***
V membuka mata apabila merasakan kehilangan Yerin di sebelah. Dia bangun duduk dan menggeliat. Tempat Yerin tidur dipandang. Teringatkan wanita itu dalam dakapannya semalam, dia tersenyum malu. Tuala dicapai dan dia segera memasuki bilik air.
Yerin bersama Puan Kim, menyediakan sarapan.
"Yerin, boleh tolong bersihkan sayur ni ?" pinta Puan Kim sambil memegang bekas berisi sayur. Yerin senyum, angguk seraya membawa bekas itu ke sinki.Sedang dia mencuci, V muncul di dapur dengan tuala kecil di atas rambutnya yang basah. Yerin cuba buat tak tahu dan fokus pada kerjanya. Berharap lelaki tu tak mengganggunya. V membuka peti sejuk dan mengeluarkan sebotol kecil susu segar.
"Breakfast apa tu ?" soal V sambil bersandar di sebelah sinki. Susu diteguk perlahan.
"Sandwich"
"Oh.. Mana Omma ?" V lap mulut.
"Eh ? Bukan dia ada kat sini ?" Yerin menoleh mencari Puan Kim. V muncul terus dia hilang. Tak bagitau pulak tu.V memandang setiap gerak-geri isterinya itu. Dia tunggu sampai Yerin siap menutup air, lalu membawa sayur-sayur tadi ke meja.
"Kau cakap, esok kau masuk pejabat ?"
Yerin mengangguk.
"Kenapa tak ambik cuti seminggu?"
"Taknak lah. Aku taknak cuti lama-lama. Nanti entah apa jadi kat company aku tuh" jawab Yerin tanpa memandang V di belakangnya."Tch, alaa.." rengek V dan dijeling Yerin.
"Dah kenapa ?"
"Tak la.. Selalunya orang just-married ni cuti lama sikit.."
"Dah kau kahwin dengan aku, a busy woman, so ikut je la cara aku" V mencebik.
"Kalau camtu, hari ni, kau kena habiskan masa dengan aku la nampaknya"
"Dengan kau ?"
"Mmhm.."Tangan V melingkar di pinggang Yerin. Dagunya pula direhatkan di bahu perempuan itu. Sengaja nak bermanja. Klise, tapi tu lah kerja si suami. Yerin tersentak, walau dia dah jangka V akan buat sesuatu. Dia tahan getaran yang dia rasa.
"K-kalau aku tak nak ?"
V senyum dengan kening terangkat.
"Kau takde pilihan. You're mine, today and forever. Ke kau dah ada plan date untuk kita harini ? Aw so suwit. Malam kang aku bagi hadiah macam semalam tau ? Nyenyak betul kau tidur bila aku peluk" sakat V memalukan Yerin."B-bila masa ?! Kau jangan cari pasal, nampak pisau ni ? Kau jangan sampai aku sunatkan kau" Yerin angkat pisau di tangan yang digunakan untuk memotong sayur. V ketawa.
"Gurau jelah.. Ee budak ni garang sangat, usik sikit terus ugut" pipi gebu Yerin yang kemerahan dicuit-cuit. Yerin memutarkan bebola mata dan membiarkan V. Halang pun takda guna."Haih Tae, bila bangun ?" suara Puan Kim mengejutkan mereka. Yerin dan V menoleh serentak. Laju V mengalihkan tangannya dari pinggang Yerin dan mereka menjarakkan diri. Segan.
V membetulkan tuala di bahu.
"Baru je turun ni.. Omma pergi mana ?"
"Omma siram pokok bunga kat luar tadi. Maaf la tinggal Yerin lama-lama, Omma sembang dengan jiran kejap tadi" terang Puan Kim.Yerin sekadar mengangguk, muka cuba disembunyikan. V pula menggigit bibir sambil menjeling ke luar tingkap. Masing-masing berdoa Puan Kim tak nampak diorang tadi. Wanita tua itu tersenyum memandang pasangan tersebut.
***
•Taehyung POV•
Aku berjalan menuruni tangga sambil memakai jam. Omma dan Yerin yang duduk bersantai di ruang tamu dipandang.
"Yerin-ah, naik tukar baju. Pakai baju yang aku dah sedia kat atas katil" arahku sambil mencapai kunci motor. Yerin tengok aku dengan kening berkerut."Pergi tukar baju, jom, aku bawak kau jalan-jalan nak ?" Yerin membuat muka sebelum bangun mengikut arahan. Aku menggeleng, muka tu tak boleh elok lagi ke ? Aku tengok pulak Omma, angkat-angkat kening kat aku. Lain macam..
![](https://img.wattpad.com/cover/91511003-288-k648588.jpg)
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfic[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...