Chapter 8

605 82 17
                                    

p/s : pic di atas bukan idea seya

***

V berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat. Motosikal diparking di bawah bumbung.
"V.. Kita kat mana ni ?" tanya Yerin sambil memeluk tubuhnya kesejukan.
"Rumah nenek aku. Sorry tapi rumah sewa kau jauh lagi so.. tumpang lah dulu" V mengetuk pintu.

"Ya ?"
"Taehyung ni, Omma"
Pintu dibuka. Tanpa menunggu sesaat pun V terus memeluk neneknya. Yerin tersenyum, 'comel'.
"Aigoo apa ni habis basah lencun.." pandangan Puan Kim jatuh kepada Yerin. Yerin hanya tersenyum manis.

"Kawan Tae ke ni?"
"Er.. Ya"
"Meh la masuk dulu, kejap Omma buatkan bubur panas" Puan Kim bergerak ke dalam rumah. Yerin tunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih.
"Masuklah" V menjemput Yerin. Perlahan-lahan Yerin mengikuti V.

Yerin terpegun melihat hiasan rumah tersebut. Nampak kemas walaupun kebanyakannya barang antik. V menegur Yerin yang ternganga memandang kecantikan rumah neneknya.
"Yerin, pergi lah naik atas tukar baju yang kering sikit"
"Hah ? Aku nak pakai baju siapa ?"
"..." V langsung tak fikirkan perkara ni.

"Pakai baju panas Omma ni" Puan Kim tetiba muncul dan memberikan sehelai baju panas dan seluar kepada Yerin.
"Ah, terima kasih" Yerin menyambutnya dan perlahan-lahan berjalan menaiki tangga. Setelah kelibat Yerin hilang, V meraup wajahnya yang basah. Nasib baik Ommanya ada. Puan Kim mencuit V.
"Tae taknak salin baju ke apa ?"
"N-nak gi salin lah ni" V naik dan menuju ke biliknya.

V membuka baju dan lap badannya dengan tuala. Dia membuka almari dan mencari baju yang ingin dipakai. Namun tiba-tiba pintu bilik air yang bergabung dengan biliknya dibuka. V terkejut beruk.

"Ye..Yerin ?!"
"YAAAH !!" Yerin yang juga terkejut terus menutup mata dan berpaling.
"Ka..kau buat apa dalam bilik aku hah ?!"
"Ma-mana lah aku tau ni bilik kau !!"
"Ish kau ni, lain kali tanya lah ! Suka hati je masuk !"
"Sorry la ! Aku nak keluar la ni !!"
"Keluar la cepat..!" V punya gemuruh sekarang tak boleh bawak bincang. Dia tak pernah berduaan dengan mana-mana perempuan selain Ommanya di dalam bilik. Suci lah katakan.

Yerin yang masih menutup mata itu meraba-raba sekeliling bagi membantunya berjalan. Dia tak sanggup nak bukak mata. V pandang Yerin sambil mengeluh.
"Yah omma tolong Yerin !!"
"Wey jangan jerit lah !!" mana Yerin tak jerit bila V tiba-tiba pegang tangannya. Dia mahu membuka mata, ingin memarahi V namun V cepat-cepat menutup matanya.

"Ja..jangan bukak mata !! Aku..seksi sekarang ni"
"What the–"
"Shh.. Aku bawak kau keluar so kau diam je ek" V menarik tangan Yerin dan membawanya keluar dari bilik.
"Just pretend nothing happened dan kau tak nampak apa-apa okey ? Dan jangan sesekali bagitau nenek aku apa yang jadi"
"T-takde kejenye aku nak bagitau" Yerin nak ja pecut lari sekarang. Malu gila beb.

"Aku bagi amaran je. Lagi satu.." V mendekatkan mulutnya di telinga Yerin.
"..janganla kau tergoda kat abs aku sampai nak merisik terus aku pulak eh" bisik V sengaja mengusik. Yerin merentap tangannya dan berlari turun tangga. V tersenyum geli hati. Puas pulak sakat Yerin.

Yerin terus melompat di tangga terakhir. Puan Kim terkejut.
"Aish kamu ni.. Jangan la lari nanti jatuh" Yerin tersengih-sengih
"Hehehe..Sorry aunty.."
"Dah kamu gi rehat dulu.. Omma nak buat bubur untuk kamu berdua" Puan Kim menuju ke dapur. Yerin mengikut wanita tua itu.

"Erm.. Saya nak tolong ?"
"Eh kamu rehat lah. Mesti kamu penat. Omma boleh buat sendiri ni"
"Takpe, saya nak tolong jugak" degil Yerin. Puan Kim sekadar tersenyum lalu membiarkan Yerin membantunya.
"Namanya apa ?"
"Er..Jung Yerin imnida"
"Jung ?" Puan Kim tergamam seketika.
"Haah, kenapa aunty ?" soal Yerin.
"Ah takda apa" lagi Yerin pelik. Puan Kim dengan V sama ja masa first time Yerin kenalkan diri. Adat keturunan kot.

Tiba-tiba V muncul entah dari mana.
"Wuuu sedapnya bau tak sabar nak makan"
"Cett. Tau makan je" perli Yerin. V mengangkat kening, tak kisah.
"Biarlah"
"Tu lah kan Yerin, Tae tau makaaan je bukan reti nak tolong ke apa iye dok" Puan Kim sengaja menyebelahi Yerin. V mencebik. Dia terus duduk di meja makan sambil memeluk tubuh. Acah merajuk.

***

Yerin dan V duduk di ruang tamu selepas selesai makan. Cuaca di luar masih buruk. Yerin mengeluh.
'Macam mana nak balik rumah ni..'
"Tidur rumah aku je la malam ni"
Yerin terkejut.
'Aik dia ni boleh baca fikiran aku ke ?' dia memandang V yang selamba baring di atas sofa sambil bermain telefon.

"Pastu aku nak tidur kat mana ?"
"Tidur jela dekat atas dengan aku–"
Mata Yerin membulat.
"TAK !! Maksud aku a-ada bilik tetamu kat atas" V menampar mulutnya yang merapu tadi.
'Aish V pabo !!'

[ Malam Itu ]

Yerin siap memakai baju tidur yang diberi Puan Kim. Katanya, baju tidur itu dulu milik cucunya seorang lagi. Yerin duduk di atas single bed itu. Hiasan bilik ini sangat ringkas namun tetap sedap mata memandang. Pintu bilik tiba-tiba dibuka perlahan. Terjengul muka Puan Kim yang membawa segelas susu.

"Omma kacau Yerin ke ?"
"Eh tak lah. Yerin baru ja nak duduk rehat-rehat" Yerin menolak rambutnya ke belakang telinga. Puan Kim meletakkan susu di atas meja kecil di tepi katil.
"Minum lah susu tu"
"Ye, terima kasih" Yerin menghirup sedikit demi sedikit susu tersebut.

"Tae suka gila minum susu sebelum tidur. Masa kecik, dia cakap dia minum supaya tak kena kacau dengan raksasa dalam mimpi(lol)" cerita Puan Kim tanpa dipinta disusuli ketawa kecil. Yerin pandang wajah tua Puan Kim.
"Erm.. Yerin..nak tanya sikit boleh ?"
"Hm ?"

Yerin teragak-agak mahu bertanya. Bukan, rasa bersalah sebenarnya.
"V tu.. dah tak ada omma appa ke?" Puan Kim tersentak. Wajahnya berubah sayu. Yerin rasa serba salah.
"Ah, sorry Yerin tak patut tanya soalan macam-"
"Tae dibuang keluarga..." perlahan Puan Kim berkata. Giliran Yerin pula tersentak. Dia diam.

******
Thanks for reading ~!! Seya tau mesti korang dok terbayang V tak pakai baju kan lol

Untuk chap seterusnya sedia untuk dengar OmmaKim bercerita

Vote or abs V akan menghantui mimpi korang pft

You're my Poison | TAERINWhere stories live. Discover now