Sang bayu meniup lembut wajahmu yang sedang kusut,
Rambutmu yang ikal kau biar terbuai tanpa arah,
Sikit pun tidak kau sentuh untuk membetulkan kedudukannya,
Kau teruskan langkah kaki yang kulihat amat sayu langkahnya.Hinggalah,
Dari jauh kulihat satu persatu permata jatuh dari matamu yang galak,
Aku tahu,
Sungguh perpisahan ini sukar,
Namun sampai bila harusku berdusta.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.