***
Ding !
Lif tiba di tingkat 20. Keluarlah lelaki dan perempuan itu dari perut lif. V mengikut Yerin menuju ke sebuah bilik. Dia membaca tulisan yang tertera di pintu.
"Pejabat.. Ketua ?"
"Diam lah, jangan bising" Yerin membuka pintu dan memasuki pejabatnya itu diikuti V. Entah apa yang merasuknya sampai dia biar V masuk dalam pejabatnya. Mungkin lebih selamat berbanding biar dia merayau di sekeliling bangunan. Kang dia yang kena tanggung kalau dia buat kacau."Ui, asal ada nama kau kat sini ? Wow ni pejabat kau ke ? Eh jap, ni bukan ke JG Company, syarikat keluarga Jung yang terkenal giler giler tu ?"
Yerin mengangguk perlahan."Jadi kau ni...?"
Yerin diam. Dia bersandar di bucu meja. Cuba mencari jalan penyelesaian. V semakin hairan dengan tindakbalas Yerin."Okey, Yerin. YOu beTtErr TelL mE wHAt iS hApPEninG nOW. Kau siapa sebenarnya ? Ahli keluarga Jung tu ? Jadi betul la apa yang aku syak masa first time kita berkenalan ?" soal V bertubi-tubi dengan pelat englishnya.
"Haih. Apa kata kau duduk dan diam sekejap ?"Yerin menarik nafas sebelum berkata dengan tenang.
"Ya, kau betul. Aku memang ahli keluarga Jung yang disebut-sebut tu. Aku yang menguruskan syarikat ni. Aku datang ke Daegu sebab nak urus kan hal-hal kat sini. Banyak perkara yang aku kena buat.Tapi... aku tak nak seorang pun tahu aku, Jung Yerin lah ketua syarikat JG Company ni. Nanti mesti orang layan aku lain daripada yang lain. I don't like it. Aku pun manusia biasa jugak. So...V.."
Yerin menatap wajah V yang ternganga mendengar penjelasannya.
"Tolong, jangan bagitau sesiapa pun pasal perkara ni. Even dekat Jungkook dan Eunha. Aku merayu sangat-sangat. Aku percayakan kau" Yerin menunjukkan wajah merayunya kepada V."Err..." V menggaru leher. Rasa kesian pulak tengok Yerin yang merayu di hadapannya. Tak, rasa pelik. Dia mengeluh perlahan.
"Yelah, yelah. Tapi.. dengan satu syarat~"
"Syarat apa ?" Yerin mengerutkan kening. Nak main syarat pulak."Jangan sekali-kali elakkan diri daripada aku lagi. Biar aku tolong kau next time, sebarang alasan tak diterima !"
"....Tu je ?"
V mengangguk.
"Haha.. Okey, setuju" Yerin terus bersetuju. Apa lah sangat kalau setakat syarat budak-budak macam tu. V tersenyum."Tak sangka ek, kau mampu handle company sebesar ni"
"Aku buat je apa yang aku mampu buat" Yerin duduk dan mula menyemak kertas di atas mejanya. V pula duduk berhadapan dengan Yerin."Err.. Aku nak tanya something boleh?"
"Apa ?"
"Company ni memang family kau punya kan ?"
"Yep"
"Then.. mana kau menghilang selama ni?"
Yerin mengalihkan pandangan ke arah V yang menongkat dagu di hadapannya. Hensem sia–. Yerin berdehem."Aku tinggal kat Seoul sebelum ni"
"Oh.. Tempat asal kau eh ?"
"Tak lah. Aku lahir kat sini"
"Eh, habis tu kenapa kau pindah ke Seoul ?"
"Ada la kisah di sebalik tabirnya. Kau tak perlu pun tahu"
"Alah.." V berdecit. Dia mula meneliti ruang pejabat sederhana besar itu memandangkan Yerin memalaunya. Sungguh kemas dan tersusun. Yerin memang pandai mengemas hiok *kembang*.Kemudian V memutuskan untuk bangun dan duduk di atas sebuah sofa empuk yang terdapat di situ. Lebih selesa.
"Wah bestnya office kau ni. Aku datang hari-hari boleh ?"
"Aish kau ni takde kerja lain ke selain melepak kat sini ?"
"Takde lah pulak"
"Pergi lah balik rumah. Kacau je"
"Nak teman kau kat sini. Nanti boleh aku hantar kau balik~"
Yerin mengeluh."Whatever lah" Yerin bangun dan menuju ke pintu sambil membawa beberapa fail.
"Eh, kau nak pergi mana ?"
"Ada kerja nak dibuat jap. Kau tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana and yang paling penting, jangan.buat.hal" Yerin memberi amaran. V mengangguk entah faham atau tak dan terus baring di atas sofa lembut nakmati tu.•Taehyung POV•
Ah~ bosannya. Nak tidur, tak best. Aku bukan macam Yoongi hyung, tidur je kerjanya. Aku bangun dan menuju ke rak yang terdapat fail-fail dan kertas. Saja nak ushar-ushar. Kemudian aku beralih pula ke meja tempat Yerin buat kerja tadi. Bapak ah, rajin gila dia susun kertas, pensil semua ni. Kalau aku, memang berterabur la jawabnya.
Mata aku tertumpu pula pada bingkai gambar yang ada di atas meja. Ada lelaki dan perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan di antara mereka. Wuu Siapa ni ? Family si Yerin ke ? Comel. Aku meletakkan kembali bingkai gambar itu dan duduk di kerusi Yerin. Idea bernas muncul di mindaku.
"WEEEEE YEEHAWW"
Berpusing-pusing kerusi roda itu. Cara paling tak bijak untuk menghilangkan bosan. Okey mungkin idea ni tak berapa bernas.
Buk ! Alamak, rak pendek sebelah meja tak sengaja ditendang. Habis jatuh segala fail dan kertas. Takut dimarahi, kelam kabut aku mengutip sebelum semuanya berterbangan. Tiba-tiba, aku mataku terbaca satu artikel tentang syarikat yang bersatu dengan JG Company ini. Tak lain dan tak bukan, Kim's Company. Eh jap, dah tak bersatu eh dua syarikat ni ?
"Malangnya JG Company tidak akan bersatu dengan Kim's Company lagi atas sebab-sebab peribadi" -Mrs Jung, ketua syarikat JG Company terkini.
"Seriously Yerin ? Tapi kenapa eh ? Apa yang Kim's tu dah buat kat kau ?" aku menggumam seorang diri. Well, bukan hal aku. Aku meletakkan kembali fail-fail tersebut di rak.
"Yah ! Bosannya !!" tiba-tiba aku menjerit. Sumpah, bosan gila !! Tapi aku taknak balik sekarang. Idea bernas part 2 menerjah kepala hotak aku. Aku segera mengeluarkan telefon dan memainkan lagu TT dari kumpulan Twice. Lagu lejen. Tengah seronok menari dengan penuh bergaya, pintu pejabat diketuk.
"Si..siapa tu ?"
"Saya setiausaha Cik Jung. S-Siapa kat dalam tu ?"
"Manusia" selamba aku membalas.
"P-pencuri ?!" hoh.
"Eh bu..bukan !! Saya kawan Cik Jung awak !! Saya datang dengan dia tadi !!" cepat-cepat aku balas. Kang dia telefon polis mati aku. Aku terlalu hensem untuk dipenjarakan– eh perasan lak.Pintu pejabat dibuka. Terjengul muka seorang wanita. Dia nampak terkejut melihat aku yang sedang berdiri di atas sofa. Yela sofa mahal kot. Aku melompat turun dan mendekatinya.
"Ya ada apa yang boleh saya bantu ?" peh formal gila, V.
"Err.. Mana Cik Jung ?"
"Ah, dia cakap dia ada kerja. Kenapa ? Bagitau je nanti aku sampaikan kat dia" dia pandang aku tak berkelip. Ya aku tau aku kacak."Um.. tolong bagitau Cik Jung, pagi esok dia kena hadiri mesyuarat penting. Pukul 9 dah start"
"Oh, okey. Thank you cik....?" kening sebelah diangkat.
"H..Hani"
"Okey Cik Hani~ Oh ya, jangan bagitau Cik Jung tau apa yang aku buat dalam ni" sempat aku wink dekat dia. Bukan niat nak menggoda."Er.. Ne" Hani pun pergi meninggalkan aku.
Aish memalukan betul lah. Tengah part chorus kot tadi ! Aku menggaru kepala.
"Dahaga lah pulak lepas menari ni.. Ha ! Tak silap aku ada mesin air tadi kat bawah. Hehe.."
Aku keluar dari pejabat.•End POV•
***
"Dah siap fotostat ?"
"Ye"
"Kamsahamnida !" Yerin mengambil kertas-kertas dari pekerjanya dan berjalan menuju ke pejabatnya dengan senang hati."Cik Jung !!" seorang pekerja berlari mendapatkan Yerin.
"Ah, kenapa..?"
"Ka..kawan cik.. Lelaki yang handsome tu kawan cik kan ?" tercungap-cungap dia.
"Er.. Ya. Kenapa ? Dia kat mana sekarang ?"
"Dia kat bawah..sedang...." ayatnya tergantung di situ. Yerin terus bergerak ke arah lif tanpa menunggu ayat seterusnya.'Apa yang kau buat V ?!'
******
Nantikan apa yg V akan buat muahahahaAbaikan ayat-ayat keling gais
Thanks for reading and..yeah
Vote n comment ? :3
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Фанфик[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...