● Tiga hari kemudian....
"Suho...kamu tak rasa ke yang Baekhyun makin hari makin lemah je.Yelah...hampir setiap hari hyung nampak dia sakit kepala tapi bila ditanya dia kata takde apa apa."Xiumin memulakan perbualannya bersama Lay, Suho dan Chen manakala Baekhyun, Chanyeol, D.O, Sehun dan Kai sedang bermain permainan video di tingkat atas.
Baekhyun P.O.V
Kenapa aku rasa macam pening je.Demam ke ? Takkanlah.Takde tanda tanda demam pun tapi rasa ni macam pelik je.Tapi kepala aku makin pening."Eh ! Baek. Kau nak pergi mana ?"soal Chanyeol yang baru sahaja selesai berpakaian setelah habis mandi."Tak payahlah kau risau.Aku nak keluar kejap."kataku sambil membuka langkah untuk keluar dari bilik tersebut.Namun kepala aku semakin berat.Tiba tiba aku terasa penglihatanku semakin kabur dan...
BUKK !!!
Aku terasa seperti aku telah rebah.Walaupun penglihatanku kabur namun aku sempat melihat kelibat Chanyeol yang datang ke arahku sebelum aku memejamkan mata.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
●Di Hospital SEOUL
Your P.O.V
Setelah aku selesai memeriksa pesakit, aku terus menuju ke bilikku dengan tiba tiba rakan setugasku meluru ke arahku sambil melaungkan namaku
"Kau ni dah kenapa ? Nak cakap kau ni sakit tak juga sebab kau ni kan doktor."usikku sambil ketawa kecil.Namun bila dilihat kembali wajahnya, seperti ada perkara yang penting.
"Hahaha...sempat juga kau usik aku eh.Hei...kau tau tak yang laki kau masuk hospital ni."ujarnya dengan serius."Baek...Baekhyun...ma...masuk...hos...hospital ?"dengan serta merta mataku terbeliak.Handphoneku yang sering berada di poket kotku berdering menandakan panggilan daripada seseorang.Ianya dari Suho oppa.Aku segera menjawab panggilan tersebut.
"____________, Baekhyun masuk hospital."kata kata Suho oppa sebentar tadi membuatkan aku terasa lemah.
"Baek...Baekhyun..."dengan segera aku menuju ke bilik yang menempatkan Baekhyun.●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
"Oppa !" laungku setelah aku melihat kelibat mereka yang menunggu di hadapan bilik Baekhyun.
"Suho oppa...mana Baekhyun? Macam mana dia boleh masuk hospital ?"soalku sebaik sahaja aku tiba bersama mereka.
"Ta...tadi...Baek...Baekhyun..."
Chanyeol hampir tidak dapat menerangkan situasi yang telah berlaku kepada Baekhyun.Aku segera memotong percakapannya, "Gwaenchana oppa.Biar saya pergi periksa keadaan Baekhyun tapi sebelum tu saya nak oppa semua balik dulu.Kalau Baekhyun dah sedar nanti saya telefon oppa."mereka semua mengangguk tanda faham sebaik sahaja aku terus masuk ke bilik Baekhyun."Takpe...biar saya saja yang uruskan pesakit ni.Kalau ada apa apa, saya akan bagitau awak secepat mungkin."kataku apabila melihat rakan setugasku yang lain sedang memeriksa keadaannya.
"Nae...arraseo.Nah, ni maklumat yang didapati daripada pesakit ni."dia memberikan aku beberapa helai kertas yang berkaitan dengan maklumat Baekhyun lalu meninggalkan aku di dalam bilik tersebut.
Sebaik sahaja aku membelek kertas yang berkaitan dengan pesakit,mataku seperti tidak berkelip.Aku hanya mampu menggelengkan kepala."Macam manalah oppa boleh macam ni."soalku sambil mengusap rambutnya. Tiba tiba aku merasakan seperti ada sesuatu yang bergerak.Ianya tangan milik Baekhyun.
Baekhyun membuka matanya perlahan lahan." Chagiya ? Oppa...kat...ma..."belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya, aku segera mencelah.
"Sekarang oppa kat hospital. Diorang Suho hyung yang hantar oppa ke sini.Chanyeol oppa kata tadi oppa pengsan...betul ke ?"kataku berpura pura tidak tahu.Baekhyun hanya mampu menundukkan kepalanya.Dia juga cuba untuk mengelak pandangan matanya daripadaku.Tiba - tiba datang pula rasa kesian kat dia.
"Takpelah...kalau macam tu.Oppa rehatlah dulu.Pasal oppa semua tu...biar chagi yang uruskan."
Mendengar cadangan itu... Baekhyun segera mengangkat kepalanya dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
"Yang oppa senyum senyum ni dah kenapa ? Suka ? Tapi oppa kena ingat, walaupun chagi tolong oppa... perjanjian kita masih sama.Lagi satu,Suho oppa kata dia nak lawat oppa esok cuma tak tau pukul berapa diorang sampai.Kalau tak ada apa - apa lagi... chagi keluar dulu .Bye. "Aku mengingatkannya semula sebelum aku meninggalkannya. Sempat juga aku melihat dia tersenyum melihat telatah ku tadi .