New story...☺

21 1 0
                                    


Setibanya Baekhyun dan isterinya di rumah...Baekhyun asyik tersenyum - senyum memandang isterinya.Kelakuan Baekhyun itu akhirnya disedari oleh isterinya.

"Kenapa oppa asyik tersenyum - senyum macam orang gila.Oppa suka ke kalau chagi yang jaga oppa..."Baekhyun hanya mengangguk manakala pandangannya masih tidak lari dari wajah isterinya.Tanpa disedari,air mata Baekhyun jatuh manakala senyumannya tidak hilang dari bibirnya.

"Oppa...stop it.Kenapa nangis ni...chagi ada tersalah cakap ke? Kalau chagi ada tersalah,mianhae... Neomu mianhae... "

"Oppa tak pernah rasa seronok macam ni...Perasaan ni wujud lepas chagi bawa oppa jalan - jalan kat hospital haritu. "luah Baekhyun lalu membaringkan kepalanya di atas riba isterinya.

"Amboi...sekarang oppa nak sakit apa lagi ni?Tiba - tiba oppa berjiwang - jiwang ni...kena sampuk ke apa...Dahlah tu suamiku oii...sekarang chagi nak masak sebab nanti oppa merengek nak makan.Lagi satu, daripada oppa berjiwang - jiwang macam ni lebih baik oppa tolong chagi masak...kan bagus.Cepat siap, cepat oppa dapat makan. "ujar isterinya lalu menuju ke arah dapur.

___________skip this part___________

Your P.O.V

Keesokkan harinya...aku bangun seperti biasa lalu menyiapkan sarapan untuk Baekhyun.Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi seseorang sedang menuruni tangga.

"Chagi...good morning.Awalnya chagi bangun."sapa Baekhyun lalu melabuhkan punggungnya atas kerusi sambil memerhatikan perbuatan ku.

"Mana adalah.Chagi bangun macam biasa.Kalau chagi bangun awal pun tu sebab nak sediakan sarapan untuk oppalah.Oppa sendiri yang kata haritu yang oppa lebih suka hasil tangan chagi kan?"
ujar ku sambil menuangkan secawan coklat panas kepadanya lalu melabuhkan diriku pada kerusi yang berhadapan dengannya.

___________skip this part___________


Aku leka menonton televisyen di ruang tamu setelah aku selesai mandi.Tidak lama kemudian, kedengaran suara Baekhyun memenuhi ruang tamu itu.

"Nae...Chagi kat ruang tamu sinilah."balasku untuk mengelakkan Baekhyun terus melaung.

Tidak lama kemudian,Baekhyun tiba di ruang tamu lalu duduk di sebelah.Aku segera mematikan televisyen setelah menerima arahan daripadanya.


"Chagi rasa okay tak kalau oppa tinggalkan chagi sorang - sorang kat rumah ni?Bukan apa...Suho hyung suruh oppa pergi studio sebab ada sesuatu katanya.

"Cepatnya...okay tu okay tapi oppa ni ha...oppa kan baru balik semalam takkan harini nak pergi studio pula...tak boleh ke esok ke... lusa ke...lagipun oppa belum sembuh sepenuhnya. "ujarku dengan risau.

"Sebenarnya... Suho hyung tak paksa pun datang harini tapi oppa bosanlah kalau duduk kat rumah je.Kalau oppa duduk kat rumah, oppa nak buat apa?"terang Baekhyun untuk meyakinkan ku.

"Yelah...oppa pergilah...chagi benarkan.Chagi nak halang oppa pun tak boleh."aku hanya mampu mengeluh.Aku mengiring Baekhyun hingga ke pintu lalu menyerahkan kunci kereta kepadanya.

"Chagi janganlah sedih ya...kalau ada apa - apa, nanti oppa call. "ujar Baekhyun sambil mengusap rambut ku dengan lembut.


"Nae...drive hati - hati tau.Kalau dah sampai nanti, bagitau oppa semua yang chagi kirim salam."ujarku sebelum Baekhyun masuk ke dalam kereta.

____________skip this part__________


Tidak berapa lama setelah Baekhyun pergi, aku rasa bosan sangat sampai mood aku nak tengok tv pun hilang.Dalam waktu aku masih berasa bosan, tiba - tiba phone ku berbunyi menandakan ada seseorang yang menelefon ku. Setelah ku lihat nama yang tertera pada screen phoneku, dengan segera ku menjawab panggilan tersebut.



"Nae...omma annyeong.Rindunya kat omma.Mianhae kalau anak omma ni jarang call omma sebab sibuk sangat kat hospital sampai nak balik rumah pun jarang."




"Amboiii...dah habis cakap.Biar omma pula yang cakap.Kita belum sedia, dia terus je main cakap."sindir ommaku untuk mengelakkan aku terus bercakap.


"Hehehe...mianhae. Lagipun saya rindukan omma. Salah ke kalau saya nak manja - manja ngan omma saya sendiri."semakin aku terus bercakap dengan omma semakin aku berasa sebak.




"Ha...nak nangislah tu.Kan haritu kamu dah ubat rindu pada omma, sekarang pun masih rindu ke?Kamu janganlah risau sangat kat omma.Apa yang lagi penting kamu jaga suami kamu tu.Lagi satu, itu pun kalau kamu tak kisahlah...omma bercadang nak datang ke rumah kamu.Kamu nak tak...omma pun fikir nak tinggal dengan kamu.Tapi omma nak kamu fikir dululah ye.Kalau kamu cakap okay...omma akan datang tapi kalau kamu cakap tak...omma pun ikut. "pujuk ommaku lalu mencadangkan ideanya untuk tinggal bersamaku.



"Apa salahnya...omma nak tinggal sini lama pun boleh sebab Baekhyun mungkin akan sibuk beberapa hari ni dan saya ada ambil cuti selama seminggu dan cuti sakit selama 3 hari."terangku sambil membuka langkah menuju ke bilikku.



___________skip this part___________




Setelah aku selesai bercakap dengan omma,aku menuju ke arah ruang tamu sambil membawa laptop bersamaku.Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2:30
petang.Aku mengabaikan jam tersebut lalu meneruskan kerjaku.Semakin lama aku menghadap laptop semakin berat mataku untuk menggalakkan aku untuk tidur. Memandangkan cuaca pada hari itu hujan menyebabkan aku mudah untuk melelapkan mataku.Aku melihat jam di dinding baru sahaja menunjukkan pukul 4.





"Ngantuknya...nak baring sekejaplah. Nanti saya sambung balik."ujarku lalu membaringkan badanku di atas sofa.Semakin lama aku merasakan bahawa penglihatan ku semakin kabur lalu membawaku ke alam mimpi.





























Don't Leave Me...Where stories live. Discover now