Hello.
Huh lama betul aku tak update apa-apa. A bit busy sebab semester baru ni aku kena siapkan thesis untuk degree aku. Doakan agar aku dapat siapkan dengan sempurna.Beberapa ketika ni, hidup aku baik-baik je (bukanlah baik mana pun haha). Kerana aku baik-baik je, idea tu macam kurang sikit. Betullah kata orang, "we write with pain, everytime we break." Lagipun aku agak sibuk tulis thesis (eh, yela tu sibuk haha) so tak de masa nak layan perasaan sangat.
Eh, tapi ada satu aku rasa worth la kalau aku kongsikan. Korang mesti pernah bercinta kan? Ala jangan tipu, kalau cinta tak berbalas pun kira ada la sikit-sikit tempias cinta tu. Hahaha. Ada satu ayat yang seseorang pernah nasihat pada aku. Ayat dia macam ni lebih kurang, "cinta itu buta, buta kalau kau bodoh dalam menilai. Jangan kau membuta tuli dalam bercinta. Orang yang hari ini membahagiakan belum tentu esok kau dibahagiakan lagi. Sekurangnya jadikan cinta kau itu rabun. Taklah kau menyondol macam babi."
Itu je yang aku nak share sebab lama betul dah tak update. Inshaallah kalau ada umur aku update yang lain. Terima kasih sudi menjengah coretan aku yang entah apa-apa ni. Bye-bye.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryPuisi itu makanan jiwa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar luahan yang tak terucap dek beratnya mulut. Jadi, aku biarkan jari meluahkan apa yang ada dihati.