***
Bunyi tembakan dari pistol milik Kim Yuna bergema di seluruh taman tema itu. Mata Yerin dan V membuntang melihat bahu Taeyeon yang berdarah. Taeyeon terduduk menahan kesakitan. Dia sendiri tak menjangkakannya.
"Aish.. Penat je aku berlatih.. Masih tak kena tepat pada sasaran" dengus Kim Yuna dengan geram. Dia berjalan ke arah Taeyeon. Yerin cuba mahu menolong kakak iparnya, namun dia berhenti. Suara V yang terjerit kecil membuatkan Yerin menoleh kembali ke belakang.
"Ikut arahan kami, dan semua orang akan selamat" Hyuna memberi amaran seraya tangannya menggenggam pisau yang dihalakan di leher V. Yerin tergamam di tengah-tengah antara V, Hyuna, Kim Tae O, Kim Yuna dan Taeyeon. Masa seperti diberhentikan.
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pandai-pandai korang khianat dengan aku, pandai lah korang tanggung akibatnya" Kim Tae O memecah kesunyian dengan berpantun.
"Budak-budak ni..mesti terikut dengan perangai kau kan ? Yalah kau dengan appa kau kan sama je, lupa daratan" mendengarkan kutukan Kim Tae O, Yerin mengepal penumbuk.
"Kau jangan berani cakap appa aku macam tu" marah Yerin. Lelaki tua itu ketawa sinis.
"Kenapa ? Aku cuma cakap perkara sebenar. Bapak kau tu suka hati je nak ugut aku, padahal aku kawan dia. Selama berpuluh tahun kitaorang bersama, dia buat macam tu kat aku ?""Mesti sebab kau ada buat salah kan..?!"
"Aku cuma bagi dia peluang untuk dapatkan lebih banyak harta dalam masa yang singkat !! Tu lah bapak kau bodoh taknak ambil peluang" hati Yerin bagai ditusuk-tusuk dengan cacian terhadap bapanya. Dadanya berombak kencang. Tangannya menggeletar."Appa aku mati..sebab kau kan..?"
"Ha'ah. Nak tau macam mana keadaan dia ? Pergh masa belok kat curam tu dia buat drift sia tapi tak jadi. Tu lah tak reti nak check brek kereta berfungsi ke tak. Hah omma kau pun dengar cerita setengah muka dia hancur. Mesti ngeri kan ?"Dush ! Penumbuk Yerin selamat mendarat di muka berkedut Kim Tae O. Tepi bibirnya berdarah.
"Berani kau.." parang yang masih ada kesan cecair merah dihayun ke arah Yerin namun mujur Yerin sempat mengelak dengan bergayanya. Kim Tae O semakin geram.Dia menyepak Yerin dengan kuat menyebabkan perempuan itu jatuh terjelepok. Kakinya yang cedera menyukarkan pergerakannya. Rambut Yerin dicengkam dan parang diangkat tinggi.
"Aku akan rampas nyawa kau hari ni jugak–""Aaah !!" suara halus Hyuna menarik perhatian semua yang berada di situ. V menarik dan memulas lengan Hyuna hingga tergeliat, dan terus menolak wanita lemah itu ke belakang. Kepalanya terhentak tiang.
Pistol pemberian Yoongi yang disorok di pinggang diambil dan terus menembak beberapa kali ke arah appanya tetapi hanya segelintir yang mengenai lelaki tua tersebut. Kim Tae O melepaskan Yerin dan menyorok di sebalik tempat kawalan roller-coaster. Bahu yang berdarah dicengkam bagi menahan kesakitan.
Semua orang tak percaya V akan mengeluarkan senjata api.
Yerin menundukkan kepalanya, takut terkena peluru. V terus menembak tanpa henti dengan perasaan yang geram. Dia tak rancang nak buat begini, tapi dia dah tak tahan. Begitu banyak luka yang digores sepanjang hidupnya. Dia tak dapat fikir apa-apa lagi. Yang dia tahu, dia mahu tamatkan semuanya, dengan membunuh dalang semua ini.
Sedang dia melepaskan geram, tiba-tiba sedas peluru menembusi tangannya. Pistol terlepas dari tangan dan serentak itu juga Kim Yuna menghunus senjata ke arah Yerin pula.
"Yerin, hati-hati !!" jerit V. Jari Kim Yuna sedia menekan picu dan masa bergerak dengan perlahan ( bak kata omputih, slowmotion ).Tiba-tiba, Taeyeon bangun dan memukul belakang Kim Yuna dengan sebatang besi yang dijumpainya. Jatuh terus dia dibuatnya. Kim Yuna tertiarap kesakitan. Terasa seperti tulang belakangnya patah.

YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfiction[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...