Adat Sang Bernyawa

70 1 0
                                    

Sukar tuk kuterima,
Satu adat manusia,
Indah pertemuan berakhir perpisahan,
Merelakannya bukan mudah,
Yang gagah menitis air mata,
Yang lemah meraung meratap durjana.

Kehilangan bagai satu celaka,
Namun tak mampu dilawan dengan tenaga,
Mahu tak mahu patut diredha,
Kerna kita cuma sang manusia,
Moganya tak sirna dia dalam doa.

TulisWhere stories live. Discover now