bab 26

8.1K 212 33
                                    

Malam tu di rumah mertua aku. Tak ada siapa yang balik, hanya ada kak Maziah dan Haziq sahaja yang balik. Adik-beradik Haziq yang lain tiada. Mungkin mereka susah untuk cuti lagipun anak-anak mereka ramai dan semuanya bersekolah, jadi susah sikit nak balik kampung selalu.

Bagi aku, tak susah mana. Selagi kita sedar tanggungjawab seorang anak. Kita akan rasa semuanya dipermudahkan. In Sha Allah yang penting hati.  Ye memang umi sangat baik dengan sekarang, nak berborak rancak dengan aku. Ajak aku pergi ikot dia berlatih marhaban lah bagai. Ye aku bahagia macam tu. Cuma ada jugaklah rasa sikit ganjal. Tapi aku happy. Umi tak lagi mengata aku, tak lagi mencemuh aku. Malah dia siap meminta aku bakarkan dia kek coklat sebab dia teringin pulak tengok dekat tv tu. Nak beli dekat kedai, banyak kedai cina ja dekat area pekan ni. So aku pun dengan rela hati buatkan siap dengan curahan coklat masakan lagi atas dia. Nasib baik dia mintak tu kek, buatnya dia mintak aku pulut kuning dengan rendang. Mengelepar aku dibuatnya.

"Cincin umi dah ada, orang kampung abah hangpa dah bagitahu. Esok boleh lah kita pergi rumah Haji Hasyim tu." Ujar umi.

Tangan aku yang sedang menuang air teh tu seakan menggeletar sedikit. Ya Allah rasa macam kena siat hati ni.

"Hang betui ka Haziq, hang nak madukan bini hang ni?" Soal abah.

Abah memang tak banyak cakap, serius orangnya. Tapi abah baik, selalu ajak aku berborak dan bagi aku kata-kata semangat. Tapi sayang, segarang-garang abah tetap tak dapat lembutkan hati umi.

"Betul lah abah, awat tak boleh?" Ujar Haziq perlahan. Sekilas matanya menjeling aku di depannya.

Marah pasal tadi tak habis lagi lah tu.

"Hang boleh ke adil, ingat poligami bukan senang Haziq. Sikit je hati isteri hang terusik, hang berdosa Haziq."

"Apa pulak dosa seorang ibu yang hancurkan kebahagian anak dia demi nak puaskan hati sendiri." Ujar Haziq keras lalu bangun dan masuk ke bilik.

Tercengang aku dibuatnya. Umi dan abah lagi lah tercengangnya.  Aku tundukkan pandangan, tak sanggup nak tengok muka umi macam mana. Mesti bengis nak mampos.

"Puas lah hati hang kan Nab, tengok la apa jadi dekat depa ni. Puas ka hati hang tengok rumahtangga anak sendiri porak-peranda tak macam anak orang lain."

"Pak hang ni awat? Hanis yang bagi, saya tolong uruskan je."

"Hanis betui ka nak bermadu. Hanis tak sayang ke dekat Haziq tu?" Lembut je suara abah. Sebak aku dibuatnya

"Sayang bah."

"Habis tu awat hang bagi dia menikah?"

"Sebab Hanis sayang umi."

"Haa tengok! Hanis sendiri yang bagi." Umi menyampuk.

"Entah tak paham la dengan hangpa ni. Ikotlah hang Nab, hang rasa semua ni betui,hang buatlah."

"Hanis masuk dulu ye umi, abah. Nak tengok Haziq jap."

"Pujuk dik Ziq tu tau. Jangan tak jadi pulak esok, umi dah bagitahu orang kampung dah."

"Nab!"

"Awat?"

"Hang tak akan rasa apa yang Hanis tu rasa sebab tu hang keras hati lagu ni. Cubalah hang bayangkan aku ni pi menikah dengan anak dara lawa-lawa madukan hang. Masa tu agaknya baru hang nak menyesal agaknya."

"Hang tu pak aji, imam masjid, tak malu ka buat perangai."

"Haa sama lah dengan Haziq, hang tak tau ka orang kampung dok mengata dia. Menikah tak sampai setahun dah nak menikah dua. Hang tau dak Haziq tu malu, orang kampung dak merata bawak mulut habaq  dikziq tu tak dak hati perut, sanggup ni pi madukan bini dia."

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now