***
"Berapa ni ahjusshi ?" tanya Yerin kepada penjual asam di tepi jalan itu.
"500 won"
"Okay sekejap eh" Yerin mengeluarkan dompetnya. Sekeping wang kertas dihulurkan. Selepas membayar, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia memegang plastik asam dengan sebelah tangan, sebelah lagi mencari telefon dari dalam beg."Yeobuseyo ?"
"Weh Yerin !! Kau kat mana ?" wow sungguh beradab.
"V ? Aku ada kat.. tepi jalan. Depan cafe. Kenapa ?" terkejut Yerin apabila disergah begitu.
"Kau tak sampai rumah lagi ? Kau balik jalan kaki atau..?" tanya V lagi tanpa menjawab soalan Yerin.
"Naik teksi lah"
"Dah dapat teksi ?"
"Err..tak"
"Okey, kau tunggu situ. Aku datang ambil kau sekarang" V terus memutuskan talian. Yerin pelik. Kenapa dia suka sangat tumpangkan Yerin ? Secara paksaan pulak tu. Apa-apa pun, dia tetap tunggu di situ. Alang-alang takda kereta ni. Rezeki jangan ditolak.
Motosikal V berhenti betul-betul di hadapan Yerin.
"Cepat, naik" arah V. Yerin hanya menurut. Takut pula lihat V dingin begitu. V pandu lebih laju daripada biasa.
'Kenapa dia nampak kelam-kabut ? Kalau dia sibuk, kenapa dia still nak tolong aku ?' bisik hati Yerin.Dia peluk kuat pinggang V. Takut jatuh dengan kelajuan itu. Mereka berhenti di hadapan rumah sewa Yerin.
"Thanks"
"Okey. Jumpa esok" Yerin hanya memandang V yang semakin jauh. Dia nampak tak tenang.***
"Omma !!"
Pintu rumah diketuk beberapa kali.
"Omma !! Tae ni" laung V. Puan Kim membuka pintu. V menghela nafas lega.
"Dah hantar Yerin ?"
V mengangguk. Dia memasuki rumah dan menutup pintu. Puan Kim mengambil tempat di sofa."Err.. Tae nak naik atas kejap ek"
"Okey.." V pun naik ke biliknya. Dia melempar hoodie dan kunci motor di atas katil. Kemudian dia membuka baju, meninggalkan singlet di badan. V duduk di atas katil lalu mengeluh."Nasib baik Omma tak apa-apa"
Akhirnya ketenangan muncul di hatinya. Sepanjang hari, dia tak boleh berhenti fikir benda bukan-bukan. Dia merebahkan badan di atas katil.Telefonnya berdering. Laju dia bangun dari baringnya.
'Yerin ? Ah.. mesti dia risau..' V menjawab panggilan itu."Helo ?"
"V, kau okay ?"
"Apa maksud kau ?" padahal dia faham sangat maksud Yerin.
"Takdelah kau nampak..pelik harini. Ada apa-apa berlaku ke ?" tanya Yerin prihatin.
"Tak ada apa lah. Aku okey" V berdehem.
"Jangan tipu aku lah. Aku tau kau ada masalah kan ? Kalau kau nak someone dengar masalah kau aku boleh-"
"Aku cakap aku okey ! Asal kau tak faham-faham ni ?"
Yerin terdiam di sana. V mengetap bibir.
"Yerin.. S-sorry.. Tak bermaksud nak tinggikan suara.."
"Tak, takpe. Mesti kau penat. Rehat la"
"Takyah risau pasal aku, aku okey"
"Ye, tahu. Tapi kalau kau rasa tak okey, call je aku"
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfiction[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...