"No Hanis Amnie, jangan jadi bodoh! U korbankan rumahtangga u semata-mata untuk puaskan hajat mak i, hajat yang hanya ikut hati dan rasa bertunjangkan nafsu sahaja tu. Haaa Hanis! U sanggup berkongsi kasih dengan Adibah, ada madu. Kongsi i seumur hidup u. Hanis i tanya u Hanis, u sanggup ke Hanis.!"
"Ya ofcourse i sanggup dari seumur hidup i kena caci, kena cemuh dan tak diterima langsung menjadi menantu. U mana i nak letak muka i, maruah i selama ni, mana u. I dah cukup tersiksa dah sekarang ni, jadi i sanggup bermadu daripada hidup i dihina oleh mak mertua i sendiri. U tak tahu sakit dia macam, i yang rasa bila dipinggirkan, dipulaukan, tak diterima sedangkan i dah cuba amik hati dia, selalu i solat i doakan dia, doakan Allah lembut hati dia. Tapi dia tetap pandang i ni perempuan jahat yang tak akan pernah layak jadi menantu dia. Haziq u tak rasa apa yang i rasa.!"
"But ni bukan caranya. U sesuka hati berjanji dengan mak tanpa bincang dengan i. Eh i yang kena kahwin dengan Adibah tu tahu tak, i yang kena galas tanggungjawab untuk berlaku adil. Semua ni mustahil Hanis, saat i sambut akad u masa dekat Siam hari tu, hati i dah niat dan i berjanji dengan diri i, hanya u isteri i, dan inilah akad pertama dan terakhir seumur hidup i. So it means apa-apa pun yang jadi, i tetap tak akan kahwin dengan Adibah. Full stop!"
"Haziq pliss! I sakit Haziq, sakit sangat apa yang i rasa selama ni. I dicemuh oleh mak mertua i sendiri. Apa lagi yang boleh i buat Haziq, i dah tak kuat untuk semua ni. Apa salah i? Yaa salah i yelah i tak sebaik Adibah, tak sealim dia dan i perempuan jahat, aurat tak jaga, perangai tak elok. Salah i ialah bila i lahir dalam keluarga yang cukup harta dunia sampaikan bimbingan agama dan urusan akhirat langsung i tak tahu. Salah i ialah i tak sedar diri untuk jadi isteri kepada lelaki sebaik u, lelaki yang lahir dalam keluarga yang lengkap sempurna, dari kecil diberikan didikan agama yang cukup. Dibimbing sehingga dewasa. Haziq betul kan apa yang i cakap ni, tu sebenarnya kan. I yang salah sebab tak sedar diri... !" Aku hamburkan segala kesakitan dan keperitan yang selama ni aku pendam seorang.
Ditambah dengan pening kepala demam panas, menjerit-jerit pulak sambil nangis terus serta-merta kepala jadi berpusing dan lepas tu gelap. Tapi aku still boleh dengar suara Haziq jerit-jerit panggil aku. Slow-slow aku jatuh ke lantai, sebab kaki memang dah lembik gila masa tu. Badan rasa suam-suam sejuk. Dan akhirnya tak ingat apa dah.
Seingat aku, aku sedar masa tu tengok kak ngah aku ada dekat sebelah tengah susun botol air dekat almari sebelah katil tu. Tengok tangan ada wayar air, sebelah kiri pulak wayar darah. Pelik kenapa aku kene masuk darah, aku pengsan je pun. Tak akan sampai hilang banyak darah.
"Dik kau bangun dah?"
"Dah kak, kenapa kak?"
"Jap akak panggil Haziq, nanti doktor datang Haziq panggil jap.!"
Aku hanya mengangguk lemah. Aku nampak phone aku atas meja depan katil tu. Aku nak capai tapi perut aku sakit sangat, dekat bahagian kemaluan tu sakit sangat. Sekali aku gerak, sekali rasa ngilu dan pedih tu terasa. Aku jadi pelik. Sampai meleleh jugaklah air mata sebab tahan sakit.
"Sayang! Alhamdulillah u dah sedar, dah seharian u tidur.!" Ujar Haziq sambil memeluk aku. Jelas kegembiraan di wajahnya.
"Hospital mana ni?"
"Dekat KT lagi ni!"
"Ohh, mana mama. I nak jumpa mama, i sakit.!" Ujarku lemah.
"U sakit apa sayang, i panggil doktor eh.!"
"No itsokey, i just want my mom that all. Call her pliss.!"
"Sure, kejap ye.!" Haziq bergegas keluar memanggil mama.
Aku masih lagi pening kepala, tapi lagi sakit bahagian bawah perut aku. Aku semakin pelik apa yang dah jadi dengan aku sebenarnya. Kenapa sakit sangat rasa dia.
"Adik? Adik okey? Adik macam mana? Haziq cakap adik sakit.!" Suara mama agak sebak. Tersesak-sekat pun ada.
"Maaa. Adik sakit...!" Aku mengadu sambil menangis sekuat yang aku mahu.
"Sabar sayang, ni semua ujian dari Allah. Tahan key, nanti dia hilang slow-slow. Sabar ye sayang, mama ada ni, Haziq ada, papa ada dekat luar.!"
"Why maa, adik sakit apa. Kenapa perut adik sakit, adik tak boleh gerak. Pedih maa. Maa tolong adik maa, adik sakit.!"
"Sayang, bawak mengucap sayang. Adik kuat kan, adik tahan ye, sakit sikit ye, tahan sayang."
"Maa why maa, adik demam je hari tu. Tapi kenapa sampai masuk darah ni, adik demam apa maa. Maa adik nak Haziq, adik sakit.!" Aku meraung-raung dah satu bilik tu. Sumpah tak tahan sangat rasa dia, pedih weh.
Tak lama lepas tu Haziq masuk, terus dia memeluk aku. Dia usap-usap kepala aku. Sebaris ayat Al-quran dari surah apa aku tak sure, dia baca perlahan-lahan dekat telinga aku.
"Hanis, u kuat kan. U kena kuat untuk i, i perlukan u, u kena lawan sakit tu ye. U kena sabar, ni semua ujian dari Allah untuk kita. Bawak bersabar sayang.!"
"But why Haziq. Why ni jadi dekat i, i sakit apa?"
"Sayang... U dah miscarrige our baby sayang. Dia dah 3 minggu dalam rahim u, dia lemah. Allah ambik dia dari kita sayang, u kena kuat Hanis untuk hadapi semua ni. I ada dengan u, be strong honey, i know u can do that. Maafkan i Hanis, it all my fault, because of me. We lose our baby, our dream and our future sayang. I'm so sorry Hanis.!"
"Why Haziq,... Why! Why i tak tahu i dah pregnant. And why Allah ambik dia Haziq, why semua ni jadi dekat i, apa salah i Haziq. Why Haziq Allah amik anak i, i nak dia, i nak jadi ibu dia. Why Haziq.!" Aku dah separuh menjerit dah.
Bila dengar penjelasan dari Haziq tadi. Terus aku rasa macam nak putus nyawa dengar. Aku dah gugur anak yang selama ni kami tunggu. Bodoh sangat ke aku ni sampaikan dah ada nyawa lain dalam perut pun aku tak tahu. Besar sangat dugaan Allah ni. Sumpah aku lemah, aku tak kuat nak hadap semuanya.
"Sayang be strong. U tak boleh macam ni, ni takdir kita sayang. Allah lebih sayangkan dia, mungkin ni belun masanya lagi baby tu untuk bersama kita. Nanti bila kita dah ready, Allah bagilah kita rezeki tu semula. U kena kuat terima takdir ni sayang, jangan macam ni sayang, u tak boleh salahkan takdir.!"
"But! Why is me! Apa dosa i? Apa salah i Haziq! I dah berubah! I dah bertaubat! Tapi kenapa Allah uji i macam ni. Apa dosa i Haziq.!"
"Hanis mengucap sayang, Hanis... Allah uji hambanya untuk nak tengok sejauh mana Hanis taatkan dia. Hanis Allah tarik rezeki anak Hanis sebab Allah nak betul-betul bersedia untuk jadi seorang ibu."
YOU ARE READING
ISTERI DARI THAILAND
Romancenikah gantung di Thailand, hanya untuk menghalalkan perkara yang haram itu sah. !!