B8

475 55 0
                                    

Jimin's

"Dan-yeo-wasseumida, omma." Aku menanggalkan kasut di hadapan pintu rumah dan terus masuk ke dalam rumah.

"Eo, wasseo? Macam mana harini? Anything bad?" Aku tersengih ke arah omma. Omma ni faham-faham je keadaan anak dia sekarang.

"Wae? Ceritalah dekat omma." Aku mengambil tempat di sebelah omma di meja makan.

"Omma.. Ada kawan Jimin ni.. Nama dia..rahsia ok rahsia. Ok lepastu dia berkawan dengan sorang perempuan ni, start dari satu kejadian ni. Dia nak pergi beli kat kedai burger... Tapi lepastu..."

-

"Betul ke aku dah melampau?" Aku berfikir sejenak selepas membersihkan diri.

Haih..kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan diri aku. Aku yang wujudkan perjanjian bodoh tu sebab taknak dia belajar dengan orang lain, tapi lepastu aku percaya cakap orang lain? Siap sakitkan hati dia lagi.

Adoi manusia jenis apa kau ni, Park Jimin?

-

"Omma, Jimin nak keluar ambik angin jap. Malam sikit Jimin balik, ok?" Aku menyarung kot di badan dan terus keluar dari rumah.

Aku berjalan kaki di sekitar taman perumahan. Ketika melalui kediaman Saera, aku teringat kata-kata yang pernah dia ungkapkan masa dia mabuk dulu..

.

"Park..jimin." Saera berjalan terhuyung-hayang akibat dia dah meneguk 5 botol soju.

"Apa? Aduh kau ni, dah tau tak boleh minum banyak kenapa minum jugak?" Aku merungut sambil memimpin dia berjalan.

Kang kalau biar dia jalan sendiri, ada dia ingat jalan raya ni katil dia. Tak pasal-pasal arwah minah ni nanti.

"Aku..." Aku memandang wajahnya.

"Apa? Nak apa lagi?" Aku bertanya kepada dia. Adoi, boleh tahan berat dia ni.

"Aku.."

"Aku apa?"

"Suka.."

"Hah?"

"Kau." Aku terdiam.

"Eh kau mabuk ni, dah jom balik."

"Wae? Tak boleh ke aku nak suka kau? Tak boleh ke? Wae?! Jawablah!!"

"Weh kau mabuk teruk ni, kita balik eh, aku hantar kau ni."

burgerWhere stories live. Discover now