Kadang kita mahu pergi jauh,
Jauh dari tempat ini,
Jauh dari kekusutan ini,
Jauh dari semua yang membelenggu jiwa ini,Pergi jauh ke tengah lautan,
Pergi jauh ke hujung daratan,Namun,
Tanggungjawab buat kita masih di sini,
Buat kita terus menggendong gelisah hati,
Takut esok kita mati,
Entah siapa yang mahu terus memikul tanggungan ini.Tuhan, moganya Engkau tahu,
Pengorbanan ini sememangnya berbelah bagi,
Tapi ikhlas aku Kau pasti mengerti.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.