habaq tak tinggi mana. Even zaman sekarang ni pemegang ijazah tu kira biasalah, berlambak orang ada ijazah.Eh atleast ada jugak kerja untuk sara kami sekeluarga makan hidup bahagia dengan kelulusan yang dia ada. Sedap je mengata suami orang.

Ye aku dari family senang, tapi tak bermakna hidup aku bahagia. Dan aku tak lah sampai tak berusaha langsung nak majukan diri sebab aq x set dalam mind yang harta mak bapak aku boleh tanggung aku sampai aku mati. Tak pernah terfikir macam tu pun. Kalau lah ye pun aku senang, buat apa aku belajar susah-susah, carik kerja merayu sana-sini. Baik aku goyang kaki makan harta mak bapak aku. Aku syukur dengan rezeki Allah bagi.

Dan satu lagi, Haziq menikahi aku bukan sebab aku dari family yang senang. Sedangkan masa kami berkawan tak pernah sedikit pun Haziq merasa duit dari aku. Maksud aku, segala perbelanjaan aku, duit makan, duit dating and segala hadiah suprise semua duit Haziq. Malah dia pulak yang menanggung aku semasa dalam tempoh belajar.

Haziq lelaki baik. Dan aku tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki yang macam tu. Aku pegang orang kata perempuan baik untuk lelaki yang baik. So aku sedar sangat diri aku ni jahat, sesat jauh dari agama. Hidup macam tak ada agama. Bebas seronok sana sini. Pergaulan bukan muhrim langsung tak jaga. Aurat jangan cakaplah. So sepatutnya bukanlah Haziq calon yang sesuai. Ofcos la bakal suami aku lelaki yang sama jugak perangai macam aku, solat tak pernah. Hidup hanya untuk seronok. Al quran apatah lagi. Tu yang sesuai.

Tapi Allah maha Adil. Dia dengar setiap doa dari mama aku. Bak kata mama, dia sedar dia dah salah didik aku. Dia dan babah dah terlalu manjakan aku. Manjakan aku dengan kesenangan dunia, abaikan tanggungjawab seorang mak dan ayah semata-mata nak kumpul harta dunia untuk hidup senang. Dan alhamdulillah doa mama termakbul. Allah hadirkan Haziq dalam hidup aku.

Aku teringat lagi jawapan dari babah mengenai soalan aku tentang Haziq.

"Babah suka Haziq?"

"Siapa saja pilihan adik babah setuju."

"Haziq baik tak bagi babah?"

"Jodoh aturan Allah, jika yang datang itu baik, maka ambillah dia. Haziq seorang lelaki yang ada Al-quran di dadanya, ada iman di hatinya. Semua itu boleh bimbing anak babah ke jalan Allah. Pilihlah dia Hanis, sesungguhnya babahlah yang paling bersyukur Haziq memilih anak babah ni menjadi yang halal untuknya "

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now