B7

484 60 3
                                    

Saera's

"Park Jimin."

"What?"

"Aku nak tukar tutor taekwondo aku." Aku bercakap dengan kepala memandang lantai sebab.. maybe aku boleh agak apa jawapan dia.

"Sebab? Tak seronok belajar dengan aku? Jeles tengok Sohye rapat dengan Jungkook?"

Aku membulatkan mata. Dia ni gila ke apa?

"Aku nak jeles? Heh tak ok. Aku kenal Jeon Jungkook tu dri sekolah rendah lagi." balas aku cuba menahan marah.

"Dahtu? Asal nak tukar tutor?" Aku terdiam. Buat masa ni masih belum ada jawapan yang sesuai dalam otak aku.

"Cakap jela kau jeles dengan Sohye senanye kan?"

"Kalau tak bagi tukar , sokay cakap jela , tapi takpayah nak tuduh aku bukan-bukan k." aku terus berlalu pergi selepas berkata sebegitu kepada Jimin.

Lel pahal nak cakap aku jeles dengan Sohye? Aku kenal Jungkook dah lama kot, and aku memang berkawan dengan dia so what? Aku ke kau yang jeles sekarang ni? Herh

-

Aku menyepak batu yang berada di hadapanku sambil berjalan menuju ke rumah.

"Aku nak jeles dengan Jungkook buat ape? Aku dah anggap dia macam adik beradik aku k. Makin lama makin menyampah siot dengan Timun tu, macam bagus sangat kau tu!"

"Takyah ah ngumpat aku ." Aku menoleh ke belakang. Lel nyebok je, pi balik sanela

"Aik dah taknak bercakap dengan aku ke?"

Aku hanya berjalan dan memandang ke depan.

"Aku dengar ada orang cakap kau suka aku. Betul ke?"

Kalau suka pun, asal? Aku suka je bukannya buat ape pon.

"Kau bisu ke ape do?"

"Btw, tadi Sohye pesan kat aku, dia dah tak boleh nak maafkan kau sebab apa di buat semua kau tak suka. Aku pun tak faham dengan kau ni. Dia jadi protege Jungkook kau jeles, dia rapat dengan aku pun kau jeles. Memang patut pun dia taknak kawan kau. One more, kau takyah la minat aku. Patutnya Sohye je yang minat aku sebab dia lawa. Eh?"

No one's

"Btw, tadi Sohye pesan kat aku, dia dah tak boleh nak maafkan kau sebab apa di buat semua kau tak suka. Aku pun tak faham dengan kau ni. Dia jadi protege Jungkook kau jeles, dia rapat dengan aku pun kau jeles. Memang patut pun dia taknak kawan kau. One more, kau takyah la minat aku. Patutnya Sohye je yang minat aku sebab dia lawa. Eh?"

"Dah? Dah habis bercakap ke? Ok.. actually aku taktau apa yang Sohye dah racun kau, pakai racun apa pun taktau. Again aku nak bagitau, sikit pun aku tak pernah jeles Jungkook jadi tutor taekwondo dia. Dengan kau lagilah, macam takde gune pun kalau jeles. Lagipun dia kawan aku for what nak jeles? And one more, suka pada kau tu perasaan aku so lantak akulah nak suka sape pun takde kaitan pun dengan kau. Hati aku so what. And kau ni, takperlu jadi orang tengah tolong sampaikan berita or whatever." Saera berhenti berjalan seketika untuk bercakap.

"Dan kau, dah 9 bulan kau kenal aku lebih dari dia yang baru sehari kenal kau tapi taktaulah ..kau lagi percaya dia kan. It's up to you. And aku tak sangka..maybe this is the end for our only 9 months friendship." Saera mengelap air mata di hujung tubir matanya.

"Sorry for tearing up." Dia meneruskan perjalanannya ke rumah.

"Tak sangka..ni adalah tempoh persahabatan paling singkat pernah aku lalui. And why did i need to bring up this tears? Timun tu bukan kisah pasal kau pun, tengokla setianya dia sampaikan berita dari Sohye tu. And siapa sangka, dia sanggup khianati persahabatan kitorang sebab Jimin je?"

-

"Dan-nyeo-wasseumida." Saera menanggalkan kasut di hadapan rumah lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eo wasseo? Jom makan. Aku dah masak." Hoseok bersuara dari dapur.

"Aku kenyang lagila, Hoseok. Simpan dulu untuk aku, nanti aku turun makan." Saera berlalu ke biliknya.

-

(Bilik Saera)

"Saera-yah."

"Ya?"

"Boleh aku masuk?"

"Emm."

Saera mengemas meja belajarnya.

"Wae geurae-niya?" Hoseok mengambil tempat di birai katil.

"Takde pape. Wae?"

"Takyah tipu-tipu la. Aku kenal la adik aku camane. Asal kau ni? Gaduh dengan Jimin?"

"Boleh tak jangan pandai sangat bab meneka ni, wahai Hoseok? Kenapa selalu tepat sangat tekaan kau?"

"Asal? Apa mamat pendek tu buat kat kau?"

"Ingat kan semalam yang dekat movie tu? Harini dia berlagak macam dah kenal Sohye tu lebih dari aku kenal dia."

"Maksudnya?"

"Takde apelah. Aku laparla. Kau dah makan ke Hoseok?" Saera cuba menukar topik. Malas nak dikenang perkara yang memang tak patut di kenang.

"Belum. Aku tunggu kau. Jomla sekali." Mereka berdua turun ke bawah untuk menikmati makan malam.

-

11:30 p.m

Wed, 08/09

Kenapa perlu hadirnya manusia bernama Park Jimin ni? Kenapa dia kawan pada Hoseok? Kenapa tragedi restoran burger tu kena berulang dan berbalik pada aku?

Park Jimin, manusia yang sangat berbahaya. Dia dah hancurkan persahabatan 'trio' aku dengan Mina dan Sohye.

Sekarang ada Mina dan aku je.

Goals: Aku tak kenal siapa Park Jimin, taknak ambik tahu siapa pun dia. Tak kenal siapa Yoon Sohye. Live happily dengan lovely Kang Mina forever.

JungSaera.

-

Saera's

8:00 a.m

"Kang Mina, weekend ni jalan-jalan jom."

"Pegi mane?"

"Em...."

-

'Saera-yah. Sorry pasal semalam. Aku tak sangka pulak aku cakap sampai melampau macam tu. Janganlah ignore aku. Terseksa jiwa aku tau!'

Aku merenyukkan kertas tadi dan mencampakkannya ke dalam tong sampah. Memang layak pun masuk situ. Taktau la tulis ikhlas ke terpaksa ke berlakon je ke, hm happy je dengan Sohye, buat apa ada aku?

                          

Any bahasa yang korang tak faham boleh comment atau tanya, ya? 😂

burgerWhere stories live. Discover now