"Siapa lagi kalau bukan diorang ni..."
D.O mengusap kepala Kai yang leka bermain bersama Chanyeol dan Sehun.
"Hyung...mana adalah.Tengok apa hyung dah buat.Hyung kacau saya sampai saya kalah."
Kai menafikan perbuatannya dan merajuk terhadap D.O.Semua member ketawa melihat gelagat mereka berdua seperti budak kecil.
"Kai...Kai...jangan cuba nak tipu hyung tau.Hyung ada saksi...kan Sehun."
Kai hanya tersenyum malu.Sehun pula tersentak apabila namanya disebut Chanyeol.Mereka memandang antara satu sama lain kemudian tersenyum malu memandang hyungnya.
"Yelah...kitorang kalah.Hyung...sebenarnya kitoranglah yang nak jumpa hyung.Kitorang tak puas lagi nak main ngan hyung hari tu.Tapi hyung rindu kitorang tak?"
Soal Kai sambil menanti jawapan daripada Baekhyun.Sekali lagi Baekhyun terasa sebak di dadanya apabila memandang wajah Kai.Tipulah kalau tak rindu.Segala kenangan terindah sedang terbayang di fikirannya.Hampir sahaja air mata Baekhyun jatuh namun ditahannya.
Melihat situasi itu,semua member termasuk D.O dan Chanyeol meninggalkan mereka di dalam bilik itu.
"Kai...Sehun...hyung datang sini sebab nak jumpa korang...jumpa semua orang.Selama ni hyung datang sini bukan suka - suka...tapi sebab hyung rindu semua orang.Hyung rindu waktu hyung masih kat sini.Hyung rindu waktu main ngan korang...kenakan hyung...main sama ngan Chanyeol...kalau masa boleh dihentikan,hyung takkan sia - siakan peluang tu.Tapi hyung manusia biasa je.Mungkin dah nasib hyung hidup macam ni.Jauh dari orang yang hyung rapat...tapi hyung percaya yang korang sentiasa ada ngan hyung...jadi hyung pun nak korang percaya yang hyung sentiasa ngan korang walaupun hyung takde kat sini."
Tanpa disedari,air mata Baekhyun akhirnya jatuh setelah lama ditahan.Kai dan Sehun hanya mendiamkan diri dan memandang hyungnya itu dengan sayu.
============
● Di rumah...
Y/n P.O.V
Sebaik aku tiba di rumah...ku lihat kelibat Baekhyun tiada di situ.Mungkin dia ada kat rumah member dia kot...Yelah,sekarang kan dah lewat malam.Aku melirik jam di tanganku.Jam menunjukkan sekarang pukul 11:45 malam.Aku segera menuju ke arah bilikku.Kebetulan aku sedang melalui bilik Baekhyun dan aku melihat sekujur tubuh sedang tidur dengan nyenyak.
"Ohh...dia dah tidur rupanya.Aku ingatkan masih kat rumah member dia.Okay...Mr. Byun Baekhyun,I hope you sleep well."
Aku memberikan hormat dengan membongkokan badan 90° darjah kepadanya yang sedang tidur.Aku memperlahankan langkahku agar tidak mengeluarkan bunyi.Bilik tidur aku dengan bilik Baekhyun berhadapan.Hanya beberapa langkah sahaja jaraknya.
Sebelum aku bersiap untuk tidur,aku sempat memandang ke arah bilik Baekhyun sebab dia tak tutup pintu bilik dia.Dengan tiba - tiba...aku membuka langkah menuju ke arah biliknya dan menutup pintu biliknya.
"Mianhae Byun Baekhyun...aku buat semua ni bersebab,bukan saja - saja.Kalau diikutkan...aku pun tak nak buat semua ni...but one day you will know it..."monolog ku
Terasa sayu sahaja wajahku melihat dirinya yang sering terseksa...
Flashback
"Oppa jangan ingat...oppa kahwin dengan chagi,oppa boleh bahagia.Walaupun chagi isteri oppa and oppa tu suami chagi,chagi tak nak oppa ganggu chagi.Oh ! Lagi satu...oppa sendiri tau kan,yang suami isteri ni tidur satu bilik but you and me are not.Chagi tak nak oppa masuk dalam bilik chagi.Tapi oppa jangan risau sebab chagi ada sediakan bilik untuk oppa.In this case,I want you to care about your own business.FAHAM ! "
End of flashback