Aku lupa,
Pernah kaukutip serpihan semangatku lalu kaucantum satu persatu,
Kau jadikan ia mawar nan indah dan harum.Aku lupa,
Pernah kau pinjamkan bahumu,
Untuk kugantung pengharapanku
Agar tak lenyap ia ditelan kegelapan.Aku lupa,
Pernah kau genggam erat tanganku,
Agar aku dapat berpaut,
Untuk terus kukuh memegang harapan.Maafkan aku,
Aku lupa;
Saat semua leka,
Kau selalu peka.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.