***
Yoongi berjalan sambil mengacau nescafe lalu menghirupnya dengan tenang.
"YOONGI HYUNG !! KAMI NAK TINGGAL KAT SINI !!" V menarik lengan Yerin terus memasuki ruang tamu. Yoongi tersedak, sampai merah mukanya."What the–? Macam mana kau masuk ?!" Yoongi mengurut leher dan meletakkan gelas di atas meja ruang tamu. V memerhatikan sekeliling. Soalan Yoongi diabai.
"Yerin, pergi naik atas dulu. Cari bilik yang tak ada orang, tunggu aku kat situ""Hei hei !! Siapa bagi kebenaran hah ?!" Yerin yang baru berjalan beberapa langkah ditarik semula oleh Yoongi.
"Yerin naik je dulu !!" V tolak Yerin.
"Dah kenapa nak duduk kat rumah aku ?!" lengan Yerin ditarik semula.
"Kejap lagi aku bagitau lah ! Biar dia naik dulu !" Yerin terdorong ke depan apabila ditolak V lagi.
"Tunggu dulu, aku tak faham keadaan sekarang""STOP !!" Yerin menjerit. Kedua-dua mereka terus melepaskan lengan Yerin yang menjadi mangsa keadaan.
"V. Jelaskan apa yang tengah berlaku. Sekarang" tegas Yerin. Yoongi memandang V dengan kening terangkat. V mengeluh berat."Okey.. Macam ni.." Yerin dan Yoongi memasang telinga.
"Appa aku sebenarnya..orang yang sama yang dah bunuh semua ahli keluarga kau. Dan sekarang, dia nakkan harta kau semula melalui aku. Tapi aku taknak bantu dia, jadi dia mula bertindak kasar. Kau..kau dalam bahaya, Yerin" terang V. Yerin memproses kata-katanya.
"Okey okey kejap. Kau anak Kim Tae O ?"
V angguk.
"Kau kahwin dengan aku sebab appa kau suruh rampas harta aku ?"
Angguk lagi. Wanita itu ternganga."Sial kau" Yerin memukul V dengan bingkai gambar dan buku yang dipegangnya. Bukan macam perempuan yang malu bila kena usik, tapi dah macam nak bunuh V. Dengan buku.
"Patut lah kau ekori aku ! Lepastu ikut aku balik kampung bagai ! Kau nak siasat aku sebenarnya kan ?! Dengan Taeyeon unnie kau tu ! Memang kau dah rancang kan ?! Kau dengan appa kau dengan sedara kau sama je !" V menahan pukulan kasar Yerin dengan bantal Yoongi yang ada atas sofa.
"Bukan macam tu ! Semua yang terjadi, kita bertemu tu semua takdir, Yerin ! Jodoh !"
"Jodoh pala bana kau !! Aku punya la percaya kat kau, macam ni kau khianat kat aku ?! Dasar anak syaiton !" Yerin mula melempar segalanya yang terdapat di situ kepada V. Kusyen, majalah, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata. Sakit hatinya, terasa dipermainkan."Tak– Dengar dulu..!"
"Aku taknak dengar, kau penipu !"
"Yerin !" V menggenggam pergelangan tangan Yerin, menghentikan pukulannya.
"Apa ? Apa lagi rancangan kau ? Semua masa yang kita luang bersama tu, semua palsu ke V ? Palsu ?!" Yerin membentak lagi tanpa menghiraukan V."Boleh tak diam dan dengar cakap aku ?! Ingat senang ke jadi Kim Taehyung ?!" suara V bergema di ruangan itu. Yerin terdiam.
"Haritu kau nak dengar sangat cerita aku kan ? Sekarang, dengar baik-baik"
Maka V pun mula bercerita tentang kehidupannya, penyiksaannya, sampai lah ke bahagian Kim Tae O mengugutnya.***
"Appa ada plan baru ?" Taeyeon pandang wajah appanya. Kim Tae O senyum. Senyuman psiko.
"Plan apa pulak dah appa ? Appa tak penat ke ?" Taeyeon menunjukkan yang dia dah muak dengan semua ni.
"Penat tu lain cerita. Dengar dulu rancangan appa yang cantek molek ni"
Taeyeon mendengus. Malas nak dengar."Memandangkan rancangan kita nak culik anak Jung gagal, kita akan culik keluarga kita sendiri" tiga pasang mata pandang Kim Tae O, agak keliru.
"Maksud ahjusshi.. kita nak culik Taehyung ? Bawa dia ke sini ?" Hyuna mula berminat. Taeyeon buat muka menyampah dengan Hyuna."Tapi macam mana kita nak culik dia ? Ikut dia ? Mesti dia lebih berjaga-jaga lepas ni. Taehyung tak bodoh, appa" soal Taeyeon. Kim Tae O menggeleng.
"Dia yang akan datang sendiri kat kita"
"Hah ?" Kim Yuna, Taeyeon dan Hyuna ternganga tak faham.

YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfic[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...