Sayang,
Aku rindu berduaan denganmu di Putrajaya,
Sambil mata terpaut pada tasik buatan manusia,
Kita bercerita kisah derita hidup Maria;
Juga tentang bulan malap malam Syawal dan hujan lebat Kota Bharu.Sayang,
Aku rindu suaramu tika meriwayat kisah Isa;
Waktu pagi lepas kita berkucup mesra.Serdang. 26 Nov 2019. 01:52am
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.