Tulis,
Perlahan hati berbisik.
Tulis,
Otak cuba memujuk.
Tulis,
Tangan mencapai pen.
Tulis,
Kata dia.
Tulis,
Juga kata mereka.Terlalu banyak ingin aku coretkan dalam sehelai kertas putih.
Terlalu banyak ingin aku ceritakan.
Terlalu banyak ceritera yang aku simpan.
Tentang aku, tentang dia, tentang kita, tentang kami, tentang engkau, tentang semua.
Cerita ini beku.
Cerita ini kaku.
Aku masih tak menulis;
Apa-apa.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.