Chapter 28

510 66 6
                                    

***

V tak sedarkan diri sejak setengah jam yang lalu. Mungkin kepalanya terhantuk terlalu kuat. Dia sudah dibawa ke salah satu bilik rumah tersebut, yang dulunya pernah menjadi miliknya juga. Berhati perut jugak Kim Tae O– tak, dia semak tengok lelaki itu di pejabatnya.

Hyuna pun mengambil kesempatan itu untuk menghabiskan masanya menemani V. Hasrat untuk membeli-belah dibatalkan. Biar V tahu, dia lah yang sanggup menjaganya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sedang dia khusyuk meneliti setiap sudut wajah V, pintu bilik berkuak perlahan.

Muncul Kim Yuna bersama mangkuk dan gelas.
"Dari tadi ahjuma tengok Hyuna dekat sini, tak keluar pergi mana-mana ke?" Kim Yuna duduk di kerusi berdekatan katil. Mangkuk dan gelas diletakkan di atas meja kecil di hadapannya.

"Hehe.. Nak teman Taehyung ni. Takkan la nak biar dia sorang-sorang ?" Hyuna bermain dengan hujung rambutnya. Kim Yuna tersenyum.
"Hyuna ni memang prihatin dengan orang yang dia sayang kan ? Untung siapa dapat Hyuna"
"Mana ada, ahjuma.." Hyuna merendah diri. Malu-malu kucing jadinya.

"Hyuna belum makan kan ? Ni, ahjuma bawakan nasi goreng kimchi, khas untuk Hyuna. Makanlah dulu" Hyuna jadi teruja. Dia berterima kasih dan segera meloncat ke kerusi yang diduduki Kim Yuna.
"Sedapnya, ahjuma~!!" Kim Yuna ketawa kecil melihat telatah Hyuna.

Sedang mereka bergelak tawa, pintu yang tadinya tertutup dibuka luas. Kepala Taeyeon dijengukkan ke dalam. Melihat kehadiran Taeyeon, Hyuna rasa tak senang duduk.
"Lorh.. Omma buat apa kat sini ? Appa tengah cari omma kat bawah tu"
"Saja tengok-tengokkan Hyuna dan Taehyung ni. Appa nak apa cari omma ?" Taeyeon mengangkat bahu.

"Entah. Appa tu duk terjerit-jerit panggil omma" Kim Yuna mengangguk. Mata Taeyeon terarah pula ke arah Hyuna yang membetulkan duduknya.
"Hyuna kat sini lagi ?" lambat-lambat Hyuna mengangguk. Taeyeon mengeluh.
"Pack your things. Unnie hantar balik kejap lagi" Taeyeon pun beredar dari situ.

Hyuna dan Kim Yuna saling berpandangan.
"Ahjuma.. Taeyeon-unnie tak suka Hyuna ke ?" dengan sayu Hyuna bertanya.
"Tak mungkin lah. Taeyeon tu perangai dia memang susah diramal. Mood pun tak menentu. Jangan bimbang, Taeyeon tak benci Hyuna pun. K la ahjuma nak pergi cari ahjusshi kamu" Kim Yuna bangun dan meninggalkan Hyuna.

Hyuna baru nak bangun dari duduknya, tetapi tiba-tiba Taeyeon muncul semula, masih dengan wajah selambanya.
"Hyuna."
"N-Ne ?"
"Sorry about last night. Jangan ambil hati sangat" Hyuna yang masih dalam keadaan terkejut itu mengerutkan kening.
"Dah, cepat kemas barang. Malas nak tunggu lama-lama"
"Baik.." Hyuna tersenyum. 'Mungkin betul cakap ahjuma'

***

Yerin sedang menyiapkan kerja di ruang tamu sambil berbual dengan Eunha di telefon. Puan Kim setia menemani di sisi, menonton drama di TV. Tengah leka dengn aktiviti masing-masing, terdengar laungan dari luar rumah. Yerin dan Puan Kim berpandangan sebelum Yerin bergerak ke muka pintu.

"Taeyeon-unnie ?" bisik Yerin perlahan, hairan tengok kehadiran Taeyeon di pintu pagar. Di sebelahnya ada V, tampak tak bermaya.
"Siapa tu, Yerin ?"
"Nanti aku call kau balik" Yerin mendekati pintu pagar dan membukanya.

"Kau pergi mana ? Lepas kelas terus lesap" tanpa ucapan alu-aluan terus Yerin menyoal. V menggosok belakang kepala yang masih terasa sakit.
"Ada lah.." dengan malas V menjawab. Taeyeon menjentik kepala V.

"Yah, sakit lah !!"
"Taehyung teman unnie tadi. Dia tak bagitau ke ? Ish, teruklah dia ni" V memandang Taeyeon yang pandai mereka cerita. Yerin mengangguk kecil.
"Masuklah dalam, Omma tengah tengok drama Korea tu" jemput Yerin.

You're my Poison | TAERINWhere stories live. Discover now